Kediaman yang selesa idaman semua orang. Lantaran itu ramai yang sanggup memperuntukkan bajet untuk memastikan ruang kediaman sedap mata memandang.
Namun menghias rumah bukan bahagian dalam sahaja tetapi diluar rumah seperti anjung rumah.
Ia boleh dijadikan ruang kedua untuk meraikan tetamu yang datang serta memberi privasi untuk bersantai.
Sebagaimana perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif ini sungguh inspirasi! Ruang Anjung yang tampil cantik, kemas dan elegant!
Cita citanya nak buat ruang tamu kat luar rumah aje .
Jadi bila ada member datang sembang raya boleh sembang kat luar aje dengan selesa.
Ads
Anak-anak kecil yang datang boleh la bermain disekitarnya dengan lebih bebas. Adab orang lama ..yang melayan anak-anak tu pun anak-anak tuan rumah juga.
Macam rumah orang lama ..ada anjung tempat terima tetamu. So kita kena modified ikut perubahan zaman pada rumah teres.
Jadi boleh lah mengekalkan privasi rumah sendiri dalam kerangka budaya tempatan.
Ads
Selalunya yang tetamu wanita mungkin akan dilayan didalam ruang tamu dalam rumah.
Bukan apa terkenang budaya lama yang lebih sopan dan menjaga tatasusila pergaulan.
Ads
Jadi segalanya terjaga … selamat sikit dunia dan akhirat.
Bila kita bertandang ke rumah jiran-jiran atau sanak saudara, sering kali juga mata kita ‘tertipu’ dengan kecantikan bunga orkid yang menghiasi rungan meja makan tuan rumah. Jambangan bunga orkid tersebut nampak begitu segar berbunga, sekali gus cantik ‘meletop’ dan cukup berseri terlihat.
Dan kalau hendak tahu, harga jambangan orkid yang siap digubah itu memang boleh tahan harganya mengikut kualiti orkid yang berbeza-beza. Jadi apa kata, dalam merias kediaman ini, kita cuba buat sendiri untuk lebih menjimatkan.
Pasti anda ingin tahu cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menggubah bunga orkid tersebut bukan?
Dan alangkah beruntungnya kita kerana Puan Zaza Zalina sudi kongsikannya untuk manfaat bersama, jom semak.
Ni harga barang-barang yang digunakan:
Orkid sebatang RM14.00 (guna 5 batang)
Daun sebatang RM5.00
Ranting RM7.50 (pakai sebahagian)
Pasu RM 35.00 beli di bandar Muar
Yang lain-lain tu harga ada di peket dalam gambar
Kalau total semua RM150.00
Ada yang akak beli di kedai barang kahwin di perling jb
Langkah-langkahnya :
1
Pasu ni boleh tahan besar jugak la….jadi bawah tu saya sumbat surat khabar bagi mampat, pastu bubuh span atas tu. Guna span 2 setengah pcs.
2
Mula-mula saya guna gam putih tu…tapi kena tunggu kering pulak. Nak cepat saya guna hot glue untuk tepek-tepekkan lumut palsu.
3
Cucuk semua orkid dulu. Selepas itu baru cucuk buluh dan ikat dengan dawai.
4
Hiaskan ikut kreativiti.
5
Siap
sumber: Zaza Zalina via Kelab Kaki Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup berumah tangga memang indah. Indah bilamana suami atau isteri sama-sama menjalankan tanggungjawab dan mainkan peranan masing-masing dalam rumah tangga. Hidup aman damai dan harmoni.
Bila sama-sama jalankan tanggungjawab barulah beroleh pahala. Salah satu pahala terbesar suami adalah memberi nafkah buat isterinya. Jadilah suami pemurah. Ustaz Sharhan Shafie berkongsi dalil dan hadis serta panduan untuk suami. Jangan sekali-kali abaikan.
“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk istrimu, yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada istrimu.” (HR. Bukhari Muslim)
Dari hadis diatas dijelaskan bahwa harta yang diberikan (nafkahkan) kepada keluarganya, lebih utama daripada didermakan harta bendanya untuk perjuangan Islam. Jadi bagaimana sekiranya terdapat isteri yang sering ditinggalkan suaminya dengan alasan dakwah, sedangkan kebajikan anak-anak dan isterinya tidak dijaga dengan baik? Rasulullah SAW memang seorang tokoh pendakwah yang teragung sepanjang zaman, akan tetapi baginda sering memberikan perhatian kepada keperluan dan kebajikan isteri-isteri baginda.
Begitu besar perhatian Rasulullah SAW, terhadap hak-hak kaum wanita, sehinggakan baginda memberitahu kepada kaum lelaki cara yang terbaik untuk memuliakan seorang wanita.
Perlu diketahui oleh para suami bahawa nafkah yang mereka berikan kepada keluarga mereka tidaklah sia-sia di hadapan Allah SWT. Bahkan nafkah itu akan dicatat sebagai amalan sedekahnya, sebagaimana hadit dari Abu Mas’ud Al-Anshari dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda:
“Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala dengannya maka nafkah tadi dianggap sebagai sedekahnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Bahkan satu suapan makan yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya dianggap sebagai suatu sedekah. Demikian disabdakan Nabi Muhammad pada shahabat beliau, Sa’ad bin Abi Waqqash:
“Dan apa pun yang engkau nafkahkan maka itu dianggap sebagai sedekah bagimu sampaipun suapan yang engkau berikan ke mulut istrimu.” (HR. Al-Bukhari)
Dalam riwayat Muslim disebutkan:
“Tidaklah engkau menafkahkan satu nafkah yang dengannya engkau mengharap wajah Allah kecuali engkau akan diberi pahala dengannya sampaipun satu suapan yang engkau berikan ke mulut isterimu.”.
MasyaAllah, tidak sanggup bagi baginda Rasulullah SAW untuk menjadikan kaum hawa mangsa dari sikap suami mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun sayangnya ada segelintir suami di zaman sekarang lebih mengutamakan keperluan dan kehendak mereka sendiri berbanding keutamaan memberi nafkah pada isteri.
Lebih teruk lagi apabila isteri mereka mempunyai sumber pendapatan sendiri, ramai yang lepas tangan dan nafkah bulanan sepatutnya yang diberikan terus diabaikan. Walhal ada beberapa perkara asas yang memang wajib menggunakan wang suami.
Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini.
1. Makan minum isteri
a) duit belanja diri (menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3,000 setahun. Bila dibahagi 12 bulan…jadi RM250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami)
b) duit belanja dapur
2. Peralatan mandian.
3. Ubat ubatan / medical
4. Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5. Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yang bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
(Petikan daripada kuliah Ustaz Fawwaz)
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.
Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.
Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.
Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.
Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.
Beruntung sekali bagi seorang isteri yang memiliki suami yang pemurah dan tidak berkira kepada diri mereka. Rasulullah SAW merupakan seorang suami yang paling pemurah kepada isteri-isteri baginda, juga kepada sahabat dan kaum keluarganya. Sikap pemurah Rasulullah SAW menjadikan isteri-isteri baginda semakin mencintai dan menyayangi baginda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kasih ibu hingga ke syurga, kasih seorang ayah sepanjang masa. Kisah kegigihan sebuah keluarga selama 8 bulan mencari jasad anak sulungnya yang tertimbus akibat letusan gunung berapi di Jawa Timur, Indonesia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Difahamkan mangsa, Ahmad Rendy Pratama yang berusia 19 tahun dipercayai hilang selepas keluar untuk mengambil ayahnya yang bekerja sebagai pembuat gula di seberang sungai di Lumajang.
Lapor Kompas, mangsa dipercayai melalui kawasan sungai tersebut ketika berlakunya letusan gunung berapi dan hilang tanpa dapat dikesan.
Berhenti Kerja Cari Anak
Ayah mangsa, Muhammad Zuhri sanggup berhenti kerja sebagai pembuat gula untuk mencari jasad anak sulungnya itu.
Biarpun letusan gubung berapi telah berlaku pada Disember tahun lalu, tanpa mengenal lelah, dia terus menggali tanah di kawasan sekitar aliran sungai yang sudah tertimbus akibat letusan.
Bukan sahaja menggunakan cangkul dan sabit untuk mencari jasad anaknya, turut menyewa jentera berat.
Banyak wang yang sudah dikeluarkan untuk mencari jasad anak kesayangannya. Katanya harta benda tidak bernilai berbanding nyawa anaknya.
“Kalau menyerah itu tidak pernah. Namanya juga mencari anak. Setiap hari saya gali terus berharap jenazahnya bisa ketemu,” kata Zuhri.
Temui Jasad Anak
Laporan terkini, penemuan rangka yang dipercayai jasad anaknya memberi khabar gembira buat dirinya.
Difahamkan rangka anaknya dipercayai ditemuinya di Kampung Renteng yang menjadi lokasi terakhir anaknya hilang.
Ia ditemui oleh salah seorang yang turut terlibat dengan usaha pencarian itu. Lelaki berkenaan menemui rangka dengan ciri-ciri pakaian yang dimaklumkan oleh ayah arwah sebelum ini.
Ketika penemuan itu, Zuhri tidak turut serta kerana tidak sihat setelah sekian lama mencari anaknya.
Setelah mendapat khabar itu, dia bergegas untuk memastikan jasad itu betul-betul anaknya.
Dalam keadaan perasaan bercampur baur dia kuatkan hati untuk memastikan kerangka jasad itu adalah milik arwah anaknya.
Dia juga turut menghantar gambar kepada isteri keadaan jasad anaknya dengan meletakkan cebisan pakaian milik anaknya. Isterinya mengesahkan bahawa itu anaknya berdasarkan pakaian yang terakhir dipakai sebelum kejadian yang memilukan itu berlaku.
“Pakaian masih utuh, wang pada poketnya isaku masih utuh. Alhamdulillah sudah ditemukan dari pihak keluarga. Semoga korban lain juga segera ditemukan,” ucapnya.
Selepas sekian lamanya, penemuan rangka manusia yang tertimbus di kawasan sungai di Dusun Kampung Renteng, Lumajang baru-baru ini benar-benar membuatkan keluarga itu tergamam.
Jasad yang lengkap dengan pakaian yang ditemui oleh seorang pencari pasir membuatkan bapa malang berkenaan percaya bahawa itulah anaknya yang dicari-cari selama ini.
Untuk rekod, kejadian gunung terbesar di Pulau Jawa tersebut meletus pada 4 Disember lalu dan menjejaskan lebih 900 keluarga.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Kepada ahli keluarga mangsa yang lain, semoga tabah dengan dugaan yang menimpa.
Shiera Al-Khaired berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan cucu kedua yang diberi nama Aisa Zaina pada 3 Ogos 2026.