Bila tiba musim durian, memang banyaklah idea-idea olahan yang difikirkan kan? Antara pencuci mulut yang sinonim dengan durian adalah bubur atau kek.

Kali ini menunya sedikit berbeza dan klasik iaitu seri muka durian. Kuih ini juga mempunyai tekstur yang lembut serta rasa durian yang lemak manis.

Jadi, bagi penggemar durian memang sangat disyorkan untuk mencuba resipi yang dikongsikan oleh Noraslinda Md Radzhi ini.

Seri Muka Durian

Bukan Biasa-Biasa! Ini Resipi Seri Muka Durian Kaw Untuk Ibu Mengidam

Bahan-Bahan:

IKLAN

Lapisan Bawah

  1. 2 cawan beras pulut ( basuh dan rendam selama 1 jam)
  2. 2 cawan santan
  3. 2 sdb minyak masak
  4. Garam secukupnya (beras pulut di tapis dan masukkan dalam loyang bersama bahan-bahan lain, kukus hingga pulut masak)

Lapisan Atas

  1. 1 cawan durian
  2. 1/2 cawan tepung kastard
  3. 1/2 cawan tepung gandum
  4. 1 sdb tepung beras
  5. 2 cawan santan sederhana pekat
  6. 1 cawan gula
  7. 1 biji telur
  8. Sedikit garam
  9. Pewarna kuning

Cara-Cara:

– Blend semua bahan dan masukkan ke dalam periuk.

IKLAN

– Masak atas api kecil, kacau agak² periuk panas, angkat dan tekan-tekankan pulut dan padatkan

– Tuang bahan yang di masak tadi ke atas pulut tadi dan kukus 40 minit.

– Sejukkan dulu baru dipotong.

IKLAN

– Untuk nak kukus guna acuan, saya guna acuan lompang saiz besar dan acuan disapu minyak. Pulut dilenyek dan masukkan dalam acuan. Tekan-tekankan dan ratakan isi pulut separuh acuan.

– Air kukus dah didih, pulut dikukus dulu kejap dan tuang adunan lapisan atas.

– Kukus 10 minit pertama api besar, 5 minit last api sederhana. Kuih dah sejuk baru keluarkan daripada acuan. Selamat mencuba!

Bukan Biasa-Biasa! Ini Resipi Seri Muka Durian Kaw Untuk Ibu Mengidam

Sumber: Noraslinda Md Radzhi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI