Bila dah ada rumah, tak kiralah menyewa atau rumah sendiri, mesti kita ingin menghias rumah dengan cantik. Untuk menghias rumah pun perlu mempunyai sejumlah peruntukkan.
Namun, tidak bermakna, bajet kena ratus-ratus atau ribu-ribu untuk hias rumah. Jadi, bagi yang mempunyai bajet ciput kena perlu ada perancangan untuk menghias rumah.
Sebagaimana keluarga ini. Telah make over pintu bilik yang lusuh menjadi sebuah pintu bilik seakan mewah dengan hanya menggunakan bingkai gambar hanya berharga RM2.10 aje.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Jangan membazir, amalan syaitan. Kita ubah suai dengan menjadikan pintu ni cantik. Terima kasih kedai eco RM2.10.sangat membantu.Cuma kalau masuk kedai eco ni kena baca yassin…takut macam-macam terbeli.
Ads
Sebelum
Keadaan pintu bilik sebelum menjalani sebarang pengubahsuian.
Ads
Bingkai gambar eco ditampal didinding bilik. Hanya RM2.10 sahaja! Jimat kan.
Sukar buat seseorang untuk menerima orang baharu untuk menjadi ahli keluarga. Dalam hal ini, anak Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah, melembutkan hati untuk menerima Muhamad Sufian sebagai ayah tirinya.
Dayini, 25, merupakan anak daripada perkahwinan Mas Idayu dan bekas suaminya, pelakon Aman Graseka. Perwatakan Muhamad Isa yang mempunyai sifat kebapaan yang tinggi adalah sebab utama Dayini menerima kehadirannya dengan hati dan minda yang terbuka.
Anak Ratu Dangdut itu bukanlah mengalir air tangisan sedih pada hari perkahwinan ibunya tetapi tangisan bahagia kerana ibunya bertemu jodoh selepas 16 tahun berseorangan.
“Berbanding kenalan-kenalan lelaki Mommy sebelum ini, saya tidak begitu berkenan kerana seperti tidak boleh ‘ngam’ bersama mereka. Tetapi Daddy (panggilan untuk Sufian) memiliki sifat kebapaan yang boleh mengubati kerinduan saya terhadap Papa. Daddy juga seorang yang baik, ramah dan berusaha untuk mengambil hati saya” kata Dayani.
“Saya tidak boleh melihat Mommy menangis kerana saya tahu bagaimana keadaannya ketika berseorangan. Selama beberapa tahun ini memang dia keseorangan, hanya ada Dayini. Memang kami hidup berdua tanpa orang lain. Melihat dia menangis di hari bahagia membuatkan saya turut berasa sebak,” ujarnya lagi.
Sudah lama kiranya suami isteri tidak dapat keluar rumah bersama-sama sejak arahan PKP diperkenalkan.
Namun bila ada sedikit kelonggaran diberikan seperti mana memetik laporan Berita Harian Online, mungkin bukan sahaja isteri boleh tersenyum kerana dapatlah keluar bersama pasangan untuk membeli keperluan.Maklumlah, terlalu lama rasanya terperap di rumah.
Bahkan suami juga tentu berlapang dada, sekurang-kurang tidak lagi pening kepala sorang-sorang membeli barangan keperluan dengan berpandukan senarai yang ditulis isteri.
Untuk bacaan lanjut tentang kebenaran tersebut, ini artikel penuhnya.
KUALA LUMPUR: Kebenaran pergerakan dua orang satu kenderaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat bermula hari ini, boleh melebihi 10 kilometer (km) jika membabitkan keperluan membeli makanan dan perkhidmatan kesihatan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran itu bagaimanapun terhad kepada mereka yang tinggal di rumah yang sama dan daripada keluarga terdekat.
“Kebenaran pergerakan melebihi radius 10 km itu sudah diwartakan melalui PKP keempat,” katanya pada sidang media harian selepas mesyuarat menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa hari ini hingga 12 Mei depan.
Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.
Ismail Sabri menegaskan, pergerakan melebihi 10 km itu bagaimanapun mesti yang terhampir bagi tujuan dibenarkan.
“Contohnya nak ke klinik, jika ada yang jarak 15 km harus pergi ke situ, jangan pula pergi yang jaraknya 30 km,” katanya.
Cys dan Fibroid adalah antara masalah yang menjadi igauan setiap wanita. Mana taknya ia menyerang wanita secara ‘senyap’.
Mungkin wanita itu kelihatan sihat tetapi hakikatnya ia penyakit itu sedang menyerangnya. Oleh itu, untuk memastikan diri wanita sihat bebas penyakit ini, kena mengetahui lanjut mengenai cara pencegahannya. Dengan itu, ikuti penjelasan daripada Pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat mengenai hal ini termasuk.
SIMPTOM
Simptom penyakit seperti pendarahan yang banyak, senggugut kronik, perut semakin membuncit, sakit ketika hubungan intim dan kencing terlalu kerap diabaikan sehinggalah ia menjadi serius malah sehingga ada yang terpaksa dibuang rahim.
Terdapat beberapa tips pemakanan yang yang boleh dipraktikkan buat pesakit mengalami masalah peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis yang mana boleh pulih dengan penjagaan makanan yang betul.
Berpunca dari hormon estrogen berlebihan
Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser berpunca dari hormon estrogen yang berlebihan dalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen berlebihan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya wanita peka dengan penjagaan makanan yang betul.
Berikut merupakan senarai pemakanan yang disarankan oleh Dr Hamid Arshad. Ambil makanan yang bertindak sebagai anti estrogen. Makanan-makanan ini mengandungi aromatase inhibitor yang akan menghalang pembentukan estrogen.
Buah delima Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, califlour, bak choy, lobak putih Minyak zaiton Cendawan Anggur merah Oats Teh hijau Buah-buahan citrous seperti lemon, limau nipis Kacang almond, walnut, peanuts, gajus Bawang merah Kunyit Spirulina, chorella Sayuran hijau seperti sawi, bayam, salad Minyak kelapa dara Bawang putih Kucai dan saleri Berries – blueberries, black currant. Maca Fax seeds Makanan fermented – yogurt, tapai, kimchi
Selain dari senarai makanan yang dicadangkan ini, kaum wanita juga disarankan supaya mengambil suplemen untuk mempercepatkan kesembuhan seperti vitamin C, vitamin E, kalsium, multivitamin, minyak ikan omega 3.
INFO PENTING:
Fibroid dan cyst bukan penyakit yang boleh diwarisi. Ia bermakna ia tidak diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain, namun ia masih boleh berlaku dalam sesebuah keluarga. Oleh itu, amat penting untuk menjalani pemeriksaan secara berkala dengan doktor anda dan melakukan ujian imbasan ultrasound bagi memantau saiz fibroid atau cyst serta memeriksa simptom yang dialami. Tidak semua fibroid atau cyst memerlukan pembedahan. Bagaimanapun, jika anda mempunyai simptom atau merancang untuk hamil, doktor anda boleh mengesyorkan rawatan sewajarnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.