Manusia dijadikan Allah SWT untuk hidup berpasang-pasangan dengan tujuan untuk berkasih sayang dan saling melengkapi antara satu sama lain. Justeru itu perkahwinan adalah langkah sewajarnya untuk pasangan saling membahagiakan.
Begitu juga peranan suami untuk memberikan kegembiraan buat isteri.
Sebagaimana perkongsian ini.
Ada yang pelik kena saya selalu duk bahagiakan isteri.
Saya tak manjakan isteri tetapi nak taknak saya kena cari juga cara macam mana untuk bahagiakan dia.
Ada masa saya akan biarkan isteri saya berehat dan bersantai santai.
Saya akan jaga anak
Saya akan mop lantai
Saya akan cuci tandas
Saya akan buat semuanya
Asalkan isteri saya boleh melepaskan kepenatannya.
Ads
Kenapa? Kerana saya nak dia merasa bahagia.
Kenapa saya nak isteri saya merasa bahagia? Kerana isteri adalah jantung dalam rumah saya.
Bila isteri saya tak bahagia
Anak anak akan ikut tak bahagia
‘Emotional state’ seorang isteri dan ibu boleh berjangkit dan mempengaruhi ’emotional state’ anak anaknya sekali
Ads
Emak serabut, anak anak pun jadi serabut
Emak pemarah, anak anak pun jadi mudah marah
Emak gelisah, anak anak pun jadi mudah gelisah
Untuk saya jadi bahagia, saya perlukan anak yang bahagia
Untuk saya bahagia, saya perlukan rumah yang bahagia
Untuk ada anak anak dan rumah yang bahagia tak lain tak bukan saya perlukan seorang isteri yang bahagia
Kenapa?
Ads
kerana hanya isteri yang bahagia boleh melahirkan dan membentuk anak anak yang tenang dan bahagia
Itulah kenapa di dalam Islam menjaga ketenangan hati isteri adalah sejenis nafkah juga kerana ianya adalah keperluan sebuah keluarga bahagia. Happy Wife, Happy Life
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Saat hati tengah bahagia, namun diduga dengan berita yang cukup memilukan.
Demikian yang berlaku kepada pasangan muda yang baru mengikat tali pertunang kira-kira sebulan yang lalu. Saat mereka menantikan hari bahagia, si lelaki, Mohamad Aidil Haiqal Nor Azman, 20 dikejutkan dengan berita bakal isterinya, Nur Jannah Jahari yang menghidap penyakit kronik apabila didiagnos mempunyai ketumbuhan di bahagian ovari.
salam hai mohon warga twitter doakan NUR JANNAH BT JAHARI yang dalam keadaan kritikal ,semoga dia kuat dan tabah dalam melawan kesakitan yang dihadapi. walaupun doktor kata jangka hayat dia lebih kurang 2 minggu hingga ke sebulan. pic.twitter.com/Jp1dGby0tv
Lebih memilukan, si perempuan yang dikenali sebagai Nur Jannah hanya ada masa lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Malah menurut Aidil, buat masa kini mereka merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Nur Jannah.
Nur Jannah sebelum ini ada mengadu sakit perut dibahagian perut. Pada mulanya, dia dilaporkan mempunyai cyst kecil setelah berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital terletak di Johor Bahru.
Kemudian, sakitnya semakin serius dan mendapatkan rawatan di Hospital Kluang setelah dia pulang ke kampung. Lebih mengejutkan, doktor menyatakan ketumbuhannya telah pecah dan merebak diseluruh bahagian perutnya.
Jelas Aidil lagi, dia sanggup mengambil cuti panjang untuk menjaga tunangnya. Dia kini yang bekerja di Singapura, sanggup untuk berhenti kerja jika cuti panjangnya itu tidak diluluskan. Walaupun baru saja mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu, dia tetap berhasrat menjaga Nur Jannah disaat genting ini.
Perkongsian Aina mengenai keadaan diantara Aidil dan Nur Jannah, telah membuatkan ramai netizen meninggalkan komen positif buat mereka berdua.
Diharapkan agar kesembuhan dapat diberikan kepada Nur Jannah agar boleh pulih seperti sediakala. Segalanya pasti tidak mustahil dengan kuasa doa dan pertolongan olehNya.
Kadang kala kita leka dengan kelebihan yang tuhan bagi terutama soal wang. Nak beli apa sahaja dapat. Tak mahal sangat tetapi sekali shopping tudung tu, dua pasangan dah rm100 lebih. Anak nak kita tak berkira, ambil aje lah tanpa tengok harga, bayar aje. Dan ia berlaku tanpa henti setiap hari.
Tanpa kita sedar bahawa telah berlaku pembaziran dalam hidup. Kita membeli bukan keperluan tetapi mengikut kehendak. Namun, sedang kita leka dengan kelebihan itu, ada insan diluar sana sedang berduka. Ikat perut dengan duit yang semakin menyusut. Bukan tidak terima bantuan diberi atau bekerja namun tidak mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi. Bukan tidak berusaha untuk ‘lari’ dari kemiskinan, tetapi ada kalanya diri tidak mampu bertahan. Lebih-lebih lagi, suami telah menemui sang pencipta.
Kisah duka kesusahan hidup sudah tentu banyak kita dengar dan baca di media sosial saban hari. Sebagaimana perkongsian titian hidup kesusahan sebuah keluarga yang dipaparkan oleh seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang aktif dengan kegiatan CSR bersama pasukannya.
Semoga kisah ini menjadikan diri kita lebih cakna emembantu insan yang memerlukan sebagaimana yang anjurkan oleh Islam mengenai amalan sedekah.
Ikuti perkongsian guru ini.
TIADA DUIT NAK BELI BERAS
Seorang anak baru berusia 14 tahun curi-curi guna telefon ibunya untuk pm aku minta bantuan beras dan sepapan telur untuk makan.
“Salam cikgu. Boleh saya minta bantuan barang dapur? Tak ada apa dah kat dapur. Ni Fb mak saya. Saya pm cikgu ni mak tak tahu.”
Anak yatim ini tinggal bertiga dengan ibu dan adiknya. Ibunya penerima Baitulmal RM500 sebulan dan pendapatan utama menjaga anak orang dengan bayaran RM400 sebulan.
Sewa rumah RM600, bil api, bil air, bil van sekolah anak-anak, duit belanja lagi. Baki setiap bulan untuk makan tak sampai RM100 saban bulan.
Sebaik terima kes, aku hantar Dr Wan Ahmad Faiz Marzuki turun siasat memandangkan kes ni dekat dengan beliau.
Sah, cerita semua benar. Kesempitan hidup mereka itu real, bukan tipu-tipu.
TERIMA BANTUAN ZAKAT
Maka kami bantu mereka dengan dana yang ada. Malam ini, baru aku berkesempatan ziarah sendiri. Tersenyum lebar si anak dan ibunya.
“Eh, Cikgu Fadli datanglah.”
Femes juga aku rupanya. Tak payah perkenalkan diri mereka dulu tegur.
Duduk bersila, mendengar cerita. Anak bongsunya baru 3 bulan dalam perut sewaktu ayahnya meninggal dunia.
Sejak itu, mereka sangat sempit dah hidup susah. Hanya mengharap zakat dari Baitulmal dan jaga anak orang yang cuma sedikit sahaja upah.
BANTU KEBAJIKAN ANAK YATIM
Kami bantu dan support dia untuk buat kuih dan hantar pada koperasi sekolah. Oven dan segala peralatan yang perlu akan kami sediakan.
Anak-anak ini anak-anak yatim. Segala yuran persekolahan anak-anak ini dan keperluan yang sepatutnya mereka ada, kami akan cuba sediakan secukupnya.
Anak-anak yatim ni nabi saw kasih sungguh. Kerana tempat pergantungan utama mereka sudah tiada, dan ibu serta anak-anak perempuannya terpaksa berdikari tanpa boleh mengharap sesiapa.
Aku memang sangat utamakan kebajikan anak-anak yatim. Kami cuba bantu yang ada dalam radar dan capaian kami.
Tenaga kami terhad. Masa kami juga terhad. Bahkan dana kami juga terhad. Maka tak mampulah kami nak bantu semua orang. Itu tanggungjawab pusat zakat dan YB kawasan lah.
Namun sepaling kurang, kami cuba bantu mana yang mampu. Begitulah.
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Pernah Jadi Perhatian Dunia, Kembar Siam Bergelar Graduan Sains Komputer
Usaha itu tangga kejayaan, ungkapan yang sering kita dengar. Umpama menaiki tangga, tanpa usaha pasti tidak akan dapat mendaki untuk kepuncak yang tinggi.
Kisah kembar siam yang berjaya bergelar graduan turut menjadi inspirasi buat kita semua. Biarpun serba kekurangan, namun mampu berjaya bergelar graduan.
Bagi yang pernah mengikuti kisah kembar siam ini, iaitu Ahmad dan Muhammad yang pernah mendapat perhatian umum hingga ke peringkat dunia apabila pasangan kembar yang bercantum di bahagian dada dan punggung ini. Pasangan kembar siam ini berjaya menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002.
Pembedahan pasangan kembar siam yang ditaja sepenuhnya oleh Raja Abdullah al-Saud
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
MELANJUT PELAJARAN DI MSU
Dalam keringat dengan serba kekurangan seperti berkerusi roda dan berkaki palsu ketika di bangku sekolah, kemudian menyambung pelajaran pula di menara gading.
Adik beradik kembar ini menyambung pelajaran di Managemant and Science Univercity (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016. Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.
Namun Ahamd tidak dapat meneruskan habiskan pengajian diploma kerana berhadapan dengan masalah kesihatan. Manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.
BERGELAR GRADUAN SAINS KOMPUTER
Muhammad, akhirnya bergelar seorang siswazah dalam satu istiadat konvokesyen Management & Science University (MSU). Siapa sangka dalam serba kekuranga, hati anak muda ini bersemangat wajar hingga berjaya menggenggam segulung ijazah.
Semoga kedua-dua pasangan kembar ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat serta dapat berbakti kepada kedua ibubapa, Insyallah.