Melihat seisi keluarga suka makan mashed potato bila menjamu selera di restoran segera, terdetik juga dihati untuk menyediakan sendiri hidangan tersebut untuk keluarga tercinta. Nak tahu apa petua dan resipi untuk pastikan rasanya sedap dan enak, jom ikuti perkongsian daripada Kuali Mama ini.

TIPS & PETUA NAK BUAT MASH POTATO DENGAN SEDAP !

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.


Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)

– 1 labu bawang besar (ditumbuk)
– 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
– 4 sudu butter
– 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
– 2 kiub ayam knorr
– lada hitam dan sulah
– 2 1/2 cawan air

Cara-caranya

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )

2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.

3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.

Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar. KENA CUBA TAU..!! Pasni anak-anak suka !! memang sedap dan puas hati..

SUMBER : Kuali Mama

Tinggalkan Komen