Bila sebut bab kerja-kerja dapur, pasti ibu-ibu tak lepas dari masalah kotoran, minyak dan sebagainya. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan dapur, apa kata ibu-ibu cuba tip yang dikongsikan oleh puan Yatie Eimra ini.
Bukan jer bantu hilangkan kesan minyak dan bau hanyir, malah homemade spray ini juga boleh bantu tanggalkan karat. Jom cuba!
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut.. Baru² ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja² kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun 😄
Ads
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan 😅 Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak.
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi. 😄
Ads
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka 7½ cawan air 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara membuat:
Ads
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ 😅
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
pelakon dan juga usahawan, Ardell Aryana, dikhabarkan akan pergi ke negeri itu bagi menghantar bantuan kemanusiaan.
Dalam perkongsian suaminya menerusi laman instagram, Nadzmi Adhwa memuat naik video saat Ardell mengucapkan selamat tinggal sebelum berangkat ke Sabah.
Nadzmi menerusi perkongsian itu memohon doa daripada orang ramai agar isterinya pergi dan pulang dalam keadaan selamat serta dilindungi sepanjang berada di Sabah.
“Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang 🤲🏻 Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu. Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu ❤️🤲🏻 Saya sayang awak 😘 Abi tahan airmata tadi 🤣
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian tersebut mendoakan semoga Ardell dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.
Selalu guna lama-kelamaan kipas siling mulai perlahan walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Selain disebabkan oleh habuk yang melekat pada bilah kipas, ada masalah lain yang menyebabkan ia menjadi perlahan.
Tak perlu beli yang baru, sebaliknya kipas tersebut boleh dilajukan semula, tak susah mana pun. Jom ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Azlan Abdul Rahman.
Membaiki Kipas Panasonic Rosak.
Kipas apabila sudah lebih 12 tahun ia akan berpusing semakin perlahan dan mengeluarkan bunyi berdengung (humming). Kalau dibiarkan ia akan semakin teruk dan boleh menggangu komponen lain. Lagi banyak kos nak baikinya. Lagi pening tuan rumahkan?
Bolehkah ia dibaikpulih supaya berpusing seperti baru? Boleh jangan risau! 80% kipas yang rosak boleh dibaiki. Untuk kes ini bunyi ini berpunca dari kerosakan pada kapasitornya.
Cara mudah nak baiki kipas siling yang perlahan dan bunyi bising.
7 Langkah Mudah Baiki Kipas Siling:
Langkah 1.
Buka housing kipas supaya anda boleh cabut board keluar. Cari skru yang mengikat housing dengan body kipas. Biasanya skru ada di atas. Sebelum buka housing tu tutup suis utama dulu. Keselamatan diutamakan.
Langkah 2.
Periksa secara visual sama ada kesan burn atau ada komponen yang pecah. Dalam kes ini komponen pada board ini masih kelihatan ok pada luaran.
Langkah 3.
Salah satunya daripada komponen yang ditandakan ini sudah electrically deffective atau failed. Benda nilah yang menyebabkan kipas anda perlahan dan berbunyi bising. Fungsi asas kapasitor menyimpan dan mengeluarkan cas. Apabila dah lama ia akan semakin hilang kemampuan.
5 kapasitor² ini perlu diganti. Dapatkan sparepart ini di kedai elektronik berhampiran. Harganya tak mahal sektiar RM3 saja.
Kalau anda kurang yakin nak beli, anda bawa saja board ni pergi ke kedai elektronik beritahu nak tukar semua komponen yang ditandakan ni. Tuan kedai lebih arif part mana yang sepatutnya dia ambil.
Langkah 4.
Sediakan peralatan soldering secukupnya seperti iron tip, solder wire, solder wick dan kapasitor baru yang nak ditukar tadi.
Langkah 5.
Tukar 5 komponen kapasitor tadi mengikut value komponen masing². Kemahiran pasang part ni kita belajar dalam subjek Kemahiran Hidup dulu. Ia tak susah mana.
Selepas pasang part periksa board kalau ada short² atau solder bridging.Langkah 6.
Pasang balik board pada kipas. Jangan pasang housing lagi sebab kita nak test dulu. On suis utama dan test semua function pada remote.
Setelah ada bunyi beep dan laju maknanya anda telah berjaya.
Langkah 7.
Finishing. Alang² kipas dah repair, cuci la bilah kipas tu. Kesian dekat kipas kena ‘angkut’ beban habuk yang tak sepatutnya dia tanggung. Ingat kalau sayang kipas kena cuci dari habuk secara berkala. Bukan sebab cantik ada sebab teknikal juga.
Hasilnya lihatlah kipas yang dah ditukar kapasitornya. Macam kipas baru!