Tak tahu nak makan apa untuk minum petang, apa kata buat hidangan ni. Buat makan petang-petang best ni. Hidangan mee biasanya menjadi kegemaran keluarga.
Jika datang teringin kena pergi ke kedai pula, tentu malas kan. Sebenarnya nak buat mee ni mudah aje tanpa menggunakan mesin pun jadi je.
Kali ni lihat perkongsian puan Baizura Abd Aziz cara membuat mee tarik hasil resipinya.
CARA BUAT MEE TANPA MESIN
Ads
Dulu saya suka sangat makan mee tarik. Setiap bulan mesti pergi makan mee tarik warisan asli.
Lepastu belajar buat, siap beli mesin mee yang besi tu. Gigih kan.
Lepastu terjumpa la resepi yang sangat simple, xpayah guna mesin bagai . Just potong je guna pisau. Mee ni walaupon simple tapi sangat sedap, kenyal-kenyal dan xmuak☺️. Anak-anak memang suka sangat☺️. Kat sini bai share satu2 resepi dan cara2 utk proses mee tarik☺️
Ads
Bahan-bahan Mee.
1) tepung gandum 250g 2)1 sk garam 3) 1 sk baking powder 4) air ( ikut doh) jgn terlampau lembek dan jgn trlmpau keras😉
Cara-caranya -uli semua bahan diatas sehingga betul-betul sebati. Sehingga doh tidak melekat dijari kita. -Rehatkan doh dalam plastik wrap atau plastik biasa selama 2 jam. – Selepas itu, ambik doh dan gelek dengan penggelek kayu( xtau nama ape😂😂) sehingga nipis. Sambil gelek sambil sapu tepung atas doh. Supaya xmelekat – pastikan doh yang digelek betul2 nipis dan gelek selebar yang mungkin. -selepas itu, lipat doh seperti dalam gmbar dibawah. Dan potong halus-halus. Jangan terlalu besar. Nanti xberapa sedap nk makan☺️ – lepastu rebus mee yang dah dipotong td lebih kurang 2@3 minit( pastikan air menggelegak dlu deh)
Ads
-lepas dah masak blh la dimakan.
Selamat mencuba
Sumber:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menikmati manisnya buah rambutan itu perkara biasa. Namun pernahkah anda tahu, biji rambutan yang biasanya kita buang itu juga boleh dimasak dan dimakan.
Menariknya juga bukan sahaja sedap rasanya malah apa yang lebih penting dikatakan biji rambutan ini turut mengandungi khasiat dan baik untuk penjagaan kesihatan tubuh.
Cuba lihat biji rambutan yang telah digoreng ini, nampak begitu menyelerakan bukan? Kerangupannya tentu mampu memancing selera anda untuk mencubanya.
Tidak hanya digoreng malah ada juga yang menggolah resipi biji rambutan ini dengan dimasak sambal tumis.
Mungkin antara kita tidak pernah mencuba rasa menu nan satu ini. Jadi apa kata di musim rambutan kali ini kita cuba menyediakan hidangan unik ini.
Di sini tersedia resipi untuk dicuba.
SAMBAL TIMIS BIJI RAMBUTAN
Bahan bahan:
Biji rambutan(goreng tanpa minyak terlebih dahulu)
Bawang merah/putih (di kisar)
Cili kering ( di kisar)
Gula
Garam
Serbuk perasa
Minyak
Cara cara
1. Tumis bawang hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan cili kisar, kacau sampai pcah minyak.
3. Masukkan biji rambutan, gula, garam dan serbuk perasa. Nak sedap lagi tambah ikan bilis atau ikan masin yang telah di goreng terlebih dahulu.
Selamat mencuba.
sumber :Zanna Nur Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nasi ulam merupakan menu yang sedap dan mudah untuk dibuat. Nasi ulam bukan sahaja enak untuk dimakan, malah ia kaya dengan pelbagai khasiat. Bila tiba bulan puasa, memang sedap berbuka dengan menu nasi ulam.
Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman kampung serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan. Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Nak lagi sedap, guna banyak ulam-ulaman yang berbau wangi. Memang lagi berselera.
Boleh juga dapatkan di bazar Ramadan, tapi sebenarnya nak buat nasi ulam senang saja. Hanya perlu sediakan bahan kemudian beberapa langkah mudah dan nasi ulam pun akhirnya siap. Nak tunggu balik kampung ibu buatkan? Memang lambat lagi! Jom ikuti perkongsian resepi nasi ulam seperti yang dikongsi oleh Zurida Hassan ini.
BAHAN-BAHAN:
Nasi
Serai – hiris nipis
Halia
Lengkuas
Cili padi
Bawang merah – mayang halus
Kerisik secukupnya
Ikan masin (boleh guna ikan talang, tenggiri & gelama) – goreng dan tumbuk
Lada hitam – tumbuk
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN DAUN ULAM:
Daun mengkudu
Putat
Selom
Sekentut
Bebuas
Tebengau
Beluntas
Janggus
Pucuk kari
Daun kesum
Peria pantai
Kaduk
Bunga kantan
CARA MEMASAK:
1.Satukan ulam-ulaman dan hiris halus. Ketepikan.
2. Serai, halia dan lengkuas dikisar kering atau ditumbuk lumat. Jika suka pedas, boleh hiris nipis cili padi mengikut kepedasan yang disukai.
3. Dalam bekas berisi ulam yang dihiris, masukkan bawang merah dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan kerisik dan ikan masin yang sudah digoreng dan ditumbuk halus. (boleh guna ikan talang, tenggiri atau gelama masin).
5. Gaul hingga sebati.
6. Masukkan nasi ke dalam bekas bersesuaian. Masukkan serbuk lada hitam dengan secukupnya.
7. Tambahkan bahan-bahan ulam yang telah digaul tadi dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya.
8. Nasi Ulam sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama sayur keladi.
9. Jika suka, boleh juga nikmati bersama telur masin.
Kata orang menuntut ilmu carilah cikgunya atau orang yang pakar dalam bidangnya. Begitu jugalah bila bab menanam cili walaupun sekadar untuk suka-suka.
Umumnya, kita sebagai mak-mak ni antara yang sering kita cuba untuk tanam adalah menanaman pokok cili.
Mungkin sebab kita rasa mudah, campak saja biji cili, selang beberapa hari nampak tunas.
Persoalannya, begituke cara orang pro tanam? Pasti bukan, jadi itu sebablah pokok cili kita tanam biasanya nampak tak subur, buah cili pun tak berapa menjadi.
Perkongsian dari nursery ni bolehlah jadikan panduan. Barulah orang kata, walaupun tanam cili tepi rumah tapi gaya dan skil macam profesional.
Cara Mudah Tanam Cili Di Rumah.
1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.
5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.
10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.
11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.
13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.
18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.
25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.
27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.
28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.
32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.
sumber :Ara Haniey
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.