Memikirkan menu apa yang mudah disediakan dan menepati selera sekeluarga untuk dinikmati sebagai menu minum petang, mungkin inilah pilihan menum yang hebat untuk dicuba.
Menu lasagna yang dimasak tanpa menggunakan kepingan lasagna tapi digantikan dengan beberapa keping roti.
Melihat hasil masakan yang disediakan oleh Puan Mimie ini, nyata nampak sungguh menyelerakan.
Lagi teruja untuk dicuba kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Jadi usah tunggu lagi, jom kita masuk dapur untuk mencuba sediakan menu ini.
Ads
Bahan-bahan:
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula
Cara-cara Penyediaan:
Ads
Inti Daging
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
Ads
Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
Kredit : Mimie Ali via Pakar Diari Hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kadang kala, masak menu yang sama jemu juga terutama masakan berasaskan mee. Selain mee sup atau goreng tentu kita tercari-cari menu istimewa yang nak dihidangkan buat suami dan anak-anak. Tentu nak cari kelainan.
Apa kata cuba menu Mee sup ala Thai. Rasa memang superb walaupun tidak menggunakan sup bunjut.
Mee sup Ala Thai
Bahan-bahan:
– Bawang merah 6 biji (blend )
– Bawang putih 6 ulas ( blend )
– lada hitam 1 sudu ( blend )
– rempah 3 sekawan * kayu manis…bunga lawang dan bunga cengkih
– ayam / daging / udang / sotong
– sayur-sayur carrot & sawi
– limau kasturi ( 2 biji )
– telur
– daun sup
– bawang goreng
Cara penyedian:
– tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau
– masukkan bahan lauk-lauk. masak hingga separuh masak
– masukan carrot
– masukkan air ( buka api besar bg mendidih ganas )
– masukkan mee yg telah dibersihkan
– pecah kan telur ( jgn kacau kuat )
– masukkan sawi
– perah limau
– sebatikan dgn perasa
– taburkan bawang goreng & daun sup
Siap! Selamat mencuba.
Kredit: Darl Wina Home Decor via Masak Apa Hari Ini.
Terlalu banyak lalat di rumah boleh buat kita rasa tak selesa. Sebab kita tahu lalat ini sinonim dengan benda yang kotor. Paling ditakuti bila lalat ini hinggap pada makanan, dah pasti akan tercemar dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami cirit birit.
Tapi masalahnya lokasi kegemaran lalat berkumpul adalah di bahagian kita menyediakan makanan iaitu dapur. Jadi bagi mengelakkan lalat dari berleluasa di dapur lakukan perkara ini:
1. Tuang air dalam bekas dan masukkan bunga cengkih. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
2. Boleh juga gunakan daun kari. Kibaskan daun ini pada lalat yang berterbangan di dapur. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan.
4. Satu lagi cara yang biasa digunakan adalah mengggunakan menyalakan lilin. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali membeli makanan goreng celup tepung di luar, pasti seronok mengunyah, lebih-lebih lagi apabila mendengar bunyi ‘krup krap.
Bukan mudah sebenarnya nak dapatkan bancuhan goreng celup tepung yang betul-betul melekat dan rangup walaupun sudah sejuk.
Rupanya ada teknik untuk hasilkan Ikan Celup Tepung yang rangup. Jom cuba petua perkongsian saudari Nor Syahidah ini. Bahan:
Tepung beras secukupnya – ikut jumlah ikan
1 biji telur – jika guna ikan banyak, tambah jumlahnya
Serbuk kunyit
Kapur makan
Garam secukup rasa
2 @ 3 ketul ais – bergantung kepada kepekatan tepung
Cara:
1. Satukan tepung dan telur. Gaul sebati.
2. Dalam bekas berlainan, satukan kapur makan, serbuk kunyit dan air. Adun sebati.
3. Tambahkan garam dengan secukup rasa. 4. Akhir sekali, tambahkan ais. Gaul rata. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5. Bolehlah celup ikan dan goreng hingga masak. Hasilkan kerak ikan celup tepung anda akan jadi lebih halus dan lebih rangup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mencuri perhatian ramai apabila beliau berjaya membangunkan sebuah ladang seluas empat ekar khas bagi mengusahakan produk sambal tempoyak daun kayu.