Lucu tapi ada pengajaran disebalik situasi ini. Betapa PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan ini membawa seribu satu makna buat kita semua.
Jika sebelum ini, ibu bapa tiada masa untuk melayan anak-anak bermain. Jika ada sekalipun jarang sekali dapat santai sebegini. Ada banyak hal lain yang perlu diuruskan, tetapi berbeza hari ini.
Ibu bapa dapat bermain dan meluangkan masa sepenuhnya melayan karenah anak-anak. Yang pasti anak-anak paling gembira dan bahagia. Itulah ‘manisnya’ disebalik kedukaan disebabkan oleh Wabak Covid-19 ini.
Perkongsian seorang ayah menerusi facebooknya Tengku Azam Mikail cukup mencuit hati. Melayan anak-anak bermain pondok-pondok dan sanggup ‘dibuli’ dek anak-anak apabila disuruh menjadi ’emak’ mereka.
Ads
Satu hiburan yang cukup menggembirakan di saat semua tidak boleh ke mana-mana atas perintah #stayathome.
Ads
Duk gumah anak ajak main pondok2 la,main anak patung la,main masak2 la dia ckp papa jadi emak aku ye kn ye,sampai tergolek mak ko koje kn ye.
penat layan ko org ni.ape ko bt dgn papa ni nak oiii ni cuti tambah lg ape lg ko ajak papa main.
Yang kelakarnya si ayah ini terlentang kepenatan dek melayan anak-anaknya bermain pondok-pondok. Walaupun penat tetapi itulah momen yang cukup manis dan indah untuk yang menjadi kenangan apabila anak-anak besar kelak. Yang lebih penting lagi ikatan ayah-anak lebih erat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bawang putih adalah antara makanan yang digelar sebagai ‘superfood’ kerana mengandungi banyak khasiat. Bukan sahaja diketahui umum bagus untuk menjaga kesihatan dalaman buat ibu-ibu yang berpantang, malah lebih daripada itu.
Dikatakan juga bawang putih jika diamalkan dalam diet harian dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Dan salah satunya adalah bagus jika diamalkan oleh sesiapa yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan.
Cara pengambilannya adalah seperti mana yang dikongsikan oleh Rasidah Shidah.
Menurutnya, “Banyak khasiat bawang putih. Tapi nak makan mentah begitu saja, tak lalu rasanya. So kita buat jeruk bawang putih. Rasanya sedap macam jeruk buah buahan. Orang yang kolestrol tinggi elok makan bawang putih. Boleh merendah paras kolestrol.”
Resepi :
Bawang putih 1/2 kg buang kulit.
Air secukupnya untuk rebus
*Rebus bawang putih hingga mendidih dan tutup api. Toskan.
Air gula:
Gula 1/2 cawan
Air 2 cawan
Cuka 1 cawan
Garam 3 sudu
* Masak semua bahan hingga mendidih dan sejukkan.
Masukkan bawang putih yang di tos tadi dalam bekas, kemudian tuangkan air gula yang telah di sejukkan. Simpan dalam peti ais. Esok baru makan.
Kesibukan itu ada kalanya tanpa disedari menyebabkan sesetengah daripada kita mengabaikan pasangan. Lama-kelamaan ia menimbulkan satu jurang dan akhirnya akan membuatkan hubungan makin renggang.
Si isteri sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak membuatkan anda terleka hingga mengabaikan pasangan. Bagi sesetengah orang, itu perkara biasa namun dibiarkan berlarutan boleh mengakibatkan hubungan suami isteri semakin sepi.
Tapi awas inilah yang akan menyebabkan rumah tangga mula memasuki fasa konflik. Pakar motivasi menyarankan suami isteri yang mula merasakan kehambaran dan kebosanan dalam rumah tangga dengan cara belajar jadi romantis.
Mungkin ada perasaan malu untuk bermanja dengan pasangan seperti waktu bercinta dahulu. Tetapi anda harus mencubanya dan selalu mempraktikkannya demi memperbaiki hubungan yang mula pudar. Jadikan tip di bawah ini sebagai panduan:
1. Pegang dan usap selalu tangan pasangan. Sentuhan buat hubungan lebih mesra. Kena buat setiap hari!
2. Ubah susun atur perabot di bilik tidur untuk membangkitkan suasana baru dan segar. Letakkan pewangi untuk menghidupkan suasana yang menarik di kamar. Boleh juga hidupkan lilin aromaterapi.
3. Bangkitkan suasana romantis di rumah atau bilik tidur dengan memainkan muzik lembut dan romantik. Alunan muziknya sekadar cukup untuk telinga anda berdua sahaja. Lebih menarik muzik atau lagi kegemaran anda berdua.
4. Rancang dan sediakan hidangan yang istimewa dan digemari oleh pasangan. Hendak menawan hati suami kenalah gembirakan perutnya.
5. Cari peluang untuk bercuti bersama, bukan bersama anak-anak tetapi hanya anda berdua. Jangan bercuti di tempat yang terlalu ramai orang sebaliknya cari tempat yang damai di mana anda boleh berdua-duaan menikmati saat yang menenangkan.
6. Ajak pasangan beli makanan dan duduk bersantai tepi tasik, taman rekreasi atau tempat yang mudah buat anda. Makanlah sambil berbual. Bila sudah punya anak aktiviti mudah sebegini pun jarang kita buat kan.
7. Lakukan kembali acara mandi bersama yang mungkin sudah lama anda dan suami tinggalkan. Boleh jadi kali terakhir ketika berbulan madu.
8. Berikan hadiah dan ingat tarikh-tarikh penting buat anda berdua. Tidak perlu beri hadiah yang mahal cukup sebagai tanda ingatan. Tetapi, jika anda mampu tiada salahnya.
9. Jangan kedekut hendak memberi pujian terhadap pasangan. Luahkan sahaja apabila pasangan kelihatan cantik dan bergaya.
10. Bilakah kali terakhir anda mengucup dahi atau pipi setelah dia penat bekerja. Tahukah anda bahawa ciuman mesra anda dapat menghilangkan segala kepenatan pasangan. Tekanan sepanjang hari juga turut hilang. Itulah kuasa ciuman anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengambil kesempatan bersempena musim cuti sekolah ini, menarik juga jika kita seisi keluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Sebuah pulau yang terletak di negeri Perak dan cukup terkenal sebagai pulau yang cantik dengan dikelilingi oleh pantai-pantai yang indah. Antaranya adalah seperti Pantai Nipah, Pantai Coral dan yang lainnya.
Pun begitu, sebelum berkunjung ke Pulau Pangkor bersama seisi keluarga, elok juga ketahui tip untuk bercuti di sana sepertimana yang dikongsikan oleh Sis Hawa di media sosial.
Menurutnya ada 5 tips untuk bercuti di Pulau Pangkor dan semoga ianya memberi manfaat kepada anda yang pertama kali ini berkunjung ke sana.
5 Tips untuk bercuti di Pulau Pangkor
#1 – How to go Pulau Pangkor?
Cara nak ke pulau pangkor tidaklah terlalu susah. Untuk pergi ke Pulau Pangkor, kita perlu menaiki feri. Jangan risau kerana terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petang. Perkhidmatan feri yang bermula dari pagi hingga ke malam ini sangat memudahkan pelancong. Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. Kompleks Jeti Marina Island yang baru di bina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor. Untuk harga feri pergi balik antara Marina – Pangkor – Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.
#2. Pilih tarikh yang sesuai
Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini. Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum.
Andainya terpaksa datang bercuti hanya pada waktu cuti umum itu juga, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang agak ramai.
#3. Tentukan cara dan kenderaan untuk ke sana
Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut. Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.
#4 – Ketahui tempat menarik di Pangkor
Di Pulau Pangkor ini ada banyak juga kesan peninggalan sejarah. Pemandangan di sini juga cantik. Kerana itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Pastinya percutian sekeluarga akan lebih sempurna.
Antara tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor Perak yang boleh dikunjungi adalah :
Kota Belanda
Pulau Sembilan
Batu Bersurat
Tortoise Hill
Galeri Panorama Pangkor
Pantai Teluk Nipah
Pekan Pangkor
Teluk Ketapang
Masjid Terapung Pulau Pangkor dan banyak lagi.
#5 – Listkan aktiviti siang dan malam di Pulau Pangkor
Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.
Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil berbbq, nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.
Dengan pelbagai aktiviti yang ada siang dan malam di Pangkor, pastinya pengalaman percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor akan terasa sangat pantas.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.