Jika anda sekeluarga ingin melakukan aktiviti berkhemah tentu terfikir juga bagaimana caranya untuk pastikan bahan basah seperti ikan, ayam, sosej dan sebagainya boleh disimpan lama.
Kalau boleh biarlah boleh di simpan di dalam bekas besar yang kekal sejuk agar stok bahan basah tersebut kekal elok sepanjang waktu berkhemah.
Membayangkan fungsi bekas tersebut sama seperti peti ais!
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Tiada yang mustahil, jadi apa kata anda buat seperti mana yang dikongsikan oleh Norsharmiza Ashikin ini. Siapa sangka dengan hanya bermodalkan bawah RM20, ‘peti ais’ yang diingikan untuk digunakan ketika berkhemah siap dihasilkan.
“Alhamdulillah siap! Terima kasih geng² group kongsi cara buat peti ais camping ni”
Jadi buat anda yang ingin mencuba sendiri untuk menghasilkan peti ais ini untuk tujuan digunakan ketika melakukan aktiviti berkhemah bersama keluarga bolehlah cuba membuatnya sendiri.
Ini kerana mudah sahaja dihasilkan dan difahamkan total untuk menghasilkan sebiji ‘peti ais’ ini tidak lah mahal, hanya RM17.70 dengan menggunakan 3 bahan utama.
Bahan-bahan:
1 gulung aluminium foil : RM 2.40
1 gulung wall paper :RM 2.40
1 box polisterin berukuran 17x12inci : RM 12.90
Langkah 1 : Lekatkan di bahagian dalam penutup box polisterin dengan kertas aluminium. Gunakan gam biasa dan elakkan menggunakan gam gajah kerana ia akan merosakkan box polisterin tersebut.
Langkah 2 : Lekatkan juga pada bahagian dalam kotak polisterin dengan kemas seperti ini.
Langkah 3 : Ambil wallpaper dan lekat pula pada bahagian luar kotak polisterin. Siap. Kemudian masukan ais dan masukkan sekali bahan basah yang ingin dibawa untuk berkhemah.
Ekstra Tip
Untuk pastikan ais yang dimasukkan ke dalam bekas ini daripada mencair, letak garam kasar di bahagian ais yang bawah. Kemudian lapis lagi dengan ais, kemudian letakkan lagi garam akan membuatkan ais tahan lama dan suhu ais akan jadi lebih rendah.
Sumber : Norsharmiza Ashikin via Family Camping Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club