Selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkongsi video percutian bersama anak-anak tersayang. Di dalam video tersebut kelihatan keluarga bahagia ini menaiki helikopter untuk bercuti.
Menerusi video pendek dikongsi pelakon Paskal ini, memaparkan mereka sekeluarga menaiki sebuah helikopter dari Kuala Lumpur menuju ke sebuah pulau sebagai destinasi pelancongan.Namun, pelakon ini sama sekali tidak mendedahkan pulau yang menjadi tempat mereka anak-beranak bercuti.
Bercerita mengenai percutian mereka sekeluarga, Hairul memberitahu perjalanan mereka menuju ke pulau tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit.
Menurut Hairul Azreen, ini merupakan kali pertama anak keduanya, Alisa Aisyah pergi bercuti berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan buat mana-mana individu untuk pergi bercuti.
Ads
Alisa first time holiday haha baby MCO😂
First time @thealisaaisyah jumpa pantai & laut, 🥰 video ni memory awk masa kecik2 tau..
Setiap anak tak sama perkembangannya. Ada yang cepat ada yang lambat. Namun sebagai ibu bapa tidak boleh mengambil mudah akan hal ini. Jika melihat ada yang tak kena pada anak, cepat-cepat bawa berjumpa doktor pakar.
Perkongsian dari ibu bernama Puan Norakma Jamlos mengenai anaknya, Humaira yang mempunyai masalah lambat bercakap ketika berusia 2 tahun mungkin dapat memberi teladan kepada ibu bapa yang lain.
Tergerak hati ingin berkongsi cerita kisah anak saya. Anak saya berumur 2 tahun 7 bulan , perempuan dan anak ketiga. Diagnosis Autisme tetapi masih belum disah kan oleh Doktor. Dia masih belum boleh bercakap(Speech delay).
Saya mula bawa dia berjumpa dengan doktor di Hospital Selayang pada umur dia 2 tahun. Saya mula perasaan dia bukan macam kanak-kanak lain, sangat berbeza. Masih tak boleh bercakap walapun sudah 2 tahun.
07/06/2017- Pergi ke klinik kesihatan untuk imunisasi 2tahun sambil tu bercerita kisah anak, nurse kk buat surat untuk dapatkan appointment di hospital.
24/8/2017 – Berjumpa dengan pakar Paediatriks, doktor sarankan untuk berjumpa dengan pakar telinga dan mata.
18/9/2017- Berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak, Alhamdulillah pendengarannya normal.
Setelah merujuk kepada doktor, jumpa pakar ENT, menjalani ujian saringan dan mengikuti beberapa sesi terapi yang telah disarankan oleh pakar kanak-kanak di Hospital Selayang, pada 27/4/2018 Humaira akhirnya telah diagnosis AUTISM SPECTRUM DISORDER. Pada ketika itu Humaira berumur 2 tahun 10 bulan.
Alhamdulillah, akhirnya segala persoalan sudah ada jawapan. Memang agak sukar untuk menerima, tapi kami kena kuat. Semua itu tidak penting bagi kami, yang paling utama ialah untuk disegerakan adalah mendapatkan rawatan dengan cara intervensi dan cuba memahami sedalamnya bagaimana kami dapat membantu anak kami untuk mempersiapkan diri dia untuk menempuhi cabaran dunia luar sana.
Mungkin ramai yang bertanya dan nak tahu apa yang menyebabkan saya sebagai ibunya rasa tak sedap hati dan tergerak nak bawa Humaira berjumpa doktor. Di sini saya kongsikan tanda awal atau ciri-ciri autisme yang saya perasan sebelum Humaira didiagnosis.
10 TANDA AWAL AUTISME PADA HUMAIRA YANG DILIHAT SEBELUM UMUR 2 TAHUN 1. LEWAT BERCAKAP Pada usia Humaira 2 tahun, dia masih tak boleh bercakap. Sebaliknya, dia hanya mengeluarkan bunyi aaaaaa.
2. MENGELAK EYE CONTACT Eye contact tidak ada. Bila kita bercakap dengan dia, dia akan pandang ke arah lain.
Dia memang tak suka melihat orang yang sedang bercakap dengan dia.
3. LAMBAT RESPON BILA DIPANGGIL Bila kita panggil, Humaira tidak menoleh. Dia selalunya buat tak tahu saja.
4. LEBIH SUKA BERSENDIRIAN Humaira tak suka berkawan. Walaupun ada 2 orang kakak, Humaira lagi suka bermain seorang. Dia tak suka dengan keadaan yang ramai orang.
5. KETAWA ATAU MENANGIS TANPA SEBAB Humaira seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Susah nak fahami perasaannya. Dia boleh ketawa atau menangis tanpa sebab tertentu.
6. MACAM TAK KENAL ORANG Humaira juga tiada preference pada orang tertentu. Dia seolah-olah tidak mengenal orang, walaupun yang terdekat dengannya.
Pada dia, semua orang sama.
7. SUKA MENGEPAK TANGAN (FLIPPING HANDS) Salah satu tanda autisme yang paling ketara adalah perbuatan mengepak-ngepakkan tangan atau flipping hands.
Humaira selalu buat macam ni ketika dia terlalu gembira atau teruja dengan sesuatu.
8. TAK FAHAM ARAHAN Tidak faham dengan arahan, walaupun arahan yang mudah.
9. TIDAK BERKOMUNIKASI SECARA BUKAN LISAN Selain tidak bersuara, Humaira juga tidak melambai, mengangguk atau menggeleng kepala.
10. MINAT YANG TERHAD ATAU MELAMPAU Apa yang saya nampak, Humaira tak bermain permainan dengan cara yang betul. Contohnya dia bermain dengan tayar kereta.
Ada juga benda yang mungkin tak menarik minat kanak-kanak biasa, tapi Humaira boleh obses dengannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terdahulu, rumah tangga yang dibina dengan Norman pada 2011 dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha, 1 tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Norman memperoleh tiga zuriat, Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dari rangka besi katil terbuang, seorang suami berjaya mengubahnya menjadi sebuah rak serba guna.
Lebih menarik, hasil kerja tangan itu dibuat oleh sang suami istimewa untuk isteri tersayang.
Menurut Intan Atifah Muhammad Tuah, rak tersebut dibuat suaminya yang juga seorang tentera yang bertugas Di Sarawak. Namun Kini, dia pulang bercuti selama 2 minggu.
Besi katil terbuang itu pada mulanya tersadai di belakang rumah ibu mentuanya di Merlimau, Melaka.
“Itu besi katil lama di rumah ibu mentua, dah lama dibuang. Tapi lori sampah mana nak angkat besi-besi lama, jadi dibiarkan saja di belakang rumah.
“Saya pula kerja sebagai surprise planner, jadi wrapping paper makin banyak kat rumah. Saya fikir nak beli rak, bila tengok online harga mahal RM360.
“Pada masa sama suami seorang yang pembersih, rumah kena sentiasa kemas. Jadi suami fikirkan sesuatu apa yang boleh dibuat dengan besi katil tu,” katanya kepada mStar.
Lebih mesra disapa Intan, katanya, suaminya yang berkebolehan bertukang kemudian meminjam peralatan kimpalan (welding) daripada seorang rakan.
“Suami kata dia nak buat sesuatu dengan besi katil terbuang. Tapi dia kata cuba dulu sebab dia risau tak jadi, tak cantik.
“Dia memang biasa bertukang dan kebanyakan hasil kerja untuk kegunaan di rumah. Suami sejenis yang tak duduk diam, ada saja yang dia nak buat,” ujarnya yang berasal dari Melaka.
Menurut wanita itu, suaminya yang berusia 30 tahun mengambil masa empat hari untuk menyiapkan rak besi untuk pembalut hadiah itu.
“Suami memang risau kalau dia buat tak cantik. Tapi bila saya beritahu rak yang lebih kurang sama dan diperbuat daripada besi harganya dekat RM400, suami terkejut.
“Dia kata nasib baik balik bercuti dan buatkan rak untuk bini. Kalau tidak, bini dah terbeli rak tu secara online,” tambahnya.
Sebagai tanda penghargaan, dia membawa suaminya menikmati candle light dinner dengan hidangan stik kegemaran di restoran di sebuah hotel.
“Bukan sebab kerajaan baru beri kelonggaran dengan membenarkan semula dine-in ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tapi sebab saya baru dapat bertemu semula dengan suami.
“Selepas kami berkahwin pada Ogos 2019, baru sekarang dapat jumpa,” katanya sambil menambah mereka sering berhubung menerusi panggilan video kerana pasangan jarak jauh (PJJ).
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.