Memancing selera anak-anak dengan kita membeli Mozzarella Stick yang sedia ada dijual dikedai-kedai terpilih, pasti tidak akan menghampakan. Anak-anak tentunya makan berselera hinggakan seakan nampak macam tidak puas makan pula jadinya. Maklumlah, kalau hendak beli dalam kuantiti yang banyak, boleh tahan juga harganya.
Jadi apa kata kita buat sendiri dengan hanya menggunakan roti bersama 3 bahan lainnya, Mozzarella Stick dapat kita hidangkan untuk keluarga makan berkali-kali hingga kekenyangan.
Menyediakannya juga cukup mudah dan ini caranya.
Mozzarella Stick Senang Namatey
Beli yang siap, dapat sikit je kan. Anak-anak piranha pulak ramai ni yang kelaparan. Buat sendiri je lah. Dapat banyak. Senang namatey pulak tu.
Guna roti je guys.
Bahan-bahan:
Roti, keju mozzarella, mentega, daun thyme
Ads
Cara penyediaan:
1. Buang tepi-tepi dia tu, bagi tinggal bahagian yang berwarna putih je. Gelekkan.
Oh ya, nota penting. Bahagian tepi-tepi yang dipotong tu jangan buang. Simpan tepi luuu.
2. Sapukan butter sikit pada roti tadi. Susun mozzarella memanjang. Taburkan daun thyme kalau suka.
Ads
3. Lepas tu gulung macam ni. Untuk lekatkan gulungan, saya basahkan sikit dengan susu dan cantum. Sapukan butter dan tabur lagi daun thyme. Tak letak pun tak apa, tapi kalau letak lagi sedap.
4.Bakar tak perlu api kuat dan lama sangat, cukuplah sekadar mozzarella di dalam tadi cair. Agak-agak je lah ya dalam 10-15 minit, lapisan roti dah garing dan rangup. Cuba patahkan sikit sebatang dan bila mozzarella dah boleh ditarik macam tu…dah masak eloklah tu.
Jadi lebihan tepi-tepi roti tadi buat apa je? Macam biasa jangan buang. Kumpul macam ni ha.
Ads
Panaskan secawan susu, dua sudu besar gula, satu sudu butter, dua sudu besar tepung jagung dan setitik dua esen vanilla. Panaskan sampai gula larut dan agak memekat.
2. Tuangkan ke dalam lebihan roti tadi. Tabur kismis atau apa-apa dried fruit yang ada. Letak coklat chips pun sedap. Bakarlah ya sampai masak. Api atas bawah, suhu dan masa ikut oven masing-masing.
Tadaaa… Dah jadi dua hidangan kan. Tanpa pembaziran.
Simple je video tapi bahagia tengok.. Mak ayah pun sporting layan anak menantu. Demikian antara pujian diberikan kepada keluarga ini yang bercuti di homestay tepi sawah.
Menerusi perkongsian di aplikasi tiktok, rata-rata yang menonton memuji gelagat bersahaja ahli keluarga ini bercuti bersama.Sempoi gaya, sporting semuanya apabila sama-sama mengenakan kain pelikat dan kain batik ketika bercuti di homestay Sungai Besar, Sabak Bernama Selangor baru-baru ini.
Nur Mithali Emelyn ketika berkongsi momen tersebut bersama penulis. menurutnya, seramai 19 orang termasuk kanak-kanak turut serta dalam percutian tersebut.
“Kami pilih tepi sawah ni sebab tak ramai orang berkunjung ketika itu. Untuk idea tu, abang dan kakak ipar saya yang bagi idea secara spontan je, masa sibuk ambil2 gambar, dorang panggil suruh beratur dan jalan mcm tu(macam dalam video)😆
“Sebenarnya, plan bercuti tu dibuat lepas pengumuman boleh rentas negeri. Apatah lagi, dah lama tak jumpa family selepas PKP. Jadi ini peluang terbaik untuk berkumpul kembali.
“Walaupun ramai, tapi tak ada masalah atau cabaran sepanjang percutian. Kami selalu bercuti bersama, jadi kami dah ada tugas masing-masing. Jadi semuanya jadi mudah alhamdulillah. Untuk akan datang memang dah ada plan nak bercuti lagi, cuma belum tahu tempat dan bila,” ujarnya lagi.
Menurut Emelyn lagi, ahli rombongan paling tua di dalam percutian tersebut adalah bapa mentuanya yang berusia 64 tahun manakala paling muda adalah anak saudaranya berumur setahun.Pemilihan tema kain pelikat untuk lelaki dan kain batik serta baju kedah untuk wanita dipilih memandangkan tempat percutian mereka di kawasan sawah padi. Sesuai untuk membangkitkan aura suasana desa.
“Untuk kaum lelaki, kami memilih baju putih dipadankan dengan kain pelikat manakala wanita kain batik dengan baju kurung kedah. Sementara untuk kanak-kanak pula selesa dengan berseluar kain batik.“Tema tepi sawah ini memang jadi pilihan memandangkan kami semua tinggal di bandar, ada yang tak pernah turun ke bendang bahkan ada juga yang memang tinggal jauh dari sawah padi.
“Jadi, peluang menginap di homestay yang berhadapan dengan sawah satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
Ibu bapa mana yang tak ingin melihat anak-anak membesar di depan mata kan. Inilah momen yang terindah dan kalau boleh tak nak miss setiap detik tersebut.
Biarpun ada yang sibuk dengan kerjaya, namun anak-anak dan keluarga tetap menjadi keutamaan.
Kerana itu, setiap perkembangan dan apa yang anak-anak lakukan akan disimpan sebagai kenangan.
Terbaru, pelakon Sabarlah Duhai Hati ini memuat naik sepotong video yang memaparkan gelagat anak perempuannya itu yang semakin comel dan katanya sudah pandai nak belajar bercakap pula.
Kecomelan Fateema Az Zahra sering mencuri perhatian ramai. Tidak hairanlah apabila gambarnya dimuat naik dilaman instagram, pasti mendapat perhatian ramai.
Menerusi video terbaru itu, Saharul berkongsi kapsyen yang berbunyi: “Sama ke muka?. Kapsyen tersebut merujuk kepada persamaan antara wajahnya dengan anak perempuannya itu.
Video berdurasi beberapa saat itu turut memaparkan si ayah ini melayani anak perempuannya sambil meminta Fateema menyebut perkataan ‘baba’.
Fateema yang bijak itu kemudiannya turut mengikut apa yang disebut babanya.
Untuk rekod, Fateema lahir pada 13 Jun 2020 dan kini memasuki usia 10 bulan. Selain Fateema, Saharul dan Deena memiliki anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang kini sudah menjangkau usia 3 tahun.
Sebelum ini, pelakon Saharul Ridzwan berkongsi cerita mengenai aksi anak perempuannya yang kini sudah mula berdiri.
Dah boleh berdiri ❤️. Ikut pengalaman korang, lepas berapa hari boleh jalan dah ni?
Siapa yang tidak suka jika memiliki kereta mewah. Memandu je ramai yang akan memandang. Namun tentu kos untuk membayarnya setiap bulan ‘boleh tahan’.
Namun ada juga yang tidak mampu, turut ‘terbeli’ dek kerana nafsu nak bergaya. Kesannya, untuk jangka masa panjang, anda mungkin dibelenggu hutang puitang dalam kehidupan. Konsep biar papa, asalkan bergaya, seharusnya tidak menjadi pegangan dalam hidupan kerana ia akan menyusahkan kehidupan anda.
Sebagaimana perkongsian oleh Muhammad Hassan di laman facebooknya telah mendapat maklum balas komen yang menyifatkan hidupan harusnya berlandaskan ukur baju di badan sendiri untuk mengelak hutang keliling pinggang. Dalam pada itu netizen juga melahirkan rasa terkejut dengan sikap individu sanggup tanggung hutang demi bergaya.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar bersama
Kawan nak pinjam RM8500
Termenung saya dalam LRT. Kawan saya nak sangat sangat jumpa saya di KL. Urgent sangat katanya. Sampai di KL jumpa saya,belanja saya berbuka. Lepas solat magrib menangis depan saya merayu sangat nak pinjam duit RM8500 nak bayar kereta tertunggak selama 6 bulan.
Saya terkejut beruk. barangkali beruk pun terkejut tengok saya terkejut. RM8500 tu. Lagi terkejut baru 2 hari ini tengok kes kereta H nak kena tarik sebab tak bayar tunggakan.
Saya kata. Merayu keluar air mata darah sekali pun aku tak mampu nak beri Rm8500. Rm8500 ini belum tentu kau dapat bayar dan belum tentu boleh selesaikan masalah kau untuk akan datang. Nak taknak kau kena cairkan aset yang kau ada jika nak selamatkan kereta,atau berbincang dengan pihak bank,bukan sorok kereta begitu.
kau boros sangat,iphone tu aku tengok setiap tahun tukar,jam tu,brand tissot belum layak untuk kita bro. Aku dah nasihat banyak kali jangan beli Alphard walaupun gaji 5-6k sebulan. Bila aku halang kau beli,kau cakap aku tak beri semangat.
Beli ikut keperluan bukan untuk bergaya
EInilah masalah orang kita,beli kereta ni bukan perlu beri semangat macam nak lumba lari dalam guni. Alphard bukan keperluan kau. Aku dah pesan pakai myvi je dulu. Aku 3 tahun pakai myvi baru beli kereta lain,itu pun sebab ada keperluan dan mampu. Lagi pun kau tinggal di KL,LRT kelana jaya depan mata dah.
Kita ni nak pakai apa apa buat kira kira terlebih dahulu,sesuai tak dengan pendapatan dan keperluan kita. Ini tidak,tengok orang pakai alphard kita pun nak pakai,orang pakai iphone kita pun nak pakai,sanggup berhutang dengan telco janji dapat pakai iphone. jika bank susah nak lulus kenderaan kita sehingga terpaksa guna penjamin,itu bermakna kita tak layak memiliki kereta.
Beli kereta mewah, sanggup ikat perut
Sebenarnya beli kerata ini satu beban jika kita tak manfaat kereta itu untuk dapatkan pendapatan lain. Kita akan terbeban dengan kos kos terutama minyak petrol,service,tayar dan kos lain yang kita tak nampak. Lagi sakit jika kereta yang kita beli itu CC tinggi.
Tapi itulah orang kita. Sesetengahnya sanggup ‘ikat perut’ demi nak pakai kereta yang nampak mewah. tujuannya satu,nanti balik kampung nampak gah,nak rasa lebih berbanding adik beradik lain,nak orang respect terutama kawan kawan sekolah dulu. sedangkan benda itu sekejap dan itulah tanda riak yang merosakkan hati kita. Akhirnya terasa bahang bebanan kita itu adalah anak isteri.
Kesan pada isteri dan anak-anak
Mula jadi panas baran,marah marah anak isteri,mula abaikan nafkah anak isteri. Dan paling sedih isteri juga akhirnya terpaksa gadai segala barang kemas demi nak selamatkan kereta yang tertunggak.
Sebab itulah saya menghasut anak anak muda supaya jangan buat apa apa loan selagi tiada keperluan. Selagi boleh pakai motor,pergi kerja naik bas,naik LRT redah jelah. Janji ada buat simpanan,beli aset terutama rumah. Jika teringin sangat nak pakai kereta mulakan dengan kereta murah. Dari situ kita akan belajar bagaimana nak ‘bela’ kereta.
Betullah peribahasa melayu mengatakan;
‘Ukur baju di badan sendiri’
Dari kisah ini,ambillah pengajaran supaya kita tidak lagi buat sesuatu untuk nampak kaya,tapi hakikatnya hutang keliling pinggang dan bagi nasihat kepada adik adik kita yang baru nak ‘up’ tu. Jangan kerana mahukan pujian dimedia sosial yang hanya beberapa minit kita sanggup merana 9 tahun.
Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa apabila tindakan individu dengan mudah mengatakan lebih selesa untuk tidak berhijab kerana menganggap itulah dirinya.Menerusi hantaran di...