Ads

Buat Krim Pemutih Sendiri Di Rumah, Confirm Selamat!

Sakit hati dengan masalah krim pemutih yang bermacam ragam. Paling menyakitkan hati sudahlah harganya mahal, kesannya belum lagi jelas kelihatan.

Lebih teruk lagi sesetengah pemutih menggunakan bahan yang tidak sesuai dan adakalanya bagi kesan pada kulit wajah kita. Tak payah pening kepada, apa kata anda cuba sendiri petua membuat pemutih krim ini di rumah. Yang pastinya ia lebih selamat dan kos yang digunakan juga tidaklah besar. Paling penting tak ada bahan kimia. Jom kita cuba!
 


BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji sengkuang saiz sederhana
  • 3 sudu makan air lemon
  • 1 sudu makan madu atau minyak zaitun
  • 1 gelas air

 

Ads

Buat Krim Pemutih Sendiri Di Rumah, Confirm Selamat!

Ads

Langkah Membuatnya:

Ads
  1. Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan ke dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga warna air berubah menjadi pekat.
  2. Kemudian tapis dengan penapis dan perah untuk mendapatkan ekstraknya.
  3. Simpan sengkuang tadi dalam peti sejuk semalaman.
  4. Keesokkan harinya anda akan dapati ada mendapan atau ekstrak putih dari pati sengkuang.
  5. Buang air yang ada di permukaannya dan ambil mendapan itu saja.
  6. Kemudian masukkan air lemon, madu dan kacau hingga sebati dan jadi krim.
  7. Masukkan krim ke dalam bekas yang sesuai dan siap untuk digunakan.

 
Gunakan krim ini sebagai krim pelembab muka dan pakai secara teratur iaitu 2 kali sehari. Dalam masa satu minggu, anda akan dapati kulit anda lebih putih, bersih dan halus.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Noryn Aziz Dedah Rahsia Hidup Lebih Sihat, Tinggalkan Makanan Segera Bertahun-Tahun

Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.