Musim perayaan begini memang saat paling dinantikan. Waktu inilah dapat bertemu dan berkumpul. seronok dapat berkumpul ramai-ramai sambil berborak dan makan-makan. Yang dah lama tak jumpa waktu inilah nak eratkan kembali hubungan kan. Tak kisahlah saudara mahupun teman.
Dalam keseronokan beraya, bagi ibu bapa yang membawa anak harus mengawal tingkah laku mereka di rumah orang. Jangan terlalu leka berborak sehingga terlupa anak-anak sudah ‘terlebih perangai’. Lebih memburukkan keadaan bila anak memecahkan barangan di dalam rumah.
Jangan nak salahkan tuan rumah jika perkara ini berlaku kerana sebagai ibu bapa patut disiplin dan mendidik anak supaya ‘behave’ di rumah orang.
Situasi ini dikongsikan oleh seorang bapa yang mempunyai anak Autisme. Mengakui anaknya sangat hyper dan tak reti duduk diam, namun Bapa bernama Fais ini mengakui cukup garang dan akan menegur bila anak buat silap.
Biarpun cara yang dipraktikkan kurang dipersetujui isteri dan keluarga, namun itu adalah demi kebaikan anaknya sendiri.
Ads
Melentur buluh biar dari rebungnya, itu pendekatan yang Fais ambil. Dia juga tidak memihak pada anaknya, sebaliknya setiap ibu bapa ada cara didikan masing-masing.
Ads
Biarpun terpaksa menegur berulang kali, namun menurut Fais cara begini membuatkan anak-anak tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah.
Segalanya bermula daripada rumah. Justeru, nak mendidik anak supaya berkelakuan baik di rumah orang haruslah bermula dari ibu bapa itu sendiri.
Segalanya bermula dari ibu bapa sendiri. Bak kata pepatah anak itu ibarat kain putih, yang mencorakkannya adalah ibu bapa. Jadi hati-hati dalam melakar corak supaya tidak kotor dan terlihat cantik dan bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dr Amalina Che Bakri sekali lagi menjadi inspirasi ramai apabila berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Imperial College London. Kejayaan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dicapai, apatah lagi apabila dalam masa yang sama beliau perlu menggalas tanggungjawab sebagai pakar bedah, isteri dan ibu kepada dua cahaya mata yang masih kecil.
Momen penuh bermakna itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram dan nyata mencuri perhatian ramai. Namun, lebih menyentuh hati apabila Dr Amalina menitipkan ucapan istimewa buat dua puteri kesayangannya, Arabella Mia dan Aurora.
Coretan tersebut bukan sekadar perkongsian kejayaan akademik, malah menjadi luahan hati seorang ibu yang melalui pelbagai cabaran demi ilmu, kerjaya dan masa depan keluarga tercinta.
Menerusi hantaran itu, Dr Amalina berharap suatu hari nanti anak-anaknya akan memahami perjalanan panjang yang dilaluinya sepanjang menamatkan pengajian serta menjalani latihan dalam bidang perubatan.
Menurut beliau, banyak malam dihabiskan dengan tugasan akademik, penulisan tesis, sesi pembelajaran, latihan klinikal dan jadual kerja yang padat. Ada ketikanya, beliau terpaksa berjauhan daripada anak-anak walaupun hati seorang ibu sentiasa ingin berada dekat di sisi mereka.
“Suatu hari nanti apabila kamu sudah besar, mummy harap kamu akan memahami perjalanan yang mummy lalui, malam-malam yang panjang, syif on-call, penulisan tesis, latihan klinikal, pembelajaran dan pilihan yang kadangkala membuatkan mummy terpaksa berjauhan daripada kamu walaupun hati mummy hanya mahu sentiasa dekat dengan kamu.”
Lebih menyentuh hati, Dr Amalina menjelaskan bahawa segala usaha yang dilakukan bukan kerana kasih sayang terhadap anak-anak terganti dengan kerjaya atau pengajian. Sebaliknya, semuanya dilakukan kerana rasa cinta yang cukup mendalam terhadap mereka.
“Semua yang mummy lakukan bukan kerana menggantikan kasih sayang kepada kamu. Mummy lakukan kerana mummy sayangkan kamu.”
Luahan tersebut menyentuh hati ramai pengikut yang memahami cabaran seorang wanita dalam mengimbangi pelbagai peranan penting dalam kehidupan.
Ramai ibu berkerjaya berdepan situasi yang sama apabila terpaksa membuat pengorbanan masa demi memastikan keluarga dan kerjaya dapat berjalan seiring. Perkongsian jujur seperti ini membuatkan ramai berasa lebih difahami dan dihargai.
Dalam perkongsian sama, Dr Amalina turut mengakui ada hari-hari tertentu beliau dibayangi rasa bersalah apabila merasakan dirinya tidak melakukan yang terbaik sebagai seorang ibu.
Malah, beliau juga pernah bimbang sekiranya anak-anaknya tidak memahami pengorbanan yang dilakukan demi masa depan keluarga. Perasaan tersebut cukup dekat dengan ramai ibu berkerjaya yang setiap hari berusaha membahagikan masa antara tuntutan kerja dan keluarga.
Walau bagaimanapun, kasih sayangnya terhadap Arabella dan Aurora tidak pernah berkurang walau sedikit pun. Sebagai ibu, beliau mahu kedua-dua anaknya membesar dengan keyakinan bahawa mereka mampu mencapai perkara luar biasa dalam kehidupan.
Selain berkongsi pengalaman peribadi, Dr Amalina turut menitipkan pesanan yang penuh makna buat kedua-dua puterinya.
“Jika ada satu perkara yang mummy mahu kamu sentiasa ingat, ia adalah kamu mampu melakukan perkara yang luar biasa.
Kamu boleh bermimpi setinggi-tingginya. Kamu boleh menjadi kuat dan lembut, bercita-cita tinggi dan penuh belas kasihan dalam masa yang sama.”
Mengakhiri hantaran tersebut, Dr Amalina berharap suatu hari nanti anak-anaknya akan melihat kembali perjalanan hidup yang dilaluinya dengan rasa bangga.
Beliau turut menegaskan bahawa Arabella dan Aurora merupakan anugerah terindah dalam hidupnya. Sebagai seorang ibu, beliau akan sentiasa mempercayai kebolehan kedua-dua puterinya itu dengan sepenuh hati.
“Sentiasalah ingat, mummy percaya kepada kamu dengan sepenuh hati. Tiada yang mustahil untuk kamu. Kamu adalah hadiah terindah dalam hidup mummy.”
Perkongsian penuh emosi itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang tersentuh dengan keikhlasan luahan seorang ibu. Ramai yang menganggap kisah Dr Amalina cukup memberi inspirasi, khususnya buat wanita dan ibu berkerjaya yang sedang berjuang mengimbangi impian, kerjaya serta tanggungjawab terhadap keluarga.
Benarlah, di sebalik setiap kejayaan seorang ibu, ada pengorbanan yang mungkin tidak selalu terlihat. Ada malam yang panjang, rasa penat yang disembunyikan dan rindu yang dipendam. Namun apabila semuanya dilakukan kerana cinta, setiap langkah perjuangan itu pasti menjadi sesuatu yang cukup bermakna.
Berbakti kepada tanah banyak mang manfaatnya. Selain dapat menjimatkan duit, cara ini juga mampu menjana pendapatan sampingan.
Ada yang bercucuk tanam sayuran dan bunga di rumah, dan hasilnya dijual. Memang lumayan pendapatan walaupun pada awalnya sekadar suka-suka.
Selain sayur dan bunga, ulam-ulaman juga antara yang menjadi kegemaran ramai. Antaranya termasuklah ulam daun selom. Kalau orang utara suka dimakan bersama laksa, memang terbaik. Ada juga yang membuat kerabu dan dicampur dengan kerang, terbaik rasanya.
1. Batang dipotong ikut ruas selom. Ruas tu nanti akan keluar akar. Rendam dalam air.
2. Lebih kurang 5-7 hari direndam dalam akar akan keluar melalui batang selom(tukar air rendaman selalu) 3. Tanam batang yang berakar ni dengan cara melintang
4. Tutup dengan tanah dan siramkan pastikan tanah sentiasa lembap.
5. Dah boleh tuaii Besstt tanam selom. Sekejap je dah boleh dituai
Sape suka ulam selom
#mekdawonderland
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengorbanan kedua ibu bapa membesar dan mendidik anak-anak dari kecil sehingga besar tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Kerana itu, anak-anak harus membalas segala jasa dan pengorbanan biarpun bukan itu yang diminta oleh ibu bapa.
Justeru, selagi ibu bapa masih hidup, berbuat baiklah kepada mereka. jangan sesekali lupakan pengorbanan mereka selama ini. Jika sebelum ini mereka bersengkang mata mencari rezeki dan sanggup berjaga apabila anak-anak sakit, kini apabila mereka sudah tua dan sakit giliran anak-anak pula berbuat demikian.
Demikian juga perkongsian seorang lelaki ini menerusi laman facebooknya. menurut saudara Faisal Rahimi,dia sanggup berhenti kerja demi menjaga ibunya yang mempunyai masalah kesihatan.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Faisal mengambil keputusan untuk menjaga ibunya kerana memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan menjalani amanah yang telah diberikan oleh arwah ayahnya.
Walaupun dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, Faisal tetap bertekad untuk berhenti kerja offshore dan pulang ke kampung bagi berbakti kepada syurganya.
Pengorbanan berhenti keja..ambik keputusan jaga mak..bukan semua orang boleh buat..aku taw dalam kalangan kawan2 aku ada jaa yg lebih dari aku..orang gila tak buat keja gila..tambh2 musim keja susah sekarang nie..tak pa..
keja boleh cari..mak sorang tiada ganti..walaupon kena beletiaq..itu normal..adik mintak maaf mak..walaupon tak seperti orang lain..kereta sendiri xdak..rumah sendiri xdak..apatah pasangan dan simpanan byk..tak apa mak..cukup untuk kita makan..aku redha..tanggungjawab..amanah arwah ayah bagi..aku jalankan.
Semoga dipermudahkan urusan Saudara Faisal untuk menjaga syurganya sehingga sebuh seperti sedia kala. Inilah yang patut dicontohi oleh anak muda zaman sekarang. Harta dan wang ringgi boleh dicari tetapi kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu tiada galang gantinya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.