Kalau ada buah Mulberry di rumah ibu-ibu, bolehlah cuba buat resipi kek ini. Selain boleh dijadikan jem mulberry , buah ini nampak biasa je tapi banyak khasiatnya.
Jom kita cuba buat Mulberry Yogurt Butter Cake. Resipi ini dikongsikan oleh Mohammad Muammar. Selamat mencuba! Petik mulberry di pokok..lepas tu frozenkan..baru transform jadi Mulberry Yogurt Butter Cake
lepas potong bagi 2 dengan jiran sebelah. Bahan-bahan
-tepung naik sendiri 300gm
(kalau guna tepung gandum biasa guna sukatan tepung gandum 300gm+1 1/2 sudu teh baking powder.
-gula 280gm
-telur 6 biji
*asing kuning n putih
-butter/marjerin/campuran marjerin+butter 350gm
-yogurt 100ml
(boleh juga guna 100ml susu tin cair tambahkan 1 sudu makan jus lemon lepas tu biarkan 10min untuk susu jadi Buttermilk)
-parutan kulit oren dari 1 biji oren.
-3 cawan mulberry.bekukan. Cara membuat:
1.pukul putih telur sampai jadi meringue/stiff peak.ketepikan.
2.pukul butter/marjerin dengan gula hingga kembang,medium speed.
3.masuk kuning telur sebiji demi sebiji,gaul kembang n rata,medium speed.
4.masuk tepung selang seli dengan yogurt/buttermilk.pukul sebati.
6.ambil 1/3 meringue tadi,masuk ke dalam adunan,fold.
lepas sebati masukkan baki meringue tadi lepas tu fold lagi.
7.masukkan parutan kulit oren & mulberry..gaul sebati.
tuang adunan dalam loyang square 9×9,bakar suhu 170’c api atas bawah,rak bawah sekali,45minit (ikut oven masing) *kalau guna loyang 8×8 boleh guna 2/3 sukatan resepi ya.
Melihat pautan di laman instagramnya, nampak betapa penyanyi, Siti Sarah seorang ibu yang tegas. Malah, empunya diri mengakui sangat ‘strict’ dalam mendidik anak-anaknya.
Manakala Shuib pula lebih cool namun kedua-duanya setuju menggunakan pendekatan sedemikian. Pendekatan mendenda bila anak-anak buat salah adalah satu cara perlu dan memang dipraktikkan oleh Sarah.
“Saya menggunakan pendekatan denda baca zikir itu sebenarnya ilham dari sekolah anak saya. Waktu itu, anak saya balik dan bercerita ada ustaz denda baca zikir. Jadi, saya terfikir apa salahnya kalau praktik benda yang sama di rumah.
“Dengan keadaan sekarang ini yang cukup besar cabarannya, memang patut aada peraturan untuk. Sebagai ibu bapa kena bertindak sewajarnya dan jika anak buat salah kena hukum. Biar mereka menangis sekarang dari kemudian hari.
“Pernah sebelum ini saya mendenda anak dan menghukum tapi dia masih buat kesalahan yang sama. Jadi saya letakkan di luar rumah. Dia menangis dan saya yang berada dalam rumah yang terasa ‘sakit’. Tapi demi nak mengajar dia, jadi saya tidak beralah.
“Saya kuatkan hati dan beroa moga Allah pinjamkan kekuatan untuk saya terus bertahan dan tidak lemah dengan tangisan anak. Bukan bermakna saya kejam tapi itu adalah untuk mendidik dia dan supaya dia faham dan tak buat salah yang sama lagi.
“Sementelah budak-budak sekarang sangat bijak. Tapi bukan bermakna mereka tak boleh bermanja. Kalau orang kenal saya, mereka tahu saya sangat penyayang tapi sangat tegas.
“Shuib pula jadi orang kedua yang bila saya dah tak boleh buat apa-apa dia akan datang untuk ‘buat sesuatu’. Anak-anak juga berbeza karekter, yang sulung memang pemalu, yang kedua pula biasa sahaja Cuma yang ketiga sangat mesra orangnya.
Pernah ‘hilang suara’ setiap kali lepas bersalin membuatka Sarah memilih untuk berehat seketika daripada menambah bilangan anak.
“waktu anak sulung tak ketara sangat, yang kedua memang sangat ketara dan yang ketiga hilang tapi Alhamdulillah dapat balik. Lagipun sekarang saya kembali menyanyi dan ada bisnes, jadi biarlah tumpu pada kerjaya terlebih dahulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya, kalau kita cek beg sekolah anak-anak kita, mesti akan ada kerja rumah yang guru-guru berikan untuk disiapkan setiap hari.
Menjadi kebiasaanya juga, setiap malam akan kita kita pastikan tugasan tersebut sudah siap.
Pun begitu andai anak tak faham, kita pasti akan ajar mengikut pemahaman kita. Apa yang penting siap!
Pun begitu, apa kata kita sebagai ibu bapa dengar dahulu luahan rasa seorang guru tentang hal ibu bapa yang ‘membantu’ anak-anak dalam siapkan homework ini.
Oleh itu, guru ini juga berkongsi tips apa seharusnya ibu ayah boleh buat dalam usaha ajar anak di rumah. Jom semak.
Tips mengajar anak di rumah
Umum tahu, silibus sekarang sangat tinggi. Ibu bapa pun kadangkala pening nak ajar anak di rumah. Nak memberi faham dengan aras fikiran kanak-kanak itu bahagian paling seksa.
Kita faham. Cuma bila kita terangkan anak masih tak faham. Kita dah rasa penerangan kita mudah dan senang, tapi anak masih terkebil-kebil tidak dapat hadam.
Mesti kau pernah rasa kan? Kami para guru lagi lah. Setiap hari hadapi masalah ini. Habis gaya dan cara cuba memberi faham kepada mereka. Namun, ada satu pantang besar semasa ajar anak-anak di rumah.
Jangan tolong jawab untuk dia. Jangan!
Ada ibu bapa ambil jalan mudah ajar anak mereka. Asalkan anak dia siap kerja rumah sahaja. Asalkan anak dia tak kena marah sebab kerja rumah tidak siap.
Maka acapkali juga aku semak buku latihan murid, mak tolong tulis jawapan. Cikgu boleh bezakan la tulisan kalian dengan tulisan kanak-kanak.
Aduh. Jangan sampai macam ni sekali tuan puan. Sampai tolong tulis jawapan ini dah melampau.
Yang nak belajar itu anak, bukan mak atau ayah.
Jika pun anak tidak mampu faham penerangan kita, cara paling akhir (setelah berpeluh-peluh ikhtiar bagi mereka faham tapi tak dapat juga) ialah memberi jawapan TETAPI anak yang tulis jawapan itu sendiri.
Ajar anak guna otak. Bukan asal siap.
Mungkin untuk topik itu, anak kita tidak mampu faham tunjuk ajar kita, tapi biarkan anak itu sendiri menulis jawapan walau pun jawapan itu kita yang beri.
Sekurang-kurangnya, anak kita dapat kemahiran menulis walau tidak faham topik itu.
Kemahiran menulis sangat penting. Lebih banyak mereka menulis, lebih lancar penulisan mereka, makin kurang kesilapan serta makin cermat kerja mereka.
Sama juga kalau soalan Bahasa Melayu atau soalan yang memerlukan huraian. Jika anak memang tak mampu nak jawab, baca jawapan dan suruh anak yang tulis. Bukan kita yang tolong tulis.
Kat sini anak akan dapat kemahiran mendengar dan mengingat.
Boleh juga tulis jawapan kat kertas lain, dan minta anak salin semula dalam buku mereka. Kat sini anak akan dapat tajamkan lagi kemahiran membaca, menulis, mengingat dan menyalin nota.
Kan banyak kemahiran lain yang anak kita dapat walau dia tak faham soalan itu.
Jangan juga ambil mudah soalan yang melibatkan mewarna, gunting gambar dan tampalkan. Jangan tolong gunting, warna dan tampal untuk mereka.
Aku faham, kita risau anak kita luka kena gunting. Risau gam tumpah waktu mereka nak tampal. Nak suruh kerja anak nampak cantik, maka ibu bapa yang tolong warnakan.
Tapi itu kemahiran yang perlu mereka pelajari. Itu salah satu objektif dalam pembelajaran anak-anak. Kemahiran mewarna, menampal dan menggunting juga penting tuan puan.
Lagi satu, elakkan suruh kakak atau abang dia yang sekolah rendah ajar adik mereka walau pun kakak dan abang dia itu murid yang pandai. Melainkan anak-anak kita itu memang pandai membimbing dan mengajar.
Kanak-kanak ni, mereka biasanya tidak pandai membimbing dan memberi tunjuk ajar. Mereka akan ajar adik mereka berdasarkan aras pemikiran mereka.
Bila adik mereka tidak faham, mereka akan cepat rasa bosan. Jalan paling mudah, si kakak atau abang yang akan tolong adik tulis jawapan untuk adik.
Ini tidak bagus. Sudahlah anak tidak faham, tiada kemahiran menulis, membaca dan mengingat pula yang dapat mereka tajamkan.
Kita sebagai ibu bapa biasanya lebih sabar dalam memberi tunjuk ajar. Jika tak faham cara ini, kita cuba ikhtiar cara lain. Cuba rendahkan aras dan cuba guna pelbagai bahan untuk bagi mereka faham.
Sangat berbeza tunjuk ajar dari kakak atau abang mereka berbanding tunjuk ajar dari ibu bapa.
Kita mungkin penat bekerja seharian, namun luangkan masa sekejap untuk pembelajaran anak-anak kita.
Jangan lepas tangan sepenuhnya kepada guru dan pihak sekolah. Di sekolah, guru tak dapat beri perhatian kepada anak kita seorang.
Dan tunjuk ajar secara satu sama satu adalah satu proses pembelajaran yang paling berkesan.
Nak ajar anak, kena banyak bersabar dan jangan cepat rasa putus asa. Dan ingatlah, jangan lagi tulis jawapan untuk mereka.
Sekian tips untuk hari ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada ibu bapa sekalian.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...