Siapa pernah makan Sambal Tempe Rangup pastu tahu keenakan rasanya.
Walau hanya dimakan begitu sahaja, sebalang pun boleh dihabiskan tanpa sedar. Apatah lagi jika dimakan dengan nasi, memang cukup menyelerakan.
Pun begitu, tak semua pakar sediakan menu ini. Apa yang terjadi, ramai kecewa bila mendapati tempe, ikan bilis hatta kacang tidak rangup bila digigit.
Hakikatnya ada tip yang perlu ‘dipatuhi’ untuk sediakan menu ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Noryussyairah. Jom semak.
Selamat tengahhari semua. Beberapa hari lepas ada yang tanya Ira macam mana nak buat sambal tempe rangup kriuk kriuk, tak lembab macam masuk angin.
Actually sebelum ni pun ramai gak tanya Ira tips buat sambal tempe. And now baru Ira terfikir, ramai lagi kot yang tak tau macam mana buat sambal tempe rangup dan tak sougy.
Diorang tanya Ira bukan sebab ira terer masak, tapi sebab mama keturunan jawa. Diorang slalu beli sambal tempe mama. Jadi dorang tau mama buat sambal tempe memang sedap! hehe
So harini Ira kongsikan
6 TIPS SAMBAL TEMPE RANGUP DAN TAHAN LAMA.
1) GUNA CILI KERING BLEND
– Cili kering tu korang blend jangan blend dengan air yang sikit. Contoh cili kering korang HALF jug blender tu, air plak bagi lebih sikit dari half tu. Baru la cili kering hancur betul-betul and senang untuk blender tu pusing. Pastu guna cili kering yang pedas. Nak campur yang tak pedas boleh jugak, tapi pastikan cili pedas lagi banyak dari cili yang tak pedas.
2) TEMPE, KACANG dan IKAN BILIS
Ads
goreng asing
– Tempe mentah, kacang dan ikan bilis tu korang kena goreng dulu dan GORENG ASING-ASING.
Goreng tempe sampai garing, pastu goreng kacang tanah, last goreng ikan bilis. Ketepikan.
Masa sambal tu dah almost siap nanti panas-panas kita gaul semua sekaligus. Baru la rangup setiap elemen sambal tempe kita. Gituuuuu.
3) BAWANG PUTIH dan BAWANG HOLLAND BLEND
– Bawang plak jangan guna bawang tumbuk. Blend jugak. Guna bawang PUTIH dan bawang HOLLAND, ok?
4) GULA
– Gula plak Ira guna guna putih je. Tapi, Ira pernah buat eksperimen guna GULAPONG. Seriously lagi sedap. Hehehe sorry ma, kakak derhaka resepi turun temurun!
Gulapong ni spesis gula melaka cumanya gulapong ni ada dekat Sarawak je. Boleh beli dekat Shopee ye kalau nak cuba gula tu.
5) BIG NO TO SOS CILI, SOS TOMATO ATAU SEGALA JENIS SOS!
– Nak buat sambal tempe, JANGAN sekali-kali guna sos. Mama and embah Ira memang tak pernah masukkan sos masa buat sambal tempe. Itu la antara sebab paling utama sambal tempe korang lembab.
6) POTONG TEMPE NIPIS-NIPIS
Ads
– Tempe tu jangan la segedabak tebal korang potong. Potong nipis, senipis yang boleh. Kalau nak nipis cantik guna pisau cutter. Dalam komen ada Ira update gambar. Nak sagat boleh tapi rasnaya hancur tempe tu nanti.
Itu la 6 TIPS utama kalau nak buat sambal tempe sedap dan rangup.
Actually, nak masak ni ikut je taste kita nak macam mana rasa makanan tu. Tapi mungkin dengan sedikit tips ni akan terlunas taste diorang yang macam Ira ni. hehe
NI pulak resepi sambal tempe mama Ira.
SAMBAL TEMPE MAMA IRA
BAHAN-BAHAN:
3-5 BUNGKUS TEMPE, POTONG NIPIS-NIPIS *
200G KACANG TANAH *
200G IKAN BILIS *
1 SENDUK BAWANG PUTIH BLEND
1 SENDUK BAWANG HOLLAND BLEND
3 SENDUK CILI KERING BLEND
1 SENDUK GULA PUTIH / GULAPONG
1 SENDUK MINYAK MASAK
GARAM SECUKUP RASA
(BAHAN BERTANDA * GORENG DENGAN MINYAK BANYAK, HINGGA RANGUP, SEJUKKAN.)
Ads
CARA-CARA :
1. GUNA API KECIL SETIAP MASA.
2. PANASKAN MINYAK. MASUKKAN BAWANG dan CILI KERING. TUMIS HINGGA BERTUKAR WARNA.
3. MASUKKAN GULA. MASAK SEHINGGA BETUL-BETUL PEKAT DAN LIKAT. API MESTI SENTIASA KECIL.
DAH PEKAT, MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA.
LAST MASUKKAN BAHAN BERTANDA *. GAUL RATA-RATA. TUTUP API, SIAP. SEJUKKAN
Kalau ikut tips ni inshaaAllah tempe, ikan bilis n kacang tanah dalam sambal tu rangup sehingga 1 bulan dan ke atas.
Semoga membantu uolls la ok! Oh ya, Silakan share ye, manatau membantu orang yang tengah usaha nak rasa sambal tempe macam ni. Nanti next time Ira share CARA BUAT TEMPE DARI AWAL. Tak janji tapi Ira akan usahakan ye.
Resipi ayam goreng ala homemade ini memang mudah untuk dibuat di rumah. Rugi kalau tak cuba sebab bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan ringkas sangat!
Suatu ketika, pastry fruit cake ini pernah menjadi viral dan saat itu ramai warganet berkongsi resipi dan gambar di media sosial. Namun kini seakan kek ini sedikit tenggelam popularitinya dan terkini, digantikan pula dengan kek marble pelbagai corak yang memukau.
Pun begitu, sama ada kek marbel atau kek buah ada keenakan rasanya yang tersendiri. Jadi untuk yang telah lama tidak mencuba rasa Fruit Cake ini , apa kata kali ini sediakan sekali lagi untuk dihidang kepada keluarga tercinta.
Resipi bolehlah dirujuk daripada perkongsian ini dan semoga bermanfaat.
Dulu viral kek ni..Sekarang makin ramai lupakan dia..Sekarang zaman kegemilangan Kek Marble Jelita pula. Saje ungkit kisah lalu..supaya ramai tak lupa keenakan kek ni.
Saya share resepi yang saya guna. Resepi Asal Blogger Masakan Kak Azlita Masam Manis.Tapi ada sikit-sikit sahaja saya adjust dan ringkaskan penulisan resepinya.
Semoga bermanfaat.
Fruit Pastry Cake
Bahan A
100g Butter
160g Gula
60g Plain Yogurt
Bahan B
4 biji telur gred B
1st esen vanila
Bahan C
210g Tepung gandum
1st Baking powder
**ayakkan
Cara-Cara
Bahan A dipukul sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan Bahan B. Telur dimasukkan satu per satu
3. Masukkan Bahan C. Putar bahan hingga sebati
4. Masukkan dalam loyang size 7X7 @ 8X8 inch yang telah dilapik baking paper.Saya guna 7X7 inch sebab suka tebal sikit keknya.
5. Susun buah-buahan yang telah dipotong. Buah-buahan yang boleh digunakan strawberry,blueberry,kiwi,peach,mulberi.
6. Bakar mengikut suhu oven masing-masing
Tips
Untuk elak kek mengecut lepas bakar atau buah tenggelam lepas bakar,setelah masukkan telur,jangan putar adunan terlalu lama.Sekadar adunan sebati sahaja
2. Gaul buah-buahan yang telah dipotong dengan gula sebelum letakkan di atas adunan kek
3. Buah-buahan yang dipotong juga jangan dipotong telalu nipis atau terlalu tebal.
4. Yogurt boleh guna apa-apa jenama dan mestilah perisa plain.
Sebelum ini, anda mungkin beranggapan bji labu sekadar snek ringan yang tiada zat. Jangan tak tahu, biji labu banyak manfaatnya, terutama untuk wanita yang sudah berusia. Khasiat asid lemak dengan kandungan pelbagai zat serta tinggi serat, terbukti pengambilannya membantu ramai wanita mencapai jumlah ideal 50 gram serat daripada 1000 kalori yang dimakan.
Apa kelebihan lain? Ok, jom semak.
1. Jaga jantung
Satu perempat cawan biji labu mengandungi hampir separuh jumlah pengambilan harian magnesium yang dicadangkan. Magnesium dikatakan memberi kebaikan terhadap tekanan darah dan membantu mencegah serangan kardiak, serangan jantung dan strok.
2. Zink untuk sokongan imun
Biji labu kaya sumber zink. Satu auns biji labu mengandungi lebih daripada 2 miligram mineral ini. Zink penting untuk tubuh. Kebaikannya untuk keimunan, pertumbuhan dan pembahagian sel, tidur, mood, deria rasa dan bau, mata dan kesihatan kulit, mengatur insulin dan fungsi seksual lelaki.
3. Lemak omega-S berasaskan tumbuhan
Biji-bijian dan kacang mentah, termasuklah biji labu adalah salah satu sumber terbaik omega-3 berasaskan tumbuhan (asid alpha-linolenic atau ALA).
4. Kesihatan prostat
Pengambilan biji labu sebagai makanan semula jadi untuk kesihatan lelaki memang telah lama diketahui. Ini adalah berikutan dengan kandungan zink yang penting untuk kesihatan prostat. Ia juga mungkin disebabkan ekstrak dan minyak biji labu memainkan peranan penting dalam merawat prostat membesar atau BPH.
5. Anti diabetes
Kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan mencadangkan biji labu mampu membantu memperbaiki pengaturan insulin dan membantu mencegah komplikasi diabetes melalui cara mengurangkan tekanan oksidatif.
6. Baik untuk wanita selepas menopaus
Minyak biji labu kaya dengan phytoestrogen asli. Kajian mencadangkan ini boleh membawa kepada peningkatan kolesterol baik HDL melalui cara mengurangkan tekanan darah, hot flashes, sakit kepala, sakit sendi dan simptom-simptom menopaus yang berlaku pada wanita selepas menopaus.
7. Baik untuk kesihatan jantung dan hati
Biji labu, kaya dengan lemak sihat, antioksidan dan serat, mampu beri kebaikan untuk kesihatan jantung dan hati terutamanya jika dicampurkan dengan biji flax.
8. Triptofan untuk tidur nyenyak
Biji labu kaya sumber triptofan, sejenis asid amino yang akan ditukar oleh tubuh menjadi serotonin. Serotonin ini kemudiannya akan ditukar menjadi melatonon atau hormon tidur. Memakan biji labu bersama-sama keping buah beberapa jam sebelum tidur dikatakan baik untuk menyediakan tubuh tritopfan yang diperlukan dalam penghasilan melatonin dan serotonin untuk membantu tidur nyenyak.
9. Kebaikan anti keradangan
Minyak biji labu dikatakan menunjukkan kesan anti keradangan. Satu kajian terhadap haiwan mendapati ia serasi dengan ubat anti keradangan indomethacin dalam merawat artritis.
10. Baik untuk kulit & rambut
Minyak biji labu dikatakan baik untuk merangsang pertumbuhan rambut lelaki terutamanya yang mengalami masalah androgenetc alopecia. Lemak sihat yang terdapat dalam biji labu baik untuk hidrasi, sementara vitamin A merangsang penggantian sel untuk memastikan kulit muda.
Sumber: Sempoimedia.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di