Alahai terliur pula melihat gambar Chocolate Indulgence Cake yang dikongsikan oleh Aliza Azwan di group MAHN. Nampak begitu menyelerakan dan tidak sabar pula untuk dicuba untuk menyediakannya. Apatah lagi anak-anak memang suka dengan rasa kek yang mewah coklat seperti ini.
Jadi usah tunggu lagi, jom uji kepakaran kita untuk menyediakan kek yang hebat ini dengan mengikut resipi yang diberikan ini.
“Sis repeat lagi kek nie…sebelum nie dah share resepi… xpe, sis share sekali lagi dah malam nie.. so esok ja sis potong yer..
Semalam sis belum potong kek tu….Pagi nie sis dah potong.. nak tengok kejadian dia macam mana… scroll pic akhir yang baru sis post.
Resepi Indulgence Cake
Ads
Bahan-bahan:
4 biji telur
180gm gula aising
150gm tepung kek
20gm serbuk koko
15gm ovellet
1 sudu kecil baking powder
70gm air masak
50gm minyak jagung
Cara buat :
1. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak jagung, putar sehingga kembang kemudian masukkan minyak jagung dan gaul sebati…bakar suhu 160 selama 40 min
Bahan krim putih
Ads
50gm gula aising
150gm unsalted butter-putar hingga kembang
100gm coklat putih-dicairkan guna double boiler
260gm whip cream-putar sampai kental
2 biji telur kuning-masak guna double boiler jugak
butter + coklat putih disatukan kemudian baru masukkan whip cream. Asingkan untuk krim putih
Kek coklat di bahagi 4 bahagian. Lapisan pertama dia paipkan dengan krim putih, selang seli dengan krim coklat. Sejukkan kemudian curahkan coklat ganache.
Selamat mencuba
sumber : Aliza Azwan via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila bergelar anak tunggal umum membayangkan pastinya anak tersebut akan menerima kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari ibuayahnya. Anak tunggal juga tidak perlu berkongsi kasih sayang dengan adik-beradik yang lain malah kebanyakan dari anak tunggal ini lebih manja sifatnya.
Mungkin ini jugalah yang pernah dirasai oleh seorang anak remaja ini yang dikenali sebagai Muhammad Akmal Danial, menjadi anak tunggal selama 17 tahun! Pun begitu pada bulan Ogos yang lalu ibunya telah selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Nur Ayra Delisha.
Benarlah rezeki itu datang tanpa diduga, pasangan suami isteri, Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim telah dikurniakan bayi perempuan selepas 17 tahun menunggu.
Kegembiraan itu telah dikongsikan bersama wargamaya dan kisahnya tular di TikTok selepas Siti Aisyah, 40, memuat naik video anak sulung, Muhammad Akmal Danial, 17, dan Nur Ayra Delisha yang dilahirkan pada 28 Ogos lalu.
Bukan sahaja jarak usia antara anak pertama dan kedua yang begitu jauh menarik tumpuan warganet, malah warga TikTok tertarik melihat abang mengasuh adik dan keakraban hubungan dua beradik tersebut yang cukup membahagiakan di lihat hingga video ini mencecah 1M tontonan.
Memetik kisah lanjut berkenaan keluarga ini di Harian Metro, Norhafizi, 44, yang menetap di Kampung Gong Kepas di sini berkata, anak sulungnya dilahirkan pada 2004 iaitu tahun pertama perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia dan isteri memang mengimpikan zuriat lagi cuma tiada rezeki buat mereka selepas itu.
“Kami tidak merancang dan isteri pernah hamil pada 2008 tetapi kandungannya itu keguguran dan dianggap kami tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua ketika itu.
“Selepas mengalami keguguran, isteri tidak hamil dan bagi mendapatkan kepastian, kami bertemu pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan selain berikhtiar dengan menjalani rawatan kesuburan, Inseminasi Intrauterine (IUI).
“Bagaimanapun, masih tiada hasil namun kami tidak berputus asa malah teruskan hidup dengan membesarkan dan beri kasih sayang kepada Muhammad Akmal Danial,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Berkongsi pengalamannya sejak ada cahaya mata kedua, Norhafizi mengakui agak kekok kerana sudah lama tidak menjaga dan menguruskan keperluan bayi.
Bagaimanapun, Norhafizi bersyukur kerana ada banyak waktu bersama anak keduanya itu memandangkan sudah bersara sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Mei tahun lalu.
“Bukan hanya saya malah isteri juga kekok kerana sudah lama tidak menguruskan bayi dan berjaga malam untuk menyediakan keperluannya.
“Seolah-olah kami baru pertama kali menimang cahaya mata walaupun pada hakikatnya pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.
“Mujurlah saya sudah bersara jadi ada banyak masa bersama bayi kerana isteri bekerja sebagai jururawat di klinik kesihatan dan tidak lama lagi akan kembali bertugas selepas tamat cuti,” katanya.
Menceritakan penerimaan anak sulungnya, Norhafizi berkata, Muhammad Akmal Danial tidak gembira ketika kali pertama dapat tahu akan ada adik.
“Mulanya dia (Muhammad Akmal Danial) agak memberontak kerana bimbang kami beri perhatian lebih kepada adiknya kerana sebelum ini, dia anak tunggal jadi tumpuan untuknya saja.
“Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Nur Ayra Delisha dilahirkan apabila Muhammad Akmal Danial yang paling teruja dan dia juga banyak menghabiskan masa melayan keletah adiknya itu di rumah.
“Sebagai bapa, saya suka melihat keakraban mereka berdua dan gembira apabila Muhammad Akmal Danial sudah ada teman baru di rumah lagipun kasihan juga kepadanya sebelum ini kerana sering diusik rakan gara-gara menjadi anak tunggal,” katanya.
Norhafizi menganggap kehadiran Nur Ayra Delisha dalam hidupnya dan isteri sebagai anugerah terindah yang menceriakan keluarga.
“Ini ketentuan Ilahi dan kelahiran Nur Ayra Delisha membuatkan seluruh keluarga teruja terutama keluarga belah saya kerana kebanyakan anak saudara sudah besar.
“Bagi pasangan di luar sana yang lalui perjalanan sama seperti saya dan isteri supaya bersabar, jangan putus asa dan terus berdoa kepada Allah,” katanya.
Meninjau di ruangan komen ada pelbagai reaksi diberikan malah ramai juga yang berkongsi kisah dan pengalaman peribadi berkenaan jarak kelahiran anak yang terlalu jauh. Antaranya adalah perkongsian daripada Puan Elin Hasekh, tulisnya, “alhamdulillah macam anak sulong saya juga sis tak boleh terima ada adik sebab 4 tahun dia dengan saya, tahu-tahu ada adik merajuk dia. Bila saya bersalin dia yang paling teruja sangat”
Komen Noorrasikin Mohamad pula, ” Anak saya yang sulong umur 21, yang nombor 2 17 tahun, ada adik umur 3 tahun.
Tidak dengan itu, malah ramai yang mendoakan agar keakraban adik beradik ini terus kekal bahagia buat selama-semalanya dan mengucapkan tahniah.
Menanam semula lebihan sayur-sayuran yang dibeli di pasar, bolehlah dianggap satu cara yang mesra untuk beginner memulakan langkah bercucuk tanam di laman rumah. Cara ini juga nyata tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana yang dilakukan oleh ibu anak tiga ini.
Puan Farizah memulakan tanaman sawi dengan hanya bermodalkan RM 1. Cukup menarik dan ini telah dikongsikan diakaun fbnya untuk manfaat bersama. Oleh itu, bolehlah dicuba untuk kita yang baru berjinak-jinak ingin bertanam sayur. Jom semak!
Mula mula memang saja nak cuba jer. Tak sangka menjadi. Alhamdulillah. Ok beli seikat sawi di kedai RM 1, potong tapi yang bahagian bawah tu jangan tinggal. Terus tanam, tak perlu tanah yang luas pon. Siram setiap pagi dan petang.
Setelah beberapa minggu, keluar tunas baru. Teruskan siram dan belai belai manja. Pujuk dia supaya hidup.
Ini masa hati berbunga riang. Daun mula melebar. Bunga baru nak keluar.
Selepas beberapa minggu, pokok akan meninggi, dan keluarkan bunga. Inilah bunga sawi bewarna kuning. Teruskan siram pagi dan petang. Jangan skip.
Sampai satu tahap, pokok akan keluarkan biji sawi. Sekali pandang macam cili tapi dalam tu lah biji sawi.
Pilih biji sawi paling matang. Semai semula dalam pasu. Keesokan harinya dah keluar anak pokok sawi yang kecik kecik tu.
Yang besar tu, Cikjah try and error cucuk kucai incase sawi tak tumbuh, daku tak kecewa sangat sebab ada kucai backup dalam 1 pasu. Hehe Alhamdulillah, hidup pulak dia.
Ayam goreng berempah sememangnya menjadi pilihan bila kita menjamu selera di restoran mamak. Kombinasi rasa rempah dan isi ayam yang digoreng rangup, memang enak sekali dinikmati bersama nasi panas.
Bagi anda yang sukakan menu ayam goreng ala kedai mamak, resipi perkongsian Umi Watie ini tentunya harus dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan:
Ayam secukupnya
Telur
Serbuk kunyit
Serbuk Kari
Daun kari
Tepung jagung
Garam
(sukatan bahan bergantung pada jumah ayam yang digunakan. Ubah suai mengikut cita rasa masing-masing)
Cara memasak:
1.Satukan semua bahan di dalam bekas bersesuaian Gaulkan semua bahan sampai sebati.
2. Perapkan ayam dalam peti sejuk seketika. Nanti bila sudah sedia untuk dimakan, baru goreng supaya boleh dinikmati panas-panas.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sampai garin menggunakan api perlahan sahaja.
4. Bila ayam sudah garing sempurna, angkat dan toskan minyaknya.
5. Ayam Goreng Rempah Sempoi sedia dihidangkan bersama nasi putih ataupun nasi berperisa seperti nasi goreng.
6. Tekstur isi ayam selepas digoreng. Lembut dan juicy. Sedap!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.