Biasa makan keledek tak? Tentu ada yang pernah menikmati makanan ini bersama nenek atau ibu ayah di kampung.
Sebenarnya keledek ini banyak khasiat yang ramai tak tahu. Bukan calang-calang makanan kampung ini.
Rupanya telah terbukti mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita. Patutlah orang dulu-dulu suka makan keledek.
Keledek ungu salah satu keledek yang mempunyai banyak khasiat. Ikuti perkongsian pakar otak, DrRizal Abu Bakar ini dengan menyatakan kajian yang telah dilakukan kepada makanan superfood ini.
Nak bagitau KELEDEK UNGU adalah SUPER FOOD.
Anti oksida tinggi. Juga anti radang. Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus. Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.
Vitamin A untuk apa?
Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini. Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
Ads
Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.
Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU.
Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.
Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.
Istimewa Ramadan: Kali ini bersama Pa&Ma Superb Huffaz untuk mengisi waktu berbuka anda seisi keluarga. Bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak cerdik Genius Aulad bermula 1 hingga 30 Ramadan pastinya menambahkan lagi keberkatannya.
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Bintang Kecil: Masa Berbuka Rebutlah Pahala Banyak-Banyak
Jangan makan sampai berlebihan sangat sampai tak boleh buat amalan lain lepas berbuka nanti. Ingat tu kawan-kawan, berbuka puasa biarlah secara bersederhana. Kumpul banyak sikit pahala waktu berbuka nanti. Saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara PU RIZ. Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Ads
Disokong Sepenuhnya Dari: TATEH, jenama yang Prihatin, Selesa dan Dipercayai.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil
#BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak dari lahir sampai lah meningkat dewasa, ibu bapa menjaga kita. Bila mereka sudah meniti akhir usia, menjadi tanggungjawab anak-anak pula menjaga orang tua mereka.
Ada sesetengah adik beradik, mereka akan bergilir menjaga ibu ayah yang sakit atau semakin uzur, malah ada juga yang melantik atau ada yang sukarela menjaga dikala adik beradik lain masing-masing ada tuntutan kerja.
Seperti perkongsian video di Tiktok ini, seorang kakak menggalas tanggungjawab menjaga ibunda tersayang sejak 2017 lagi, Namun siapa sangka, berkat kebaikan dan pengorbanannya itu, adik beradik yang lain menyiapkan kejutan buatnya.
Dalam satu majlis bacaan doa selamat di rumah, mereka sempat membuat agenda lain berkongsi berita gembira sebahagian keluarga menunaikan umrah bersama-sama.
Nama yang akan turut serta ke umrah diletakkan di banner dan ditutupi dengan tape, dan dipamerkan satu demi satu nama. Suasana menjadi gamat apabila nama si kakak yang menjaga ibu mereka juga ada di banner tersebut, rupanya adik bongsu mereka telah bersepakat untuk menaja si kakak untuk menunaikan umrah sebagai hadiah atas pengorbanan yang dilakukan selama ini.
Dalam video yang dikongsikan, jelas sekali wajah terharu kakaknya terkejut dengan hadiah yang tidak ternilai harganya dan lantas bangun terus menuju ke arah si ibu yang juga baru mengetahui kejutan tersebut.
Video yang berdurasi 2 minit dan 26 saat itu mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata terharu dengan keluarga ini yang tidak berkira antara satu sama lain, malah keakraban mereka patut dicontohi.
Kisah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A, Muhammad Syahril Saidi terus menjadi perhatian wargamaya mengenai nasib dan masa depannya. Bahkan kediaman Syahril masih dikunjungi orang ramai walaupun hampir seminggu berita kejayaannya dan kehilangan ibunya telah berlalu.
Berkongsi perkembangan terkini, Syahril, 18, berkata, setakat ini dia akan kembali meneruskan persekolahan di Maahad Yaakubiah, Kampung Nipah di sini, sementara menunggu kemasukan ke universiti. Ini sebagaimana memetik di Harian Metro.
Menurutnya, dia mahu meneruskan pelajaran di tingkatan enam dan menduduki Sijil Pelajaran Tinggi Agama (STAM) sebelum memilih untuk meneruskan pengajiannya.
Katanya, jurusan yang dipilih kelak adalah bidang agama di mana-mana pusat pengajian, universiti dalam atau luar negeri.
“Kalau saya nak terima mana-mana tawaran, urusan berkenaan akan dibincang bersama keluarga dan pihak berkaitan.
“Cuma setakat ini, saya boleh cakap, saya akan kembali ke sekolah (Maahad Yaakubiah) selepas seminggu bercuti menguruskan kematian Umi,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kandis di sini, hari ini.
Syahril berkata, dia juga berterima kasih atas keprihatinan orang ramai yang hadir ke rumahnya setiap hari selepas tular kisahnya menjaga ibu yang sakit, Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53.
“Cuma bagi saya, kita dah boleh tutup (perhatian) terhadap saya, bagi menghormati kehidupan ahli keluarga lain seperti kakak, ibu bapa saudara, sebab ada juga yang ambil kesempatan dengan mengaku ahli keluarga, saya risau juga keselamatan ahli keluarga lain,” katanya yang memohon orang ramai memahami keluarganya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju anak dan juga pakaian lain.
Nak nak lagi bila balik kampung nanti, pasti ramai yang nak seterika baju raya kan. Jadi nak cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini.
Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di