Jika berpuluh tahun menggunakan set sofa yang sama, tentu fabriknya sudah nampak kusam. Andai ingin ditukar baharu, kosnya pula boleh tahan, cecah ribuan ringgit.
Mencari alternatif, apa kata kita lakukan diy sepertimana yang dikongsikan oleh Ya Mieza. Terbukti kos yang diperlukan jauh lebih murah dan hasilnya memang puas hati dan nampak wow.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum.. w. b. t.. disini saya ingin kongsikan gambar cara-cara saya memperbaharui fabrik sofa yang telah tular hasil perkongsian saya di sebuah group deko.
Bukan saja cantik malah menjimatkan…Benda bole buat sendiri.. buat apa nak tempah…
Ini gambar step by step pasang sarung sofa. Harap dapat membantu rakan-rakan.
Material kain english cotton 3+2+1 seater menggunakan 21 meter kain.
Musim perayaan begini memang saat paling dinantikan. Waktu inilah dapat bertemu dan berkumpul. seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil berborak dan makan-makan. Yang dah lama tak jumpa waktu inilah nak eratkan kembali hubungan kan. Tak kisahlah saudara mahupun teman.
Dalam keseronokan beraya, bagi ibu bapa yang membawa anak harus mengawal tingkah laku mereka di rumah orang. Jangan terlalu leka berborak sehingga terlupa anak-anak sudah ‘terlebih perangai’. Lebih memburukkan keadaan bila anak memecahkan barangan di dalam rumah.
Jangan nak salahkan tuan rumah jika perkara ini berlaku kerana sebagai ibu bapa patut disiplin dan mendidik anak supaya ‘behave’ di rumah orang.
Situasi ini dikongsikan oleh seorang bapa yang mempunyai anak Autisme. Mengakui anaknya sangat hyper dan tak reti duduk diam, namun Bapa bernama Fais ini mengakui cukup garang dan akan menegur bila anak buat silap.
Biarpun cara yang dipraktikkan kurang dipersetujui isteri dan keluarga, namun itu adalah demi kebaikan anaknya sendiri.
Melentur buluh biar dari rebungnya, itu pendekatan yang Fais ambil. Dia juga tidak memihak pada anaknya, sebaliknya setiap ibu bapa ada cara didikan masing-masing.
Biarpun terpaksa menegur berulang kali, namun menurut Fais cara begini membuatkan anak-anak tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah.
Segalanya bermula daripada rumah. Justeru, nak mendidik anak supaya berkelakuan baik di rumah orang haruslah bermula dari ibu bapa itu sendiri.
Segalanya bermula dari ibu bapa sendiri. Bak kata pepatah anak itu ibarat kain putih, yang mencorakkannya adalah ibu bapa. Jadi hati-hati dalam melakar corak supaya tidak kotor dan terlihat cantik dan bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menghias ruang dalam rumah dengan sentuhan kehijauan tanaman, diakui akan memberi impak lebih segar dan damai.
Tidak dengan itu, dikatakan ramai gemar menanam pokok di dalam rumah bertujuab untuk memastikan pengudaraan di dalam kediaman menjadi lebih sihat dan segar.
Walau apa pun tujuannya, tumbuhan yang ditanam harus dijaga agar hidup dengan subur. Selain perlu dibaja mengikut kekerapan tertentu, malah tidak boleh tidak harus disiram.
Memahami bagaimana sebaiknya tumbuhan indoor plants ini harus dijaga, elok kita baca perkongsian ini. Jom semak.
PENYIRAMAN INDOOR PLANTS
Tahukah anda penyiraman merupakan asas penting di dalam penjagaan pokok?
Pokok yang disiram terlalu banyak air atau kekurangan air boleh menyebabkan risiko pokok menjadi layu dan mati.
Perlu untuk kita ketahui, penyiraman sehingga menyebabkan air bertakung, terlebih air yang diperlukan oleh tanaman merupakan salah satu faktor utama pokok indoor plants kita mati.
Bagi melakukan penyiraman, adalah tidak digalakkan sama sekali menggunakan air yang bersuhu dingin.
Penyiraman mengunakan air ini akan menyebabkan pertumbuhan terbantut atau merosakkan akar tanaman.
Setiap keperluan suatu tanaman berbeza mengikut sepsis, habitat, tanah, cahaya, suhu dan kelembapan di kawasan rumah.
Tumbuhan yang mempunyai permukaan daun yang besar akan lebih banyak memerlukan air berbanding tanaman yang mempunyai daun kecil.
Bercerita tentang rezeki, pastinya semua antara kita mahukan rezeki yang luas dan melimpah-ruah. Bahkan untuk mendapatkan rezeki, kita akan terus berkerja keras .
Pun begitu, dalam usaha menambah baik kehidupan selain perlu gigih dan rajin berkerja terdapat pelbagai cara lain yang boleh lakukan yang mana mungkin ada yang terlepas pandang.
Salah satu caranya adalah dengan membahagiakan pasangan dan anak-anak seperti apa yang dipraktikan melalui perkongsian seorang suami ini bolehlah jadikan panduan.
Semasa saya tak tahu nak buat kerja apa selepas di berhentikan kerja, Saya hanya pinjam duit isteri RM10 dan ke Plaza Imbi dan Low Yat. Kalau anak isteri tanya saya ke mana dan buat apa,
“Ayah ada kerja”
“Ada orang minta tolong di kedai”
Berbekalkan duit itulah, buat tambang pergi balik RM4.80 dan baki beli roti dan air. Balik nanti InsyaAllah adalah kadang RM50 atau RM30 duit belanja.
Bertahun-tahun begitulah sampai saya rasa macam nak berhenti sahaja kerja-kerja begini. Penatnya tak tahu nak cerita macamana. Kadang bosan datang, saya tidur saja di surau.
Nak dapatkan kerja tetap, kebanyakan kedai masa tu dah ada pekerja, tapi ada seorang bos kedai yang baik. Dia kata boleh tolong-tolong. Dia bagi upah.
Satu hari saya datang tolong kemaskan laptop dan komputer baru sampai, bos tiba-tiba tarik pagar nak tutup kedai. Sedangkan baru buka.
“Bos, tutup ke?”
“Yelah. Sudah satu minggu tak jalan. Laptop satu pun tak dapat jual ni. Jomlah ikut saya”
Saya pun ikut saja.
Dia naik kereta. Saya duduk sebelah dia. Dia telefon isteri.
“Jom pergi makan. Bawa anak-anak sekali”
Sepanjang perjalanan dia diam je. Saya pun ikut diam sekali. Pening mungkin tiada jualan. Nak hujung bulan.
Mesti banyak hal nak diselesaikan.
Sampai rumah dia, anak-anak isteri naik. Kami pergi ke shooping mall. Dia belanja makan. Bawa isteri anak-anak belikan apa mereka suka. Saya perhati je.
Dia sembang gelak-gelak dengan isteri dia. Macam tiada masalah, sedangkan kat kedai murung je.
Selesai semua, dia hantar saya ke stesen bas. Kami pun berpisah.
Esoknya dia telefon awal pagi.
“Abu, datang awal boleh? Tolong saya”
“Kenapa bos?”
“Ada orang order 50 komputer ni. Kena siapkan semua. Saya kasi lebih duit lah. Ok?”
Ya.
Apa yang saya belajar dengan bos ni? Sebab saya tanya dia. Pelik rasa. Bila tiada jualan, rasa down, mesti dia tutup kedai dan bawa anak isteri berjalan.
Pesan dia yang saya ingat sampai sekarang, “Kalau kita down, takde sale, penat, tutup sebentar perniagaan. Baliklah rumah. Jumpa anak isteri. Hiburkan mereka.
Sebab kadang takde sale bukan sebab apa, mungkin kita terlalu sibuk sampai kita lupa, apa yang kita buat ni sebenarnya untuk apa.
Kita cari duit untuk keluarga kan? Tapi duit itu tak pernah cukup untuk kita. Tapi bila cari rezeki untuk keluarga, dan kita yakin Allah yang bagi, jadi kita takkan penat dan kita ada masa untuk berehat”
Rupanya begitu.
Selepas bertenang, selepas menghiburkan ahli keluarganya, Allah balas esoknya juga pada dia. Dan itulah yang saya ikut dan buat.
Kalau dah penat sangat, sibuk sangat, saya “pause” sebentar, dan pergi kepada keluarga saya. Kerana sesungguhnya, Di mana ada bahagia, disitu pasti ada keluarga.
Wahai Allah, jadikanlah rumahtangga kami syurga sebelum syurga. Jadikanlah rumahtangga kami masjid untuk kami mengingatiMu.
Tempat sumber kekuatan dan hiburan, serta ketenangan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.