Apabila bergelar ibu pastinya, akan memastikan rumahtangga diuruskan dengan baik termasuk hal penyediaan makanan. Jika dahulu, ramai kaum wanita bergelar surirumahtangga, tetapi kini ramai yang bekerjaya. Mereka ini mempunyai masa yang amat terhad.

Bayangkan untuk menyediakan makanan mengambil masa yang lama jika tiada perancangan yang betul. Jika sampai rumah masa tu lah nak kisar bawang, basuh dan potong sayur dan baru nak perah santan. Mahu tak kelam kabut jadinya. Sudahnya anak makan lewat malam. Pastinya tidak elok untuk sistem penghadaman anak. Oleh kerana tiada perancangan penyediaan bahan masakan, akhirnya ramai ibu-ibu yang bekerjaya memilih makan di kedai. Jika hari-hari pastinya bosan kan. Tambahan pula kos bajet akan meningkat.

Namun perkongsian tentang perancangan penyediaan bahan masakan secara mudah dan praktikal oleh Puan Khalida Mahsari Ummi Khadeejah memang amat berbaloi untuk dipraktikal. Semua bahan-bahan masakan di simpan dan dipotong dengan rapi. Ada yang sudah dimasak siap-siap untuk dibuat stok. Lebih kreatif, santan segar, dijadikan kuib bagi memudahkan urusan memasak. Jom semak!


Ummi bantu ibu-ibu yang bekerja jimat masa nak sediakan makanan nak masak balik kerja. Ummi student pun timing macam orang kerja ofis hour dan balik malam tak free lagi, ada assingment. Dan anak kecil bukan penghalang untuk sediakan makanan yang sihat untuk suami dan anak . Yang penting usaha.

Tip Masak Cepat Dengan Mudah Untuk Suami Dan Anak

  1. Guna ziplock plastik dan potong sayur 

Ummi back to school nextweek, so macam biasa ummi akan guna ziplock plastic bag. Ziplock plastic bag comel ni brand simplyliving beli dekat giant Setapak. Harga sama dengan brand Giant punya RM 6.95 satu. Simply living semua saiz sama harga. Sayur-sayur ummi potong dan simpan dalam plastik ni. Yang jumlah kecil guna mini saiz plastik.  Sayur-sayur yang dah siap cantik paket plastik ummi tak usik sebab boleh susun elok. Basuh ringkas dan tos sayur. Dah nak guna baru basuh dan potong. Dan terus masak. Peti ais, biasa 3 minggu sayur elok lagi. Nak lagi tahan lapik tisu dalam setiap plastik. Biasanya akan kerap guna sayur2 ni.. Sayur yg jenis cpt layu akan guna dulu.Ibu bekerja boleh siapkan sayur macam ni. 

Ibu Ini Kongsi Tip Masak Dengan Cepat Walaupun Sibuk. Memang Kreatif! 

2.Tomato paste 
Memudahkan ibu nak masak pelbagai menu ,bukan untuk baby je untuk seisi keluarga. 

Bahan-bahan

  • 2 biji tomato masak
    1 biji capsicum merah
  • 1 batang carrot
  • 1/2 batang celery
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

Cara-cara

IKLAN

i) Kisar semua bahan dengan air yang cukup. Masak sehingga hilang air dan agak pekat pesnya.

ii) Sejukkan pes tomato yang dah siap dan dan boleh terus bekukan dalam ice tray.

Kalau simpan dalam chiller boleh tahan 5 hari, dan kalau dalam freezer tahan 3 bulan.

 

Ibu Ini Kongsi Tip Masak Dengan Cepat Walaupun Sibuk. Memang Kreatif! 

3. Chicken Feet Stock
(buat penambah rasa makanan baby. Untuk masakan keluarga pun boleh)
1. Kaki ayam sepaket
2. Kayu manis bunga lawang
3. Bawang besar 1biji
4. Bawang putih setengah labu
5. Halia beberapa hiris
6. Celery
7. Tomato sebiji
-Rebus kesemuanya, ummi guna pressure cooker 1-2jam tulang kaki telerai.
-1/2 jam sebelum masak masukkan tomato bagi tujuan mengeluarkan khasiat dr tulang kaki.

Ibu Ini Kongsi Tip Masak Dengan Cepat Walaupun Sibuk. Memang Kreatif! 

IKLAN

4. Santan fresh frozen 

Masakan kita mesti lebih sedap kalau pakai santan asli kan? Tapi sayangnya jangka hayat santan asli ni taklah lama dibandingkan dengan santan serbuk atau santan dalam kotak.

Jadi, saya lebih suka simpan santan fresh ni dalam kiub ais macam dalam gambar. Bila nak guna, ambillah seketul dua, ikut banyak mana lauk tu supaya bersesuaian dengan kuantiti yang kita perlukan.

Ibu Ini Kongsi Tip Masak Dengan Cepat Walaupun Sibuk. Memang Kreatif! 

5. Chicken Nugget Homemade

IKLAN

Bahan-bahan:
1.isi ayam blend kasar. 
2. Telur sebiji
3. Daung bawang
4. Carrot
5. Brokoli 

Cara membuatnya
-Gaulkan sebati kesemuanya.
-Ratakan didalam loyang dan kukus seketika.
-Setelah sejuk boleh la dipotong mengikut kreativiti ibu ibu dan sedia digoreng. 

Ibu Ini Kongsi Tip Masak Dengan Cepat Walaupun Sibuk. Memang Kreatif! 
Ibu Ini Kongsi Tip Masak Dengan Cepat Walaupun Sibuk. Memang Kreatif! 

6. French Fries homemade lagi sihat.

Bahan-bahan

  • Kentang (dipotong panjang)
  • Tepung jagung
  • Mixed herb

1. Kentang russet di potong panjang2
2. Rebus setengah masak, cucuk dgn garfu sudah lembut boleh diangkat, tak perlu sehingga kentang lembik ya.
3. Toskan kentang, gaul bersama tepung jagung dan mix herb. ( nak goreng baru letak tepung jagung pun boleh) ?
4. Siap simpan didalam freezer.

Ibu Ini Kongsi Tip Masak Dengan Cepat Walaupun Sibuk. Memang Kreatif! 

Sangat bagus info ini untuk membantu ibu-ibu terutama yang bekerja. Mudah untuk memasak makanan. Selamat mencuba!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI