Siapa kata nak buat Cekodok atau Cucur kena ada tepung, guna roti je dah boleh dapat cucur yang sedap dan menyelerakan.
Nak tahu caranya jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mas Cotek. Resipi yang cukup simple tapi sedap. Boleh cuba untuk minum petang nanti.
CEKODOK ROTI GARDENIA..byk sgt aih iklan lalu lalang,lambat opah nk bersarapan..yesss!!! kasi peghabeh roti yg nk expired tu hah…ni kalau ada kuah kacang aje sedap giler abadi ni😋😋..ate x mandang..sos2 ni opah x gemo sgt..mkn jugak le…moh kite.
Bahan-bahan
12 keping roti kosong Gardenia
1 biji bawang besar di cincang
2 cili merah dicincang
sedikit daun sup/ daun bawang dihiris halus
2 biji telur
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt maggi secukup rasa
Garam secukupnya
Nota:
Boleh tambah udang, ikan bilis, kentang, lobak dll jika suka. Pelbagaikan rasa.
Cara membuat:
– Roti digunting atau disiat-siat menjadi kepingan kecil.
– Satukan semua bahan.
– Gaul sehingga sebati.
– Panaskan minyak.
– Bulat-bulatkan terus masuk ke dalam minyak panas.
– Goreng hingga keemasan.
– Hidang bersama sos dll.
– Enak dimakan begitu sahaja.
Gara-Gara ‘Perampas’ Bernama Husna, Niena Baharun Yang Hamil 5 Bulan Akui Kecaman Tak Beri Kesan Pada Kandungannya.
Demam watak Husna melanda negara sehinggakan ada yang meuahkan pelbagai emosi. Ini semua gara-gara darma Jangan benci Cintaku.
Namun bagi empunya diri yang memegang watak berkenaan, Niena Baharun dia tidak tertekan disebalik segala kecaman terhadap watak tersebut.
Hamil anak sulung dan kandungannya kini berusia lima bulan, Niena berkata, kecaman yang diterima tidak menjejaskan kesihatan dan kandungannya.
“Itu adalah sekadar watak dalam darama tersebut, jadi buat apa saya nak stress dengan segala kecaman dan komen oleh netizen.
Begitu pun Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun, 25, tidak menafikan ada menerima mesej peribadi berkenaan maklum balas dan komen penonton terhadap watak tersebut.
“Niena hanya ikut apa yang watak tersebut perlu buat dan tak sangka ia memberi kesan yang besar kepada isteri di luar sana. Apa pun realiti minta dijauhkan daripada kisah sebegini.
Makin cantik dan berseri selepas mengandung, Niena dalam pada itu masih merahsiakan jantina anak dalam kandungannya. Dia juga tidak mengalami sebarang alahan cuma mengaku sering mengidam juadah Kelantan.
“Apabila ada peluang, saya akan balik ke Kelantan untuk menikmati juadah di sana. Saya selalu teringin makanan Kelantan, tekak memang berselera. selain itu saya juga suka makan durian.
“Alhamdulillah, sepanjang pregnant ni takde alahan, makan semua okay tolak batu dan kayu je yang sememangnya tak boleh makan! Jumpa durian, melantak sampai 10ulas lebih, cerita dekat doc tak pasal pasal kena bebel dan dia suruh limitkan makan durian. Nasib baik semua okay .
Cumaaaaa yang terpendam daripada awal pregnant sampai sekarang nak tengok air laut yang kebiruan je. Adakah ini dipanggil mengidam?Puas husband pujuk, nak ajak bawak pergi tempat lain tapi bukan pulau sebab dia risau nak naik bot, tak kira la bot tu besar ke kecik. Hmm ada ke yang pernah mengalami situasi ni?
A post shared by nienabaharun (@nienabaharun.nb) on
Menurut Niena lagi, dia bersyukur kerana kandungan dan dirinya baik-baik saja.
“Saya masih boleh menghadiri acara jika dijemput. Saya harap dan berdoa semuanya dipermudahkan hingga detik melahirkan bayi kelak. Soal berlakon selepas bersalin rasanya tiada masalah cuma saya kena pilih watak dan masa yang sesuai kerana tak lama lagi saya sudah ada anak.
Sumber: nienabaharun.nb
“Buta Mata & Mild Autisme, Namun Berjaya Hafaz Yassin Seawal Usia 3 Tahun. Ini Cara Ibu Bapa Didik Anak Istimewa Ini Hafal Al-Quran.
Biarpun dilahirkan serba kekurangan kerana tidak boleh melihat sejak kecil lagi, namun Tuhan si cilik ini ‘celik’ hatinya kerana mampu menghafaz hampir semua surah dalam Al-Quran.
Ahmad Aqeel Faiz Mohammad Noor, 7, anak istimewa yang buta kedua belah matanya juga memiliki masalah ‘Mild Autisme’ ketika berumur setahun setengah.
Tidak sempurna dari segi penglihatan, namun Aqeel nampak seperti kanak-kanak biasa yang lain. Malah dia kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Presint 18, Putrajaya di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan.
Alhamdulillah, Aqeel ‘disuluh’ Al-Quran. Menurut ibunya, Nur Izzah Mohamad Kamil, 36, ketika Aqeel berumur setahun, perkembangannya agak lambat dan suka menghantukkan kepala di lantai.
Malah, dia juga dikatakan sering menangis tanpa diketahui punca ketika berusia setahun. Setelah beberapa bacaan dilakukan barulah mereka sedar bahawa Aqeel mempunyai ciri-ciri penyakit Autisme.
Untuk mengesahkan perkara itu, mereka turut membawa Aqeel ke pakar psikiatrik dan doktor mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut menghidap penyakit ‘Mild Autisme’.
Nur Izzah mengatakan bahawa, “Aqeel dulu ada masalah tak tidur malam sebab dia tidak dapat bezakan waktu siang dan malam. Nak bagi dia tidak merayap keluar dari bilik memang kami pasang ayat suci al-Quran setiap masa dalam bilik dia. Kalau dia tak dapat tidur, dia akan dengar al-Quran sepanjang malam hingga pagi.
Ketika mengandungkan Aqeel, ibunya sering mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sehinggalah kanak-kanak itu besar. Surah berkenaan dipasang melalui YouTube, radio dan TV.
“Lagipun Aqeel ada Autisme, jadi kalau dia ‘tantrum ’ (meragam) memang saya pasangkan al-Quran sebagai terapi untuk dia,” tambahnya.
Ayat suci Al-Quran juga dikatakan telah sebati dalam diri Aqeel ketika dalam rahim lagi.
Kekurangan Aqeel sebenarnya membuktikan bahawa dia mempunyai ‘kelebihan’ yang jarang dimiliki orang lain.
Aqeel yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan lebih hebat daripada adik-beradiknya yang lain dalam menghafaz surah dalam Al-Quran. Menurut ibunya, Aqeel menghafaz surah Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa, dan Yassin.
Ayah Aqeel, Faiz Mohammad Noor Kamaruzaman, 36, pernah meminta Aqeel menyambung ayat yang dibacanya dan Aqeel berjaya melengkapkan surah yang dibaca oleh ayahnya itu. Bukan setakat itu sahaja, Aqeel juga boleh meneka surah apa yang dibaca oleh ibu bapanya walaupun tanpa penglihatan.
Aqeel turut dihantar ke sekolah, terapi dan kelas fardu ain untuk persiapan dirinya di masa hadapan. Semoga Aqeel dapat bertanding dalam tilawah Al-Quran suatu hari nanti. Semoga cita-cita dan impian Aqeel tercapai suatu hari nanti.
Sumber: Harian Metro & Faiz Kamaruzaman
Dinding Bertompok, Tutupkan Sahaja Dengan Konsep Shiplap. Hilang Masalah & Nampak Menarik!
Puas memikirkan cara terbaik untuk menutup kesan dinding yang bertompok-tompok putih atau hasil daripada kesan gam kertas dinding yang dibuka, ada baiknya anda mencuba gaya dinding dengan teknik shiplap.
Gaya dinding Shiplap ini mengambil inspirasi daripada pembinaan kapal sekali gus menjadikan ruang kediaman nampak bergaya dan tersendiri.
Nak tahu bagaimana cara pemasangan dan bahan-bahan yang diperlukan, ayuh ikuti perkongsian daripada Nurul Aini.
Pkpb kali ni makeover dinding yang bertompok dengan kesan cat ni dengan shiplap..dinding tu jadi bertompok camtu lepas saya cabut wallpaper lama.
Kalau boleh kikis better kikis sebab nak ratakan dinding..tapi kalau dinding dah rata tak kikis pun tak apa.
Peralatan & kos:
1. MDF board – RM93
(3mm x 150mm x 4 kaki)&(3mm x 150mm x 2 kaki)
2. Gam silikon – RM7.50 X 2
3. Wood filler (tutup gap)- RM10
4. Cat Nippon Paint (capitol gold)- RM130
Step 1 : Letakkan gam pda MDF board dan tampal di dinding.
Step 2 : Jarak-jarak antara board pakai 2 keping duit syiling jer.
Step 3 : Selepas itu letak filler antara gap supaya tidak nampak kesan gap.
Step 4 : Kemudian cat dua layers
Step 5 : Siap
Ekstra info :
Saya beli memang beli dah siap saiz camtu..boleh pilih 4 kaki or 2 kaki..yang lebih sikit-sikit tu guna pisau / gergaji kecik
Total penggunaan
4 kaki = 32 keping
2 kaki = 16 keping
Sumber : Nurul Aini Md Desa
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club