Apabila mengetahui ada individu yang kita kenali telah disahkan postif Covid-19, membuatkan hati kita turut bimbang dan cemas dengan nasib yang menimpa insan tersebut.
Apatah lagi buat si empunya badan yang menangungnya. Silih berganti rasa takut, bimbang dan sedih dalam diri mereka hanya tuhan sahaja yang tahu. Memandangkan kes disebabkan Covid-19 menunjukkan angka kematian yang tinggi, pastinya memberi impak dan ketakutan melampau jika diri disahkan positif Covid-19.
Meredakan kerisauan di hati dan memikirkan apa perlu dibuat, ustazah Asma’ Harun berkongsi saranan dan nasihat apabila ada seseorang bertanya dengan rasa yang amat takut dan ‘rasa macam nak mati’ kerana disahkan positif covid, apakah permintaan terbaik saat ini dengan Allah?
Saya jawab, minta 2 perkara dengan seikhlas dan benar-benar berniat di dalam hati :
1. Minta kesembuhan, kuat dan sihat untuk kembali kepada Allah dengan banyakkan ibadah, berubah jadi lebih baik dan tunaikan tanggungjawab yang masih banyak sesama manusia sekeliling. Maka banyakkan istighfar agar Allah ampuni kita.
2. Minta Allah beri Husnul Khatimah (kematian yang baik dan indah). Sebab jika taqdirNya kita bertemu kematian asbab covid ni, kita tetap tak boleh lari, maka Husnul Khatimah adalah sebaik-baik cara kembali.
Jadi, kita mohon dua perkara, untuk hidup sihat dan bahagia atau mati selamat dan sejahtera. Kita mungkin tak banyak masa beramal soleh untuk melayakkan diri dapat Husnul Khatimah, tapi dengan doa semoga Allah tetap kurniakan kita Husnul Khatimah.
Kesudahan hidup di dunia dengan kematian yang baik adalah permulaan hidup di sana yang jauh lebih bahagia, ia kekal selama-lamanya.
*Sahabat semua, saya lihat banyak update status mohon doa samada kerana sakit atau kerana khabar kematian. Maka jangan scroll sebelum kita penuhi hajat orang tersebut walaupun kita tak kenal. Doa sahaja dengan apa-apa ayat yang mudah yang penting sampai maksud. Mungkin satu hari, kita pula yang perlukan doa orang ramai..
Sayang semua kerana Allah dan Rasulullah.
Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman.
Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.
.
Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.
.
Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
.
Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.
.
Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin :
.
1. Menukar jenis makanan
.
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
.
Salah satu cara untuk membuang angin dalam badan ialah dengan pengambilan minuman halia. Halia merupakan petua yang paling mudah dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Minuman halia telah pun dipelbagaikan pada waktu kini dan anda boleh menemui minuman halia yang berbentuk bikarbonat dan juga teh. Namun, ia adalah lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh meminum air halia yang dicampur bersama lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman anda.
.
2. Ubat-ubatan
.
Ubat-ubatan seperti antacid dan simethicone yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
.
3. Kurangkan menelan udara
.
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
.
4. Hindari makanan yang menghasilkan angin
.
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos pula banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
.
5. Urutan
.
Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin. Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
.
Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan. Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan. Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.
.
PENCEGAHAN DAN RAWATAN SAMPINGAN
.
Pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi masalah angin ini. Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
.
Selain itu, amalkan makan buah terlebih dulu sebelum nasi dan minum air masak sebaik bangun tidur. Ini adalah antara petua untuk membantu pengambilan buah sebelum mula makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin.
Pengisar yang sering digunakan untuk mengisar bahan masakan seperti bawang dan cili, atau mungkin kunyit hidup pasti akan ‘melekat’ baud an warnanya bukan?
Mungkin anda tidak selesa apabila menggunakan untuk masak masakan lain, tapi bekas pengisar berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Jadi, mungkin petua ini boleh membantu anda untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Begini caranya:
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.