Hari-hari masak lauk simple je, semua dah bosan tengok sebab asyik berulang menunya. Dah alang-alang esok cuti, apa kata esok pagi bangun awal pergi pasar cari bahan buat nasi kerabu!
Apa, tak reti buat? Haaa jangan risau! Min nak belanja la ni resipinya dari Nora Azni atau lebih dikenali sebagai mamaohsem! Mesti anak teruja tengok nasi warna biru kan. Tunggu apa lagi, jom catit bahan apa nak masak untuk esok! Hehe
Resipi Nasi Kerabu Mamaohsem
Resipi Nasi biru
Bahan-bahannya :-
– Sebatang serai (diketuk)
– 6 helai daun limau purut (buang urat tengah)
– Beras biasa
– Bunga telang(kalau takde boleh guna pewarna, saya guna pewarna biru)
– 3 titik pewarna biru (boleh kurang kan ye, sebab nasi saya biru sangat)
Cara-caranya :-
Basuh beras, campur semua bahan dan masak nasi mcm biasa.
Resipi sambal nyor atau sambal kelapa
Bahan-bahannya :-
– Sebiji kelapa parut
– 6 ekor ikan selayang
– 2 batang serai
– 7 biji bawang merah kecil
– 2 keping hirisan halia
– lada hitam
– Garam
– Gula
Cara-caranya :-
– Mula-mula goreng atau sangai kelapa parut tanpa minyak. Sebaik nye guna api sederhana ye. Takut kang hangit.
– Part goreng kelapa ni lame jugak, kena selalu kacau-kacau, nak bagi masak serata elok. Goreng kelapa kena sampai garing dan bertukar kaler ke perang. Dah siap. ketepikan.
– Ikan selayang direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Lepas tu ambik isi ikan je.
– Goreng atau sangai ikan dalam kuali tanpa minyak. Bagi kering-kering sikit. Ketepikan.
– Hiris nipis serai, kemudian tumbuk bersama bawang merah, halia dan sedikit lada hitam.
– Masukkan ikan yang digoreng tadi, tumbuk agak-agak lumat. Dan keluarkan dari lesung.
– Kelapa yang digoreng tadi, tumbuk sekejap je.
– last sekali campurkan ikan, kelapa yang ditumbuk, garam dan gula. Kena gaul sebati. Guna tangan. Pakai sarung tangan plastik tau.
– Dah siap sambal nyor.
Ads
Resepi tumis budu
Bahan-bahannya :-
– 2 batang serai 1 diketuk 1 lagi dikisar*
– 5 ulas bawang merah kecil*
– 3 ulas bawang putih*
– 3 keping hirisan halia*
– 10 tangkai cili kering*
– nisse atau gula melaka*(pakai 2 sudu besar)
– 5 sudu besar budu(brand tak kisah, saya pakai budu cap tere)
– Santan
– 1 keping asam gelugur
– Garam (kena rase dulu, kalau masin tak payah letak garam)
– Sedikit serbuk aji
Cara-caranya :-
– Kisar bahan bertanda*
– Masukkan bahan kisar ke dalam kuali, tambah 2 sudu besar minyak masak. Masukkan juga serai yang diketuk. Tumis sampai garing.
– Lepas tu, masukkan santan, asam keping dan budu. Tumis lagi sampai pecah minyak.
– Rase dulu kalau dah masin tak payah letak garam,cuma letak sedikit serbuk aji.
– Siap dah tumis budu.
Kisar cili padi, cuka, dan garam. Leoas tu perah limau nipis. Dah siap.
Ulaman
– Daun serai atau daun samak(susah nak dapat jadi saya tak pakai)
– Kacang panjang
– Bunga kantan
– Taugeh
– Kobis
– Daun kesun
– Timun batang (taknak pon takpe)
– limau nipis
Semua ulam kat atas tu, dihiris.
Ini kobis, taugeh dan daun kesum.. Semua hiris. Taugeh tu sedap sangat.. Krup krappp uols.
Ads
Lauk
– Telur masin (rebus)
– Ikan selayang goreng tepung. (saya guna tepung bestari je)
– Daging bakar
Resepi daging bakar
Bahan-bahannya :-
– Setengah kilo daging (tak potong, bakar seketul besar.
– Sebatang serai*
– 3 keping hirisan halia*
– 3 keping keping hirisan lengkuas*
– 3 ulas bawang merah*
– 2 ulas bawang putih*
– garam
– 1 sudu besar gula
Cara-caranya :-
Blend semua bahan bertanda*
Lumur semua bahan kisar, garam dan gula pada daging.
Perapkan. Saya perap 1 malam.
– Bakar guna pemanggang ajaib. Tak perlu bakar lama, kering sangat tak sedap. Tapi jangan la sampai tak masak pulak. Agak-agak uols la ye.
Nasi goreng kampung diakui memang menjadi kegemaran ramai dan menjadi antara pilihan menu popular mak-mak menyediakan sarapan bila ada lebihan nasi. Bahkan jika kita rasa buntu nak order apa ketika makan di restoran sekali pun, akhirnya pasti kita akan membuat pilihan untuk makan Nasi Goreng Kampung.
Maklumlah mudah dalam nasi goreng kampung ada nasi dan sayur! Tak perlu fikir nak menu lain untuk lengkapkan hidangan yang dimakan.
Bercerita tentang keenakan rasa nasi goreng kampung pula selain rasanya pedas dengan gabungan bahan seperti cili padi, ikan bilis, kangkong dan belacan yang sempurna menjadikan menu ini mempunyai rasa yang membuatkan kita makan berselera. Ditambah pula jika ada secawan kopi O, makan tak pandang kiri kanan jadinya!
Jadi jom kita buat Nasi Goreng Kampung ikut perkongsian resipi daripada Umi Watie
Kemudian baki minyak tadi kita tumiskan 1 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 5 batang cili api yang telah dicincang menggunakan chopper. Lepas tu bubuh belacan sebesar separuh bola pinpong.
3. Kemudian masukkan ½ cawan isi ayam.
4.Bila semua bahan sudah sebati, masukkan telur ayam. 5.Perasakan dengan garam sesedap rasa.
6.Masukkan nasi sejuk 4 cawan. Peroikan dulu nasi kita tu. Kalau boleh guna nasi semalam yang tak habis. Baru nasi elok tak melekat.
7.Lagi satu wajibun juga bubuh kangkung, barulah terasa kampung lebih. Tak bubuh kangkung kira nasi goreng kita gagal. Gaulkan sebati, matikan api.
Tadaaa dah siap, jom ajak anak dan suami makan. Kalau rajin tapaukan sepiring buat jiran. Selamat menjamu selera.
Ikan segar antara bahan basah yang wajib ada dalam peti sejuk. Selalunya selepas membersihkan ikan, kita akan menyimpannya di dalam freezer atau bahagian sejuk beku.
Ikan Kekal Segar Macam Baru Beli Di Pasar
Masalah yang sering berlaku ialah apabila salah cara simpan dalam freezer, ikan yang segar jadi lembik bila dikeluarkan untuk dimasak. Supaya stok ikan yang dibeli ini kekal segar walau disimpan lama dalam frezer beberapa lama, ada tip yang boleh dipraktikkan.
Boleh cuba tip seperti yang dikongsikan oleh Normah Bahari ini.
Begini Cara Simpan Dalam Freezer
Cara betul simpan ikan dalam freezer:
1. Siang, potong dan ikan.
2. Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, kemudian tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut.
3. Tutup bekas dan simpan dalam bahagian sejuk beku.
4. Bila nak masak, keluarkan dan biarkan air cair. Kalau nak masak pagi , keluar dari malam dan bila nak masak tengah hari, keluarkan waktu pagi , Insya-Allah ikan tetap segar macam baru beli.
Menjelang bulan Ramadan ini, pasti ramai yang dah mula fikir macam-macam menu lazat. Asam pedas pekat telur pecah salah satu sajian yang cukup menarik selain memberi kelainan iaitu dengan menggunakan telur sebagai pengganti ikan atau ayam.
Menarik dengan perkongsian @snfkitchen_90 yang berkongsi menu yang sangat mudah, jimat masa dan kos. Jangan bimbang, anda boleh cuba resipi ini sebagai menu berbuka puasa nanti. Selamat mencuba.
Asam Pedas Pekat Telur Pecah
Bahan-bahan:
Minyak
Bawang merah kisar bawang putih kisar
Halia kisar
Daun limau purut
Serai
Lengkuas
Cili boh
Daun kesum
Bunga kantan
Air asam jawa + belacan
1/2 cawan air
Tomato
Garam
Gula
Serbuk perasa
Telur
Cara Penyediaan:
-Tumis bahan kisar, halia, daun limau, serai dan lengkuas dengan minyak sampai naik bau.
-Masukkan cili boh, kacau dan biarkan cili masak.
-Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
-Masukkan air asam jawa dan belacan kacau sehingga sebati.
-Masukkan air dan kacau sehingga sebati kemudian masukkan tomato.
-Biarkan sehingga kuah mendidih.
-Masukkan serbuk perasa, garam dan gula secukupnya.
-Keluarkan serai dan lengkuas.
-Pecahkan telur dan kecilkan api.
-Biarkan telur putih masak dan tutup api.
Tips:
Kurangkan air untuk hasilkan asam pedas yang pekat.
Ibu sebak anak maut dihempap pokok kelapa sawit -"Dia pakai cantik, wangi sangat." Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menemui ajal selepas ditimpa sebatang pokok kelapa sawit yang telah reput di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang, dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi Selasa.