Orang cakap naluri hati itu kadang kalanya ada betulnya. Begitulah yang dilalui oleh seorang abang ini bila hatinya rasa ‘tidak sedap’ seakan ada sesuatu yang berlaku terhadap adiknya berikutan kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai Blue Valley-Cameron.

“Naluri memberitahu saya, adik tertimbus hidup-hidup di bawah runtuhan tanah apabila dia tidak menjawab sebarang panggilan (telefon) dan mesej saya.”

Itu kata Muhammad Kamal Hamdi, 40, selepas adiknya Muhammad Hafiz, 31, disahkan maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 FT 185, kilometer 27.10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley-Cameron sepertimana yang dilaporkan di myMetro.

 Tidak Berpuas Hati, Saya Pergi Sendiri

Difahamkan juga pada kebiasaannya Muhammad Kamal Hamdi akan akan mengemas kini mengenai sebarang kejadian tanah runtuh atau kemalangan jalan raya kepada adiknya dalam kumpulan sembang (group chat) keluarga pada telefon bimbit.

“Saya sudah maklumkan kejadian tanah runtuh itu dalam group chat tetapi dia tidak menjawab, biasanya dia yang pertama membalas mesej saya.

“Saya cuba menghubunginya berulang kali tetapi dia tidak mengangkat telefonnya. Dari situ, saya tahu ada sesuatu yang berlaku kepada adik saya.

“Saya baca begitu banyak berita yang tular mengatakan adik saya sudah meninggal dunia, ada yang kata masih hidup.

“Oleh kerana tidak berpuas hati, saya pergi sendiri ke kawasan tanah runtuh dan bertanya sendiri kepada anggota bomba.

“Betullah, salah seorang mangsa ialah adik saya. (Hubungan) kami sangat rapat, dia seperti kawan baik saya, adik saya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

“Gagal Hubungi, Naluri Saya Beritahu Adik Tertimbus Hidup-hidup”- Abang Mangsa Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Kongsi Cerita

Mayat Muhammad Hafiz berjaya dikeluarkan dari kawasan tanah runtuh itu pada 10.50 malam tadi dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Muhammad Kamal berkata, jenazah adiknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Tanjung Piandang di Kerian, hari ini.

IKLAN

Arwah Muhammad Hafiz meninggalkan seorang isteri serta dua anak, masing-masing berusia dua tahun dan bayi yang baru lahir.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat 11 malam, dua mayat sudah ditemui.

“Mayat pertama ialah pemandu Toyota Alphard (Vellfire) dikenali sebagai Tan Chee Heng berusia 36 tahun. Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 9.30 malam.

“Gagal Hubungi, Naluri Saya Beritahu Adik Tertimbus Hidup-hidup”- Abang Mangsa Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Kongsi Cerita

“Mayat terakhir ialah Muhammad Hafiz yang berjaya dikeluarkan dari kawasan tanah runtuh pada 10.50 malam selepas 10 jam operasi,” katanya.

Beliau berkata, operasi masih diteruskan sekiranya ada mangsa lain yang terperangkap.

“Anjing pengesan bomba dari Unit K9 sudah dihantar ke lokasi kejadian” katanya sambil menambah tiada pergerakan tanah dilaporkan setakat ini.

Sumber :myMetro 

IKLAN

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Gagal Hubungi, Naluri Saya Beritahu Adik Tertimbus Hidup-hidup”- Abang Mangsa Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Kongsi Cerita

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI