“Bukan Kayangan, Tapi Keselamatan Anak Musim Covid Ni.” Hairul Azreen Bawa Anak & Isteri Bercuti Naik Helikopter Raih Perhatian!

Share

Selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkongsi video percutian  bersama anak-anak tersayang. Di dalam video tersebut kelihatan keluarga bahagia ini menaiki helikopter untuk bercuti.

Menerusi video pendek dikongsi pelakon Paskal ini, memaparkan mereka sekeluarga menaiki sebuah helikopter dari Kuala Lumpur menuju ke sebuah pulau sebagai destinasi pelancongan.Namun, pelakon ini sama sekali tidak mendedahkan pulau yang menjadi tempat mereka anak-beranak bercuti.

Bercerita mengenai percutian mereka sekeluarga, Hairul memberitahu perjalanan mereka menuju ke pulau tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit.

Menurut Hairul Azreen, ini merupakan kali pertama anak keduanya, Alisa Aisyah pergi bercuti berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan buat mana-mana individu untuk pergi bercuti.

Alisa first time holiday haha baby MCO😂

First time @thealisaaisyah jumpa pantai & laut, 🥰 video ni memory awk masa kecik2 tau..

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Ada yang memuji cara pasangan ini membawa anak-anak bercuti dengan menaiki helikopter.

Tak kurang yang terhibur melihat gelagat Alisa yang pertama kali dibawa bercuti.

shahiskandarmahfuz Pergh! Kamu grand!!👍👍👍
erinmalek94 Alisa sayang 😂 malu2
radin_era This is next level 🔥🔥🔥😂
elvinamohamad Another level ek haha. Happy holiday abang & family
izyandyana Fuhhh 2 tahun duduk rumah kalini all out betul family ni 😍
_intanzuraifah Tudia , bukan biasa2 … Usaha mereka dalam mencpai kehidupan yang sekrng pon bukan senang setanding dgn usaha mereka .
maisarahazmie sukanya tgok alisa hehe seronok dia😍
shaklee_byeychah alisa so cute. Malu2 gitu
eliena_nana Bukan kayangn….tapi keselamatn ank2,,,musim covid nh…..duit blh Cari…..nyawa,kesihatan kena jaga….good job ……👏😍😍 …..

Sumber: hairulazreen

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!

IKLAN