Demi kasih kepada ibu,wanita ini berkorban nyawanya. Sedihnya.  Sehingga ke akhir hayatnya dia berbakti kepada ibunya.

Mayat wanita yang dilaporkan disambar buaya di Kampung Tanjung Bulat, Sabah dekat sini, sudah ditemui, hari ini.

“.
Kasih Seorang Anak, Korbankan Nyawa Demi Ibu, Berbakti Hingga Ke Akhir Hayat.

Memetik laporan Harian Metro, Mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR), 6.35 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pada awal pagi tadi penduduk kampung yang turut menyertai SAR terdengar pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan bomba.

“Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna.

“Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kasih Seorang Anak, Korbankan Nyawa Demi Ibu, Berbakti Hingga Ke Akhir Hayat.

Terdahulu, laporan media melaporkan mangsa disambar buaya ketika memancing di tebing sungai berkenaan, 3.40 petang semalam. Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan ibunya daripada disambar buaya.

Menurut Azlan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 3.42 petang semalam.

“Sebelum kejadian, mangsa sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.

IKLAN

“Lokasi itu memang menjadi lokasi memancing penduduk ketika air sungai pasang.”

“Tiba-tiba mangsa dilaporkan di sambar lalu dibawa ke dalam dan hilang.”

Tolak ibu jauh-jauh

Manakala, menurut info dari keluarga mangsa di bahagian komen laman facebook Harian Metro, katanya mangsa sempat menolak ibunya jauh sebelum disambar buaya.

“Mohon doakan anak sepupu saya dijumpai. Tadi, sempat bercerita dgn kakak nya.. Dia selamatkan mama dia juga.. dia tolak mama dia jauh2 dari dia.. dan, dia yang ditarik masuk kedalam air. Allahuakbar. Mohon doakan buat dia..” – Norhamidah Said

Kasih Seorang Anak, Korbankan Nyawa Demi Ibu, Berbakti Hingga Ke Akhir Hayat.

Sumber: Harian Metro dan Norhamidah Said

IKLAN

 

Baca Juga: Sebab Jati Diri, Ibu Ini Tak Kisah Anak ‘Travel’ Jauh Naik ‘Train’ Ke Sekolah Dari Putrajaya Ke Kuala Lumpur.

Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.

Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.

Trending:“Ni Satu-Satunya Gambar Aki Mat Kilau Lengkap Berkeris, Berbaju Melayu Dan Bersamping .” Cucu Mat Kilau Dedah Perjuangan Kisah Benar.

Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Kasih Seorang Anak, Korbankan Nyawa Demi Ibu, Berbakti Hingga Ke Akhir Hayat.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI