Setiap anak tak sama perkembangannya. Ada yang cepat ada yang lambat. Namun sebagai ibu bapa tidak boleh mengambil mudah akan hal ini. Jika melihat ada yang tak kena pada anak, cepat-cepat bawa berjumpa doktor pakar.

Perkongsian dari ibu bernama Puan Norakma Jamlos mengenai anaknya, Humaira yang mempunyai masalah lambat bercakap ketika berusia 2 tahun mungkin dapat memberi teladan kepada ibu bapa yang lain.

“Memang Sukar Untuk Terima, Tapi Kami Kena Kuat. Ini Anugerah Terindah Allah Bagi.” Ibu Ini Kongsi 10 Tanda Autism Pada Anak.


“Memang Sukar Untuk Terima, Tapi Kami Kena Kuat. Ini Anugerah Terindah Allah Bagi.” Ibu Ini Kongsi 10 Tanda Autism Pada Anak.

Tergerak hati ingin berkongsi cerita kisah anak saya. Anak saya berumur 2 tahun 7 bulan , perempuan dan anak ketiga. Diagnosis Autisme tetapi masih belum disah kan oleh Doktor. Dia masih belum boleh bercakap(Speech delay).

Saya mula bawa dia berjumpa dengan doktor di Hospital Selayang pada umur dia 2 tahun. Saya mula perasaan dia bukan macam kanak-kanak lain, sangat berbeza. Masih tak boleh bercakap walapun sudah 2 tahun.

07/06/2017- Pergi ke klinik kesihatan untuk imunisasi 2tahun sambil tu bercerita kisah anak, nurse kk buat surat untuk dapatkan appointment di hospital.

24/8/2017 – Berjumpa dengan pakar Paediatriks, doktor sarankan untuk berjumpa dengan pakar telinga dan mata.

18/9/2017- Berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak, Alhamdulillah pendengarannya normal. 

“Memang Sukar Untuk Terima, Tapi Kami Kena Kuat. Ini Anugerah Terindah Allah Bagi.” Ibu Ini Kongsi 10 Tanda Autism Pada Anak.

IKLAN

“Memang Sukar Untuk Terima, Tapi Kami Kena Kuat. Ini Anugerah Terindah Allah Bagi.” Ibu Ini Kongsi 10 Tanda Autism Pada Anak.

Setelah merujuk kepada doktor, jumpa pakar ENT, menjalani ujian saringan dan mengikuti beberapa sesi terapi yang telah disarankan oleh pakar kanak-kanak di Hospital Selayang, pada 27/4/2018 Humaira akhirnya telah diagnosis AUTISM SPECTRUM DISORDER. Pada ketika itu Humaira berumur 2 tahun 10 bulan.

Alhamdulillah, akhirnya segala persoalan sudah ada jawapan. Memang agak sukar untuk menerima, tapi kami kena kuat. Semua itu tidak penting bagi kami, yang paling utama ialah untuk disegerakan adalah mendapatkan rawatan dengan cara intervensi dan cuba memahami sedalamnya bagaimana kami dapat membantu anak kami untuk mempersiapkan diri dia untuk menempuhi cabaran dunia luar sana.

Mungkin ramai yang bertanya dan nak tahu apa yang menyebabkan saya sebagai ibunya rasa tak sedap hati dan tergerak nak bawa Humaira berjumpa doktor. Di sini saya kongsikan tanda awal atau ciri-ciri autisme yang saya perasan sebelum Humaira didiagnosis.

“Memang Sukar Untuk Terima, Tapi Kami Kena Kuat. Ini Anugerah Terindah Allah Bagi.” Ibu Ini Kongsi 10 Tanda Autism Pada Anak.

10 TANDA AWAL AUTISME PADA HUMAIRA YANG DILIHAT SEBELUM UMUR 2 TAHUN
1. LEWAT BERCAKAP
Pada usia Humaira 2 tahun, dia masih tak boleh bercakap. Sebaliknya, dia hanya mengeluarkan bunyi aaaaaa.

IKLAN

2. MENGELAK EYE CONTACT
Eye contact tidak ada. Bila kita bercakap dengan dia, dia akan pandang ke arah lain.

Dia memang tak suka melihat orang yang sedang bercakap dengan dia.

3. LAMBAT RESPON BILA DIPANGGIL
Bila kita panggil, Humaira tidak menoleh. Dia selalunya buat tak tahu saja.

4. LEBIH SUKA BERSENDIRIAN
Humaira tak suka berkawan. Walaupun ada 2 orang kakak, Humaira lagi suka bermain seorang. Dia tak suka dengan keadaan yang ramai orang.

5. KETAWA ATAU MENANGIS TANPA SEBAB
Humaira seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Susah nak fahami perasaannya. Dia boleh ketawa atau menangis tanpa sebab tertentu.

“Memang Sukar Untuk Terima, Tapi Kami Kena Kuat. Ini Anugerah Terindah Allah Bagi.” Ibu Ini Kongsi 10 Tanda Autism Pada Anak.

IKLAN

6. MACAM TAK KENAL ORANG
Humaira juga tiada preference pada orang tertentu. Dia seolah-olah tidak mengenal orang, walaupun yang terdekat dengannya.

Pada dia, semua orang sama.

7. SUKA MENGEPAK TANGAN (FLIPPING HANDS)
Salah satu tanda autisme yang paling ketara adalah perbuatan mengepak-ngepakkan tangan atau flipping hands.

Humaira selalu buat macam ni ketika dia terlalu gembira atau teruja dengan sesuatu.

8. TAK FAHAM ARAHAN
Tidak faham dengan arahan, walaupun arahan yang mudah.

9. TIDAK BERKOMUNIKASI SECARA BUKAN LISAN
Selain tidak bersuara, Humaira juga tidak melambai, mengangguk atau menggeleng kepala.

10. MINAT YANG TERHAD ATAU MELAMPAU
Apa yang saya nampak, Humaira tak bermain permainan dengan cara yang betul. Contohnya dia bermain dengan tayar kereta.

Ada juga benda yang mungkin tak menarik minat kanak-kanak biasa, tapi Humaira boleh obses dengannya.

“Memang Sukar Untuk Terima, Tapi Kami Kena Kuat. Ini Anugerah Terindah Allah Bagi.” Ibu Ini Kongsi 10 Tanda Autism Pada Anak.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI