Lepas masak dan makan, tibalah pula aktivioti mencuci pinggan mangkuk dan segala peralatan yang diguna pakai. Sedar tak sedar, sabun makin berkurang dan kena top up semula.
Bagi ibu-ibu yang nak menjimatkan belanja membeli sabun, boleh cuba tip mudah ini. Hanya menggunakan campuran garam, bukan sahaja dapat menggandakan sabun tersebut, bahkan buih pun banyak. Nak cuba? Jom baca tip ini. Ni bukan pasal resepi masak tau.. Tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah sekalian.. 🙂 Jimatlah juga belanja dapur kan… 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun… Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan… ok tak? Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.. Mudah je.. Hanya 5 liter air + 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight) + Garam pakej kecil (anggaran secawan).. Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…! Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu).. Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.. Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye..’ Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak..
Selamat mencuba untuk lebih jimat.. Sangat membantu jimat belanja..
Asalnya 1 botol boleh jadikan 5 botol..
Refill sabun pinggan dalam bekas yang ada je… Jumpa lah yang ni, kena tulislah ‘sabun pinggan’ ye. Ni saya guna nisbah 2000ml air + 400ml sabun + garam ½cawan.. Memang masih berat lagi walaupun dah hampir sebulan… AlhamduliLlah.. Suka³……
Sukar buat seseorang untuk menerima orang baharu untuk menjadi ahli keluarga. Dalam hal ini, anak Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah, melembutkan hati untuk menerima Muhamad Sufian sebagai ayah tirinya.
Dayini, 25, merupakan anak daripada perkahwinan Mas Idayu dan bekas suaminya, pelakon Aman Graseka. Perwatakan Muhamad Isa yang mempunyai sifat kebapaan yang tinggi adalah sebab utama Dayini menerima kehadirannya dengan hati dan minda yang terbuka.
Anak Ratu Dangdut itu bukanlah mengalir air tangisan sedih pada hari perkahwinan ibunya tetapi tangisan bahagia kerana ibunya bertemu jodoh selepas 16 tahun berseorangan.
“Berbanding kenalan-kenalan lelaki Mommy sebelum ini, saya tidak begitu berkenan kerana seperti tidak boleh ‘ngam’ bersama mereka. Tetapi Daddy (panggilan untuk Sufian) memiliki sifat kebapaan yang boleh mengubati kerinduan saya terhadap Papa. Daddy juga seorang yang baik, ramah dan berusaha untuk mengambil hati saya” kata Dayani.
“Saya tidak boleh melihat Mommy menangis kerana saya tahu bagaimana keadaannya ketika berseorangan. Selama beberapa tahun ini memang dia keseorangan, hanya ada Dayini. Memang kami hidup berdua tanpa orang lain. Melihat dia menangis di hari bahagia membuatkan saya turut berasa sebak,” ujarnya lagi.
Jangan main-main dengan instinct orang perempuan. Terutamanya seorang ibu atau seorang isteri.
Kerana terlalu banyak dan terlalu besarnya pengorbanan mereka, Allah kurniakan mereka deria ke 7 yang sangat kuat.
Allah sangat sayang 2 kumpulan ni; ibu dan isteri.
Anak-anak, jangan la cuba nak tipu mak. Jangan sesekali. Sebab mak akan tahu juga akhirnya.
Mak bukan saja tahu anaknya menipu, tapi mak juga akan tahu bila anak-anaknya ditimpa kesusahan atau berada dalam masalah.
Hebatnya ilmu seorang mak terhadap anak, dia akan tahu semua tentang anaknya walaupun anak cuba nak sembunyikan.
Marah anak, tak puas hati anak, sakit hati anak, susah anak… semua-semua lah. Seorang mak akan tahu.
So, jangan cuba-cuba nak tipu mak ye. Kalau ada benda perlu bagitahu, bagitahu dulu cepat-cepat. Jangan sampai mak tahu sendiri dari mulut orang lain. Kecik hati mak.
Isteri pun sama. Suami-suami jangan la cuba nak tipu isteri. Dia akan tahu.
Lebih-lebih lagi kalau buat benda yang salah dan berdosa. Isteri akan dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.
Part ni memang boleh tabik la kat insan yang namanya isteri. Allah memang bagi sungguh anugerah ni pada isteri.
Mana taknya, tiada insan semulia seorang isteri. Dia bukan saja menyerahkan seluruh tubuhnya kepada manusia bernama suami, tetapi dia menyerahkan nasib sepanjang hidupnya juga kepada suami.
Lebih daripada itu, dia menyerahkan 100% kepercayaannya kepada suami untuk menjaganya, membimbingnya, memberi nafkah kepadanya dan menjaga kebajikan anak-anaknya.
Bila berkahwinnya seorang wanita yang beriman, hidup dan matinya hanya untuk mengabdikan diri kepada suaminya. Sebab itu Allah balas dengan ganjaran yang besar kepada isteri asbab pengorbanannya itu.
Isteri serahkan sepenuh jiwa raganya kepada suami, Allah anugerahkannya deria yang kuat yang boleh menghidu perbuatan buruk dan berdosa suaminya.
Allah tak akan biarkan pengorbanan seorang isteri berlalu sia-sia. Allah pasti akan gerakkan hatinya demi untuk menyelamatkan sebuah rumahtangga.
Baik pecah rahsia awal-awal daripada berselindung di sebalik angkara yang durjana buat sekian lama. Betul tak?
Bukan mudah sebuah kepercayaan nak diberi. Tapi sekali kepercayaan itu dikhianati, isteri akan ingat dan terasa hati sampai mati.
Perasaan cinta dan sayangnya terhadap suami tak akan sama lagi.
So, buat semua anak-anak dan para suami…
Jagalah hati ibu dan isteri. Jangan cuba-cuba nak buat benda tak senonoh di belakang ibu atau isteri. Lambat laun mereka akan tahu jugak.
Nak percaya ke, taknak percaya ke, terserah.
Dan bila kita jujur dan tidak menipu, pasti Allah akan bagi balasan yang setimpal dengan kejujuran dan keikhlasan kita sebagai anak atau suami.
Ibu ayah adalah insan yang paling penting dalam kehidupan anak-anak, justeru itu setiap tindakan yang anak ingin lakukan perlulah mendapat keizinan daripada ibu ayah untuk menandakan kita adalah anak yang taat, pandai menghormati dan menghargai ibu ayah.
Apatah lagi dalam soal mencari dan mimilih jodoh, restu ibu ayah itu sangat bermakna dan penting. Tidak keterlaluan juga bila ada yang mengatakan, kunci kebahagiaan dan kehidupan yang berkat dalam rumah tangga adalah dengan adanya restu ibu ayah.
Pun bagitu, atas alasan cinta tidak dinafikan wujud juga anak-anak yang sanggup mengetepikan nasihat ibu ayah hingga menyebabkan berlakunya perkahwinan tanpa restu. Berkahwin secara ‘senyap-senyap’ dan tahu-tahu sudah pun bernikah dengan pilihan hati.
Benar, restu ibu bapa bukanlah syarat sah perkahwinan namun mengabaikan perasaan ibu ayah pasti akan melukakan hati mereka. Sedangkan, sebagai anak perlu mengutamakan ibu bapa kerana Islam meletakkan kemuliaan ibu bapa selepas taat Allah SWT dan Rasul.
Ini sebagaimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” Riwayat at-Tirmizi
Dalam memilih jodoh, ini dijelaskan sendiri oleh pendakwah Ustaz Azhar Idrus, walaupun ibu bapa tidak boleh memaksa anak berkahwin dengan pasangan yang dipilih kecuali bagi wali mujbir, Ustaz Azhar menasihatkan anak muda agar tidak mengetepikann pandangan ibu ayah dalam bab memilih jodoh.
“Jika tiada restu ibu bapa itu berkaitan dengan agama, misalnya pasangan itu tidak baik perangainya maka kita perlu mematuhi nasihat ibu bapa.
“Jika pasangan pilihan kita baik agamanya, tetapi ibu bapa tidak menyukai seseorang yang baik pegangan agama maka kita boleh mendahulukan pilihan sendiri dan kemudian memujuk ibu bapa.
“Namun jika pilihan ibu bapa dan pilihan kita kedua-duanya baik dari segi agama, kita perlu berkahwin dengan pilihan ibu bapa kerana konsepnya tiada ibu bapa maka tiadalah kita,” katanya menerusi saluran YouTube rasmi, Ustaz Azhar Idrus Official.
Pendakwah itu turut menambah, perkahwinan anak lelaki dengan pasangan tidak direstui ibu bapa tetap sah kerana lelaki tidak memerlukan wali.
Tetapi keputusan berkahwin dengan calon yang tidak disukai orang tua adalah sesuatu yang perlu difikirkan sedalam-dalamnya.
“Jika kita meletakkan diri sebagai bapa, sukakah jika anak melawan cakap dan berkahwin dengan orang yang tidak kita sukai? Tentunya ramai tidak akan melakukannya.
“Justeru jika kita tidak mahu anak melakukan hal sebegitu maka elakkan berbuat sedemikian kepada ibu bapa pada hari ini. Jika tetap melakukannya ia dikatakan mementingkan diri sendiri,” katanya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bagaimanapun bagi lelaki yang mengahwini pasangan tanpa restu tetapi pasangannya itu baik dan ibu bapa hanya terpedaya dengan fitnah pelbagai pihak, carilah jalan keluar menjernihkan keadaan.
“Jika pilihan kita itu sebenarnya baik dan ibu bapa kita hanya mendengar fitnah orang, maka perbaiki keadaan. Pujuk kedua-dua orang tua dan terangkan dengan baik. Tunjuk kesungguhan bahawa dengan pasangan itu kita berupaya mengecapi kebahagiaan, insya-ALLAH pada satu masa mereka akan merestui,” katanya.
Menurut Ustaz Azhar, dalam hal perkahwinan, ramai yang menjadi ‘buta’ tanpa seseorang itu menyedarinya. Beliau menasihatkan anak muda agar tidak mengenepikan kedua ibu bapa dalam mengejar pilihan hati.
“Apabila seseorang wanita menyukainya, beliau sudah menjadi ‘buta’. Apakah maksud buta itu? Beliau tidak lagi mendengar cakap (mentaati) ibu bapa. Cinta itu membutakan.
“Bercintalah tetapi tetap taat kepada ibu bapa. Ramai orang jatuh cinta terus tidak kenal (taat) kepada ibu bapa. Apa yang pasangannya mahukan itu lebih utama daripada ibu bapa. Itu namanya orang buta,” katanya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI