Buat Hari-hari Pun Tak Jemu Makan Nasi Air ‘Kelate’ Ni, Sedap Sangat!
Salah satu menu popular di Kelantan adalah Nasi Air dan ianya sedikit berbeza dengan sajian bubur kerana ia dihidangkan bersama kuah sup dan berserta dengan kuah kicap. Ini menjadikan rasanya sangat sedap dan enak dimakan tidak mengira masa.
Bagi anda yang ingin mencuba untuk menyediakan menu ini, boleh jadikan panduan resipi yang dikongsikan oleh Nor Syahida Yusoff. Menurutnya menu ini begitu enak hinggakan jika dibuat hari-hari pun tak puas menikmatinya!
Nasi Air ‘Kelate’
Bahan-Bahan
Nasi
1 1/2 pot nasi
1inch halia
Sedikit garam
Kuah Sup
1biji bawang merah *dihiris
2biji bawang putih *dihiris
Bunga lawang- beli online di sini
Kulit kayu manis
Halia
Akar ketumbar
Isi ayam
1 Kiub pati ayam
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Sedikit ajinomoto
Minyak bawang putih
2 biji bawang putih *dicincang
Sedikit minyak
Sambal kicap
Bawang putih
Cili padi
Kicap
Garam
Gula
Cara-cara
1.Beras dibasuh terlebih dahulu, kemudian digoreng sekejap sampai kering. Blender beras dan air. Masukkan dalam periuk dan tambah air.. kemudian tambah halia dan sedikit garam.
2.Goreng ikan bilis sampai garing. Sudah garing toskan. Minyak ikan bilis kita guna untuk goreng bawang untuk masak sup.
3.Yang ni bahan-bahan untuk masak sup.
4.Masukkan bawang merah,bawang putih,kayu manis, bunga lawang ke dalam minyak ikan bilis tadi sampai garing. Minyak ni la yang menyedapkan rasa kuah sup nasi air ni.
5.Kemudian masukkan ayam, air, halia, kiub pati ayam
6.Masukkan akar daun ketumbar
7.Untuk minyak bawang putih, bawang putih dan minyak kemudian goreng sekejap atas dapur. Bawang tu masuk masa sebelum minyak panas lagi ye, kalau tunggu minyak panas, nanti bawang tu hangus.
8.Untuk sambal kicap – goreng bawang putih dan lada dengan minyak sampai layu. Kemudian masukkan dalam blender, tambah kicap, gula, garam.
9.Sepatutnya guna limau nipis dan daun bawang, tapi dekat rumah tak ada,jadi guna apa yang ada je
Dah siap
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Suka Makan Daging Goreng Kunyit. Nak Lembut & Basah-basah Sikit, Begini Cara Buatnya!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club