Semalam tular seorang kanak-kanak diselamatkan bomba setelah menjerit meminta tolong yang terperangkap pada belebas tingkap di sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini, ketika cuba melarikan diri daripada terus menjadi mangsa dera.

Mangsa Dera Rupanya Anak Yatim, Ibu Saudara & Suami Dipercayai Terbabit!

Terkini, sebagaimana dilaporkan Harian Metro, polis telah menahan pasangan suami isteri warga tempatan dipercayai terbabit dalam kes penderaan dua kanak-kanak di sebuah kondominium di Taman Cahaya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, individu yang ditahan adalah ibu saudara dan suaminya yang berusia 33 dan 29 tahun.

“Terdahulu polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.40 petang berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai cuba untuk terjun daripada tingkat empat kondominium berkenaan.

“Berdasarkan siasatan kejadian berkenaan kemudian membawa kepada penangkapan pasangan suami isteri berkenaan pada jam 6 petang.

“Suspek wanita adalah adik kepada ibu kandung mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek wanita tidak bekerja manakala suspek lelaki bekerja sebagai pemandu e-hailing dan semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.

IKLAN

“Tangkapan yang dijalankan turut membawa kepada penemuan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai adik mangsa.

“Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ini turut mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang badan juga dipercayai akibat penderaan,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah dimaklumkan untuk tindakan penjagaan mangsa.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tinggal dengan suspek sejak dua tahun lalu selepas bapa kandung mereka meninggal dunia.

“Kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terperangkap di belebas tingkap dalam usaha untuk melarikan diri selepas dikurung di sebuah kondominium.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas menerima laporan dari orang awam pada jam 4.41 petang.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dipercayai dikurung dalam sebuah bilik unit kondominium terbabit sebelum dipercayai cuba melarikan diri dengan keluar daripada tingkap bilik berkenaan sebelum terperangkap di belebas tingkap berkenan.

Sumber : myMetro

 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI