Ramai yang mengatakan beruntungnya jemaah haji tahun ini kerana dijangkakan hari wukuf adalah jatuh pada hari Jumaat dan itu bermakna jemaah haji tahun ini cukup bertuah kerana ianya merupakan Haji Akhbar (hari Haji yang paling agung)
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang terpenting bagi menentukan sahnya ibadah haji. Tanpa wukuf, ibadah haji akan menjadi sia-sia kerana Rasulullah SAW yang ditanya mengenai ibadah haji bersabda, haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah).
Ulama bersepakat ibadah wukuf di Arafah telah ditentukan dengan masa dan waktu yang jelas iaitu pada hari kesembilan Zulhijjah setiap tahun. Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (Zuhur) sehingga sebelum waktu fajar (Subuh) pada hari kesepuluhnya.
Dalam pada itu, dimaklumkan, ibadah wukuf tahun ini akan jatuh pada hari Jumaat bersamaan 8 Julai 2022.
Apa keistimewaan wukuf jika jatuh hari Jumaat?
Ramai mengatakannya raya haji tahun ini ialah Haji Akbar. Apa dimaksudnya dengan Haji Akbar? Ini penjelasan Mufti mengenainya.
Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:
1- Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
2- Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
3- Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wadaā.
4- Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
5- Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ārayaā.
6- Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
7- Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat
Apakah yang dimaksudkan dengan Haji Akbar?
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menerangkan berkaitan maksud sebenar Haji Akbar. Di dalam al-Qurāan, Allah SWT telah menamakan satu hari dengan nama hari Haji Akbar (hari Haji yang paling agung). Hari yang agung ini disebut di dalam firman-Nya:
ŁŁŲ£ŁŲ°ŁŲ§ŁŁ Ł
ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ±ŁŲ³ŁŁŁŁŁŁ Ų„ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲ§Ų³Ł ŁŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŲŁŲ¬ŁŁ Ų§ŁŁŲ£ŁŁŁŲØŁŲ±Ł
Maksudnya: āDan inilah perisytiharan dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Haji yang terbesarā. [al-Taubah:3]
ŁŁŲ£ŁŲ°ŁŲ§Ł) Ų„Ų¹ŁŁŁŲ§Ł
(Ł
ŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁ ŁŁŲ±ŁŲ³ŁŁŁŁ Ų„ŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲ§Ų³ ŁŁŁŁŁ
Ų§ŁŁŲŁŲ¬Ł Ų§ŁŁŲ£ŁŁŁŲØŁŲ±) ŁŁŁŁŁ
Ų§ŁŁŁŁŲŁŲ± (Ų£ŁŁŁŁ) Ų£ŁŁŁ ŲØŁŲ£ŁŁŁŁ (Ų§ŁŁŁŁŁ ŲØŁŲ±ŁŁŲ” Ł
ŁŁŁ Ų§ŁŁŁ
ŁŲ“ŁŲ±ŁŁŁŁŁŁ) ŁŁŲ¹ŁŁŁŁŲÆŁŁ
Ł (ŁŁŲ±ŁŲ³ŁŁŁŁ) ŲØŁŲ±ŁŁŲ” Ų£ŁŁŁŲ¶ŁŲ§ ŁŁŁŁŲÆŁ ŲØŁŲ¹ŁŲ«Ł Ų§ŁŁŁŁŲØŁŁŁ ŲµŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ³ŁŁŁŁŁ
Ł Ų¹ŁŁŁŁŁŁŲ§ Ł
ŁŁ Ų§ŁŲ³ŁŁŁŁŲ© ŁŁŁŁŁŁ Ų³ŁŁŁŲ© ŲŖŁŲ³ŁŲ¹ ŁŁŲ£ŁŲ°ŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŁŁŲŁŲ±Ł ŲØŁŁ
ŁŁŁŁ ŲØŁŁŁŲ°ŁŁŁ Ų§ŁŁŲ¢ŁŁŲ§ŲŖ Ų£ŁŁŁ ŁŲ§Ł ŁŁŲŁŲ¬ŁŁ ŲØŁŲ¹ŁŲÆŁ Ų§ŁŲ¹ŁŲ§Ł
Ł Ł
ŁŲ“ŁŲ±ŁŁŁ ŁŁŁŲ§Ł ŁŁŲ·ŁŁŁŁ ŲØŁŲ§ŁŁŲØŁŁŁŲŖŁ Ų¹ŁŲ±ŁŁŁŲ§ŁŁ Ų±ŁŁŁŲ§ŁŁ Ų§ŁŁŲØŁŲ®ŁŲ§Ų±ŁŁŁ
Maksudnya: āInilah adalah satu pengumuman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar iaitu hari Raya Korban bahawa sesungguhnya Allah berlepas diri daripada orang-orang musyrik dan perjanjian-perjanjian mereka. Begitu juga dengan Rasul-Nya. Sehubungan dengan ayat ini, Imam al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadith bahawa pada tahun itu juga iaitu tahun kesembilan Hijrah, Nabi SAW telah mengutus Ali RA untuk mengumumkan berkenaan ayat-ayat ini pada hari Raya Korban di Mina. Kandungannya adalah selepas daripada tahun ini, orang musyrik tidak boleh lagi melakukan haji dan tawaf di Baitullah. Dalam masa yang sama, tidak boleh juga melakukan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjangā. [Lihat: Tafsir al-Jalalayn, 240]
Makna Haji Akbar
Di dalam tafsir al-Thabari, imam al-Thabari telah mendatangkan beberapa pendapat bersama dengan riwayat-riwayat atau athar-athar samada daripada Nabi SAW, sahabat RA dan juga para tabiāin yang menyokong pendapat tersebut dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Di sini kami ringkaskan dengan memilih beberapa pendapat seperti yang berikut:
Pertama: Haji Akbar adalah hari Arafah.
Ų¹ŁŁŁ Ų§ŲØŁŁŁ Ų¹ŁŲØŁŁŲ§Ų³Ł ŁŁŲ§ŁŁ: ŁŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŲŁŲ¬ŁŁ Ų§ŁŲ£ŁŁŁŲØŁŲ±ŁŲ ŁŁŁŁŁ
Ł Ų¹ŁŲ±ŁŁŁŲ©
Maksudnya: Ibn Abbas RA mengatakan: āHaji Akbar adalah hari Arafahā. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 116/14]
Kedua: Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah).
Ų£ŁŁŁŁ Ų±ŁŲ³ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŲµŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ³ŁŁŁŁŁ
ŁŲ ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŁŁŲŁŲ±Ł ŲØŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŲ¬ŁŁ
ŁŲ±ŁŲ§ŲŖŁ ŁŁŁ Ų§ŁŁŲŁŲ¬ŁŁŲ©Ł Ų§ŁŁŁŲŖŁŁ ŲŁŲ¬ŁŁŲ ŁŁŁŁŲ§ŁŁ: Ų£ŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁ
Ł ŁŁŲ°ŁŲ§Ų ŁŁŲ§ŁŁŁŲ§: ŁŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŁŁŲŁŲ±ŁŲ ŁŁŲ§ŁŁ: ŁŁŲ°ŁŲ§ ŁŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŲŁŲ¬ŁŁ Ų§ŁŁŲ£ŁŁŁŲØŁŲ±Ł
Maksudnya: āBahawa Rasulullah SAW berdiri pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) di antara jamrah-jamrah pada waktu Baginda SAW menunaikan Haji, lalu Baginda SAW bertanya: āHari apakah ini?ā. Mereka menjawab: āHari al-Nahr (hari 10 Zulhijjah)ā. Nabi SAW bersabda: āIni adalah hari Haji Akbarā. [Riwayat Abu Daud, (1945)][Sanadnya adalah sahih menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth]
Ketiga: Haji Akbar adalah hari-hari haji keseluruhannya.
Ų¹ŁŁŁ Ł
ŁŲ¬ŁŲ§ŁŁŲÆ: ŁŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŲŁŲ¬ŁŁ Ų§ŁŲ£ŁŁŁŲØŁŲ±ŁŲ ŲŁŁŁŁŁ Ų§ŁŲŁŲ¬ŁŲ Ų£ŁŁŁŁŲ§Ł
ŁŁŁ ŁŁŁŁŁŁŲ§
Maksudnya: āHari Haji Akbar adalah ketika waktu haji serta kesemua harinyaā. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Selain itu juga, Imam al-Nawawi berkata dalam menentukan makna Haji Akbar ini ketika beliau mensyarahkan hadith pada bab ātidak akan melakukan haji bagi orang yang musyrik dan tidak akan boleh melakukan tawaf dalam keadaan telanjang, beliau berkata:
āPara ulamaā telah berselisih pendapat dalam menentukan apa yang dikehendaki dengan makna Hari Haji Akbar. Dikatakan ia adalah Hari Arafah. Telah berkata Malik, al-Syafie dan jumhur bahawa ia adalah hari al-Nahr. Al-Qadhi āIyadh telah menukilkan daripada al-Syafie bahawa ia adalah hari Arafah. Ini adalah khilaf yang maāruf (diketahui) oleh mazhab al-Syafie. Telah berkata ulamaā bahawa dikatakan Haji Akbar itu adalah untuk menjauhkan atau membezakan dengan Haji Ashghar iaitu umrah. Manakala, hujah bagi sesiapa yang berpegang dengan Haji Akbar ini adalah Hari Arafah adalah dengan hadith yang masyhur iaitu āHaji itu Arafahā. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 116/9]
Pendapat Yang Dipilih
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, pendapat pertama dan kedua adalah pendapat yang masyhur dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Setelah melihat pandangan para ulamaā dalam masalah ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Akbar adalah Hari al-Nahr iaitu 10 Zulhijjah atau hari Raya Korban sepertimana pendapat yang kedua.
Selain itu juga, ini adalah pendapat Imam al-Thabari setelah beliau menceritakan pendapat-pendapat berkaitan masalah ini. Imam al-Thabari berkata:
āPendapat yang utama dan sahih disisi kami adalah sesiapa yang mengatakan bahawa Hari Haji Akbar adalah Hari al-Nahr (10 Zulhijjah) disebabkan zahirnya (jelasnya) khabar-khabar daripada sekumpulan sahabat-sahabat Nabi SAW bahawa Ali RA telah mengumumkan apa yang diperintahkan kepadanya oleh Rasulullah SAW kepada kaum Musyrikin, lalu beliau membaca kepada mereka surah āŲØŲ±Ų§Ų”Ų© (al-Taubah)ā pada hari al-Nahr. Selain itu juga, berkenaan dengan khabar-khabar yang telah kami sebutkan daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW telah bersabda pada hari al-Nahr: āAdakah kamu semua tahu, hari apakah ini?ā. Baginda menjawab dengan mengatakan: āIni adalah Hari Haji Akbarā. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Tambahan pula, Syeikh al-Mubarakfuri memberi peringatan serta menyanggah pemahaman sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ini adalah apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat. Disebabkan itu, ia dinamakan Haji Akbar. Beliau berkata:
ŁŁŲÆŁ Ų§Ų“ŁŲŖŁŁŁŲ±Ł ŲØŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŲ¹ŁŁŁŁŲ§Ł
Ł Ų£ŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁ
Ł Ų¹ŁŲ±ŁŁŁŲ©Ł Ų„ŁŲ°ŁŲ§ ŁŁŲ§ŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁ
Ł Ų§ŁŁŲ¬ŁŁ
ŁŲ¹ŁŲ©Ł ŁŁŲ§ŁŁ Ų§ŁŁŲŁŲ¬ŁŁ ŲŁŲ¬ŁŁŲ§ Ų£ŁŁŁŲØŁŲ±Ł ŁŁŁŁŲ§ Ų£ŁŲµŁŁŁ ŁŁŁŁ
Maksudnya: ātelah tersebar dan masyhur dalam kalangan orang awam bahawa apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar. Kenyataan atau pemahaman ini adalah tidak mempunyai asal sama sekaliā. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 27/4]
Perbezaan Haji Akbar (Ų§ŁŲŲ¬ Ų§ŁŲ£ŁŲØŲ±) dan Haji Ashghar (Ų§ŁŲŲ¬ Ų§ŁŲ£ŲµŲŗŲ±)
Soalan: Apakah perbezaan di antara Haji Akbar dan Haji Ashghar
Jawapan: Adapun makna Haji Ashghar yang dilihat oleh jumhur adalah umrah. Adapaun Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa perkara ini telah menjadi perselisihan dalam menentukan makna Haji Ashghar. Jumhur mengatakan makna Haji Ashghar adalah umrah dan dikatakan juga bahawa Haji Ashghar itu adalah hari Arafah. Manakala Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah) kerana padanya (hari 10 Zulhijjah) disempurnakan manasik-manasik (perbuatan-perbuatan) haji yang lain. [Lihat: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 321/8]
Tambahan pula, Imam al-Thabari mengatakan bahawa sebab yang betul ia dinamakan dengan Haji Akbar adalah kerana Haji Akbar adalah haji dan haji lebih besar daripada umrah dengan penambahan amalan-amalan yang ada padanya. Disebabkan itu ia dinamakan Haji Akbar disebabkan amalan pada waktu haji lebih banyak berbanding amalan pada waktu umrah. Adapun Haji Ashghar (kecil) adalah umrah kerana amalan padanya lebih sedikit berbanding amalan ketika menunaikan haji. Oleh sebab itu, ia dinamakan dengan Haji Ashghar disebabkan kurangnya amalan pada waktu umrah berbanding amalan pada waktu haji. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 130/14]
Berdasarkan pendapat di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Ashghar adalah umrah dan bukannya hari Arafah berdasarkan pendapat jumhur.
Penutup
Kesimpulannya, Haji Akbar adalah hari Nahr (ŁŁŁ
Ų§ŁŁŲŲ±) iaitu hari Raya Korban yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Ini kerana, pada hari tersebut akan dilaksanakan manasik-manasik haji seperti tawaf, bersaāie (antara safa dan marwah) ,melontar, berkorban, bercukur dan lain-lain perkara lagi. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita kesempatan dan peluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Amin.
Sumber :Pejabat Mufti Wilayah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA Ā atau join keluargagader club
Ā
Ā
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di