Sejak-sejak dapat ‘lampu hijau’ untuk bercuti dalam negara, apa lagi semua orang ‘gatal tangan’ pegang telefon pintar cari kawasan menarik untuk dilawati dan bercuti. Ye la, lebih kurang 3 bulan terperuk kat rumah dek PKP, jadi bila dah dapat peluang macam ni, takkan nak lepaskan. Ye dak?!
Salah satu kawasan percutian yang menjadi sebutan orang ramai semestinya Genting Highland! Di samping merasai suasana dingin semulajadi nun di atas sana, ibu ayah juga boleh cuci mata membeli belah dan berseronok bersama anak-anak di taman tema!
‘Tapi… Sekarang ni virus masih lagi berleluasa, macam mana ni?! Nanti pergi bercuti tak pasal-pasal dijangkiti pula!’
Jangan risau! InsyaAllah tak ada apa-apa selagi anda semua ikut arahan kerajaan, #kitajagakita dan menjaga SOP yang ditetapkan. Seperti mana yang dinitikberatkan oleh pihak Genting Highland untuk pengunjung yang akan bercuti di sana nanti! Nak tahu macam mana? Meh tengok garis panduan yang telah disediakan oleh pihak Genting ini!
Garis Panduan Sepanjang Berada di Genting Highland
1) Bagi mengelak dari bersentuhan dan memudahkan pengunjung, anda digalakkan untuk beli tiket secara dalam talian Mudah kan?
2) Pengunjung disarankan untuk mengimbas Kod QR dengan menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki kawasan tarikan.
Ads
3) Selain itu, pengunjung juga akan menjalani pemeriksaan suhu sebelum memasuki kawasan tarikan dan taman tema Genting. Bagi yang suhunya melebihi 37.5 darjah dan ke atas, mereka tidak akan dibenarkan masuk sebaliknya akan dibawa keruangan menunggu untuk mendapatkan bantuan rawatan. Wahh caringnya! Hehe.
4) Tak bawa hand sanitizer? Dont worry! Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan sekitar kawasan umum. Terbaiklah!
5) Jangan risau jarakan sosial ketika bermain di taman tema, pihak Genting Highland telah mengubahsuai dan meletakkan jarak tambahan antara mesin / aktiviti / tempat duduk arked. Jadi jarak 1 meter tu sentiasa dalam kawalan, ok?
6) Untuk memastikan pengunjung mematuhi penjarakan sosial, tanda diletakkan di lantai di tempat-tempat menarik dan kawasan tumpuan untuk menunjukkan di mana para tetamu harus berdiri / beratur untuk menjaga jarak yang selamat dari orang lain.
Ads
7) Dasar keselamatan dan kebersihan dipaparkan di semua pintu masuk dan dalam talian. Duta Perkhidmatan ditempatkan di kawasan strategik untuk mengurus / menasihati pengunjung, menyediakan hand sanitizer, memeriksa dan mengurus pengunjung yang tidak sihat.
8) Pekerja yang bertugas dilengkapi dengan topeng muka dan jika perlu, mereka akan sarung tangan semasa bertugas. Anda diminta memakai topeng muka ketika berada di taman tema dan kawasan tarikan. Topeng muka dan sarung tangan dijual atas permintaan.
9) Tandas akan dibersihkan mengikut jadual pembersihan yang telah ditetapkan dan dicatat. Permukaan yang terdedah dengan sentuhan tangan, penahan tunggangan dan mesin arked akan dibersihkan secara kerap. Bahagian atas kaunter di kedai runcit dibersihkan dan dibasmi kuman setiap 30 minit.
10) Untuk meminimumkan pengendalian tunai, pihak Genting juga mengutamakan pembayaran secara kad. Wang tunai hanya akan diterima di kios pembayaran kami.
Ads
11) Papan tanda dipasang di pintu masuk kedai runcit dan kios untuk mengingatkan para tetamu tentang keperluan jarak sosial. Semua kios akan menghadkan kapasiti untuk 3 orang pengunjung pada satu-satu masa.
Di samping itu, bagi memastikan percutian anda menjadi lebih selamat, buat pertama kalinya di Malaysia, First World Hotel memperkenalkan Digital Key sebagai salah satu langkah terbaik menggantikan kad kunci.
Dengan hanya memuat naik aplikasi Resorts World Genting, anda bukan hanya mampu booking tiket bilik, malah selesai sahaja urusan booking, anda hanya menggunakan apps tersebut untuk membuka kunci bilik anda. Mudah kan?
Penempahan Bilik
Buka aplikasi Resorts World Genting. Pilih tempahan anda di telefon anda.
Daftar masuk dan pilih bilik anda. Isi maklumat anda untuk mengesahkan.
Aktifkan Kekunci Digital anda. Kunjungi kaunter penerimaan tetamu hotel untuk menerima pengaktifan kod QR anda.
Buka kunci pintu anda. Hidupkan Bluetooth anda dan ketuk Kekunci Digital untuk memasuki bilik anda.
Semakan Keluar
Buka aplikasi Resorts World Genting. Pilih penginapan anda sekarang untuk butang “Checkout”.
Sahkan daftar keluar. Kunci Digital anda akan dinyahaktifkan secara automatik.
So tunggu apa lagi, jom bercuti di Genting Highland!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramadan tahun ini pastinya cukup berbeza buat pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu. Buat pertama kalinya, dia bakal menyambut bulan mulia ini tanpa isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin di sisi.
Berkongsi momen kenangan setiap kali ramadan, Shuib berkata, dia dan arwah suka pergi ke bazar bersama-sama untuk pilih dan membeli kuih-muih, termasuk mencari makanan kegemarannya iaitu pajeri nanas.
“Ini kali pertama Ramadan tanpa dia (Sarah). Sedih, gementar pun ya. Fikirkan perasaan anak-anak termasuk diri sendiri juga.”
“Kami suka pergi bazar Ramadan sama-sama. Pilih kuih, cari pajeri nanas. Dan kalau nak cakap apa yang tak boleh lupa ketika Ramadan, saya memang akan minta Sarah masakkan pajeri nanas.
“Dia pun tahu saya memang suka pajeri nanas. Jadi, dia memang takkan tak buat dan dia mesti buat (masakkan). Itu yang dirindui, pajeri nanas Sarah.
“Selain itu, ada lagi satu masakan kegemaran Sarah iaitu dia suka masak kerutup ayam atau kerutup daging. Ya Allah, sedapnya,” katanya.
Berbicara juga mengenai keperibadian arwah isterinya, Shuib berkata, aktiviti Sarah ketika Ramadan, dia kerja macam biasa dan di sebelah petang pasti akan banyak masa di rumah untuk masak dan menyiapkan juadah berbuka mereka sekeluarga.
“Jadi, Ramadan kali ini tak ada persiapan dan saya lebih kepada perancangan untuk bersahur serta berbuka dekat mana, dengan siapa. Sambutan pun biasa-biasa saja.
“Tak adalah ‘heavy’ sebab memikirkan hari pertama puasa ini sahur macam mana, berbuka macam mana, anak-anak punya perasaan termasuk ‘daddy’ dia punya perasaan juga,” katanya lagi.
Apa pun, Shuib berkata insya-Allah, bulan puasa ini adalah ruang terbaik untuk dia sekeluarga berbuat amal jariah, sedekah dan beribadat.
“Insya-Allah, harap tahun ini boleh menjalani puasa dengan baik dan dapat perbanyakkan lagi amal ibadat. Dapat buat banyak sedekah khususnya untuk Siti Sarah,” katanya.
Shuib bernikah dengan Allahyarham Siti Sarah pada 26 Februari 2011. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7 dan Ayash Affan.
Abby Abadi baru-baru ini berkongsi perkembangan terbaru mengenai anaknya, Muhammad Danial Firman yang masih menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya, Abby memaklumkan Danial masih bernafas menggunakan bantuan mesin.
Tambah Abby lagi, walaupun berat anak kesayangannya itu sudah bertambah namun terdapat beberapa perkara yang membimbangkan.
Abby juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan Danial. Muhammad Danial Firman Faizal . Tepat 12 tengah malam (28November2019) dah 63hari usia Baby D kita. Syukur Alhamdullillah . Terima Kasih ALLAH . Maaf sebab tak kerap sangat update pasal Baby Danial ni.. takut tersalah info huhu . Malam ni ada sedikit yg Sy buleh kongsikan tentang Baby D. Ada berita gembira & ada berita sayu . Yg gembiranya ialah beratnya dah 1kg
. Dan yg sayunya Baby D masih bergantung pada bantuan mesin utk bernafas. 83% Sy lama tak tengok yg tu.. sbb sibuk nak tahu pasal berat badan dgn susu yg diperlukan je. Suami @jaiezzany yg perasan peratusan tu tadi . Banyak lagi isu lain yg memilukan sebenarnya… cuma.. Sy berserah segalanya kepada ALLAH SWT yg Maha Berkuasa atas segala. Sudah pasti DIA Maha Tahu apa yg terbaik utk hambaNYA . Mohon DOA berterusan ye Sahabat disini utk Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami. Doakan Baby D terus kuat dan bertahan hingga berada dalam pelukan Mama Abahnya… Amin,” tulisnya.
Keluarga yang bahagia adalah penentu membentuk rumahtangga yang harmonis. Namun jika tekanan yang dihadapi di tempat kerja, hubungan suami isteri, mertua, rakan-rakan dan juga anak-anak.
Ditambah pula, dengan sikap yang suka memendam rasa dan tidak berkongsi masalah dengan orang lain atau suami. Akibatnya, apabila tekanan makin menebal dalam diri, ia akan menggangu perjalanan hidup anda sekali gus gagal membentuk keluarga yang penyanyang, sekali gus wujud jurang antara hubungan anak, suami, mertua dan orang sekeliling.
Justeru, setiap apa masalah ada cara solusinya. Anda harus tahu cara untuk mengawal stress ini. Perkongsian Dr Rozanizam Zakaria daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini boleh dijadikan panduan. Moga kita muhasabah diri!
Stress biasanya berkait dengan ‘problem’. Settle problem, settlelah stress? betul ke? Kalau tak settle-settle juga? Kalau settle stress juga? kalau tak tahu nak settle?
Ada dua jenis problems yang biasa dihadapi oleh manusia.
Actual problem – memang masalah yang nyata – perhubungan, kewangan, kerjaya dan sebagainya.
Eventual problem – problem tak wujud lagi, tapi kita create dalam minda. Biasanya sebab karektor kita yang mudah risau. Istilah psikologinya “what-if-iyng style”.
Kita jadi risau sebab “kalau tak siap macam mana?..””kalau dia reject macam mana?..””kalau mati macam mana?..””kalau stress juga lepas baca ni macam mana?…”
Actual problem – kena settle dengan “Problem solving” – breakdown problem, cari penyelesaian, sediakan back-up plan, timbang pros dan cons, ambil tindakan… Tak dapat settle sendiri, dapatkan bantuan orang terdekat, kalau tak juga, kena dapatkan bantuan profesional.
Tapi eventual problem TAK AKAN selesai dengan problem solving. Sebabnya problem tak wujud lagi. Macam mana nak problem-solve!
Eventual problem kena selesai dengan ajar diri untuk terima uncertainties dalam hidup. Kena belajar usaha dan tawakal. kena belajar tidak semua perkara dalam hidup perlu dianalisa. Kena belajar “acknowledge” kerisauan itu ada tetapi jangan biarkan kerisauan itu mengatur kehidupan. Kena belajar “let go” your worries.
“…Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
Rujukan: Sahih Muslim, hadith no 2664
Jadi bila stress dengan problem, stop sebentar dan fikirkan. Is this an actual problem or eventual problem?
Kredit: Dr Rozanizam Zakaria – Dr Nizam’s TIPS
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.