Biarpun dilahirkan serba kekurangan kerana tidak boleh melihat sejak kecil lagi, namun Tuhan si cilik ini ‘celik’ hatinya kerana mampu menghafaz hampir semua surah dalam Al-Quran.

Ahmad Aqeel Faiz Mohammad Noor, 7,  anak istimewa yang buta kedua belah matanya juga memiliki masalah ‘Mild Autisme’ ketika berumur setahun setengah.

“Buta Mata & Mild Autisme, Namun Berjaya Hafaz Yassin Seawal Usia 3 Tahun. Ini Cara Ibu Bapa Didik Anak Istimewa Ini Hafal Al-Quran.

Tidak sempurna dari segi penglihatan, namun Aqeel nampak seperti kanak-kanak biasa yang lain. Malah  dia kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Presint 18, Putrajaya di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan.

Alhamdulillah, Aqeel ‘disuluh’ Al-Quran. Menurut  ibunya, Nur Izzah Mohamad Kamil, 36, ketika Aqeel berumur setahun, perkembangannya agak lambat dan suka menghantukkan kepala di lantai.

Malah, dia juga dikatakan sering menangis tanpa diketahui punca ketika berusia setahun. Setelah beberapa bacaan dilakukan barulah mereka sedar bahawa Aqeel mempunyai ciri-ciri penyakit Autisme.

“Buta Mata & Mild Autisme, Namun Berjaya Hafaz Yassin Seawal Usia 3 Tahun. Ini Cara Ibu Bapa Didik Anak Istimewa Ini Hafal Al-Quran.

IKLAN

Untuk mengesahkan perkara itu, mereka turut membawa Aqeel ke pakar psikiatrik dan doktor mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut menghidap penyakit ‘Mild Autisme’.

Nur Izzah mengatakan bahawa, “Aqeel dulu ada masalah tak tidur malam sebab dia tidak dapat bezakan waktu siang dan malam. Nak bagi dia tidak merayap keluar dari bilik memang kami pasang ayat suci al-Quran setiap masa dalam bilik dia. Kalau dia tak dapat tidur, dia akan dengar al-Quran sepanjang malam hingga pagi.

“Buta Mata & Mild Autisme, Namun Berjaya Hafaz Yassin Seawal Usia 3 Tahun. Ini Cara Ibu Bapa Didik Anak Istimewa Ini Hafal Al-Quran.

Ketika mengandungkan Aqeel, ibunya sering mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sehinggalah kanak-kanak itu besar. Surah berkenaan dipasang melalui YouTube, radio dan TV.

IKLAN

“Lagipun Aqeel ada Autisme, jadi kalau dia ‘tantrum ’ (meragam) memang saya pasangkan al-Quran sebagai terapi untuk dia,” tambahnya.

Ayat suci Al-Quran juga dikatakan telah sebati dalam diri Aqeel ketika dalam rahim lagi.

Kekurangan Aqeel sebenarnya membuktikan bahawa dia mempunyai ‘kelebihan’ yang jarang dimiliki orang lain.

IKLAN

“Buta Mata & Mild Autisme, Namun Berjaya Hafaz Yassin Seawal Usia 3 Tahun. Ini Cara Ibu Bapa Didik Anak Istimewa Ini Hafal Al-Quran.

Aqeel yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan lebih hebat daripada adik-beradiknya yang lain dalam menghafaz surah dalam Al-Quran. Menurut ibunya, Aqeel menghafaz surah Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa, dan Yassin.

Ayah Aqeel, Faiz Mohammad Noor Kamaruzaman, 36, pernah meminta Aqeel menyambung ayat yang dibacanya dan Aqeel berjaya melengkapkan surah yang dibaca oleh ayahnya itu. Bukan setakat itu sahaja, Aqeel juga boleh meneka surah apa yang dibaca oleh ibu bapanya walaupun tanpa penglihatan.

Aqeel turut dihantar ke sekolah, terapi dan kelas fardu ain untuk persiapan dirinya di masa hadapan. Semoga Aqeel dapat bertanding dalam tilawah Al-Quran suatu hari nanti. Semoga cita-cita dan impian Aqeel tercapai suatu hari nanti.

Sumber: Harian MetroFaiz Kamaruzaman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI