Setiap kali menjelang peperiksaan, pasti anak-anak takut atau gementar kan. Begitu juga dengan ibu bapa yang resah gelisah, bimbang sama ada anak boleh menjawab dengan baik atau tidak. Sebenarnya, duduk sahaja tanpa berbuat sesuatu adalah langkah yang tidak bijak.
Apa mak ayah boleh buat ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan, atau berada di dalam dewan peperiksaan? Ini yang diajarkan oleh Ustaz Don Daniyal.
Berpuasa Sunat
Antara doa yang paling mustajab dan dimakbulkan oleh Allah ialah doa mak ayah. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi tibanya hari anak menduduki peperiksaan, mak ayah berpuasalah sambil doakan anak-anak agar dapat jawab semua soalan. Doa sentiasa!
Solat Taubat dan Hajat
Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang. Seminggu sebelum periksa lagi mak ayah dah boleh mula lakukan. Jika boleh ajarlah anak sekali turut serta.
Ads
Baca Quran
Ketika anak berada di dewan peperiksaan, pagi itu mak ayah bacalah Quran sepanjang masa dan niatkan pahala bacaan kepada anak yang sedang menjawab soalan. Mohon dia sentiasa terang hati dan tenang ketika menjawab. Berdoalah mohon pada Allah agar anak dapat menjawab dengan lancar.
Lakukan Solat Dhuha
Mak ayah juga boleh lakukan solat dhuha sambil berdoa sentiasa untuk anak yang bergelut menjawab soalan. Kalau bekerja pun, mak ayah boleh ambil masa sekejap dan lakukanlah di pejabat. Doakan untuk kejayaan anak-anak.
Ads
Bersedekah
Bersedekah mampu meluaskan rezeki. Begitu juga dengan rezeki anak-anak pagi itu, ketika menjawab soalan. Bersedekah ke masjid atau pada sesiapa sahaja dan niatkan pahala buat anak kita. Insyaallah Allah bukakan rezeki anak kita untuk mudah menjawab ketika itu. Insyaallah!
Berterusan Zikir dan Doa
Tak kira di mana pun mak dan ayah berada waktu itu, sentiasalah berzikir di mulut dan tidak putus-putus doa pada anak-anak yang menjawab soalan. Walaupun ketika bekerja atau menungguh anak di luar sekolah, teruskan berzikir sebanyak-banyaknya. Mak ayah boleh membaca Al Fatihah 7 kali, Selawat Nabi 7 kali, Subhanaallah 44 kali, alhamdulillah 44 kali, Allahuakhbar 44 kali, Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali dan teruskan disambung dengan doa untuk anak.
Ads
Hantar Gelombang Positif
Sentiasa membayangkan muka anak dan sentiasa berfikir positif dan yakin anak kita dapat menjawab dengan lancar dan tenang. Kuatkan hati dan sentiasa positif. Insyaallah anak kita juga positif dan mampu menjawab dengan baik.
Tawakal Pada Allah
Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk menghadapi peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakal dan menyerahkan segalanya kepada Allah, kerana Dialah yang maha mengetahui. Apa yang penting kita telah pun berusaha dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya. Selebihnya biar Allah yang menentukannya.
Teruslah melakukan kesemua perkara di atas dan teruslah memberi kata-kata semangat dan positif buat anak kita. Insyallah semuanya dipermudahkan Allah SWT.Yakin dan percayalah bahawa Allah ada untuk membantu kita dan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kejayaan penyanyi muda berbakat besar, Haqiem Rusli merangkul anugerah Artis Paling Popular mrnerudi Anugerah Bintang Popular ABPPBH 2020 diperkatakan sehingga kini.
Penyanyi, komposer dan penulis lirik berusia 22 tahun yang juga artis naungan FMC Music nyata mrmng pilihan yang tepat. Rata-rata bersetuju ditambah dengan bakat yang ada pada anak muda ini.
Pada acara sama pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli ini juga unggul dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia yang menyaksikan penyanyi itu memecah dominasi Khai Bahar yang tiga tahun berturut-turut memegang takhta itu.
Haqiem turut menang dalam kategori Lagu Paling Boom Popular dengan single Lembah Kesepian bagi edisi kali ini. Tahun lalu pada ABPBH 32, Haqiem turut memenangi kategori sama melalui lagu Selamat Tinggal Sayang.
“Ini kejayaan hasil sokongan jitu peminat serta kelab peminat saya Qiemilio. Saya takkan kecapi semua ini tanpa mereka.
“Insya- Allah saya akan buat sesi Instagram Live untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tak jemu menyokong.
“Dengan situasi sekarang nak buat majlis beramah mesra dalam kumpulan ramai agak sukar kerana pandemik COVID-19,” katanya
Kejayaan penyanyi lagu Adlina Marie itu dalam kategori utama berkenaan dilihat mengenepikan ramalan artis lain seperti Elly Mazlein, Siti Nordiana, Khai Bahar, Ben Amir dan ramai lagi.
“Saya tak pernah menjangkakan kemenangan ini. Insya-Allah, saya akan menggunakan anugerah dengan sebaik-baiknya. Jujurnya, ia sangat besar bagi saya.
“Anugerah ini tak pernah saya jangka, saya tak tahu nak cakap. Namun saya sangat gembira dengan anugerah ini.
Rata-rata bersetuju Haqiem layak meraih anugerah itu berkat daripada rezeki yang sering dikongsi bersama ibunya. Bersama orang tuanya terdahulu, penyanyi tersebut baru sahaja menghadiahkan si ibu dengan sebuah kereta baru hasil titik peluhnya berkarya.
“Dalam apa saja saya lakukan, keluarga keutamaan. Ibu juga yang selalu menjadi ratu hati saya.
“Selagi nyawa ini bernafas, saya akan cuba membahagiakan dan menggembirakannya,” katanya yang baru baru ini menghadiahkan Kereta idaman untuk ibu tersayang.Menurut Haqiem, sebagai anak dia berusaha menggembirakan ibu tersayang, apatah lagi kereta itu adalah kenderaan idaman yang sudah disuarakan ibunya agak lama untuk dimiliki.
Baru-baru ini, Haqiem berkongsi di Twitter, dia membeli kereta mewah jenis Mercedes-Benz GLC 200 yang dianggar bernilai RM290,000 sebagai ‘reward’ untuk dirinya sendiri.
Ujarnya itu adalah kereta idaman dan berbaloi dimiliki selepas bekerja keras selama ini membina kerjaya seni.
“Alhamdulillah, atas rezeki Allah SWT. Saya ada banyak juga buat ‘survey’ termasuk kereta BMW dan Range Rover, tapi ini menjadi pilihan. Ayah pun suka,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang isteri bernama Atie ini jika dilihat dari luaran tiada siapa menyangka dirinya sedang bertarung melawan penyakit kanser. Begitu tabah dan cekalnya dia menjalani setiap ujian yang mendatang.
Walau diuji sebegitu, namun hatinya tidak pernah lekang mengucapkan syukur pada Ilahi. “Syukurlah Atie hanya perlu amalkan pil hormon ni selepas habis melalui kimoterapi and radioterapi. Berbanding orang lain, ada yang kena buat Herceptin, ambil Zometa dsbnya. Syukur…Syukur, nikmat mana lagi kita nak nafikan.”
Semangat dan aura postif yang ada di dalam dirinya, wajar dijadikan inspirasi buat wanita lain untuk bangkit andai senasib dengannya.
Ayuh kita ikuti perkongsian daripadanya.
Okey Atie story ye. Just to share experience masa Kimoterapi dijalankan. Lain orang, lain yang dia dapat kan. Ni pengalaman Atie untuk kimoterapi yang Atie lalui.
Semalam lepas nurse drip air, dlm 30 min lepas tu nurse masukkan ubat alergik sebab Atie ada dapat rashes sikit masa Kimo Cycle 4 Ubat Taxo. Tapi lepas cucuk 2 injection naik gelembung pada kulit Atie menunjukkan something wrong pada salur darah jarum yang ada. So nurse decide tukar jarum sbb ubat kimo tak cair sangat kan. Risau lg worst.
Tapi percubaan nak dapatkan salur darah yang sesuai agak susah memandangkan urat banyak dah keras, sempit and pendek. 4X cubaan masuk jarum sampai ada yang bengkak teruk. Akhirnya last choice kena guna kat bhg pelipat lengan juga. Harapnya Kimo Cycle 6 nanti tak terjadi lagi dan urat Atie boleh bekerjasama dengan baik.
Then drip air dalam 30 min lagi barulah drip masuk ubat kimo Taxotere 2 Tablet. Ini dos dah dikurangkan memandangkan badan Atie sangat low produce darah putih. Tak sampai 10 min drip ubat kimo, apa yang terjadi masa kimo cycle 4 terjadi lagi. Atie sesak nafas dan perut terasa panas. Kali ni memang dah standby button alarm kat tepi katil so terus tekan je and nurse meluru datang. Stopkan drip and check BP. Doktor datang checkkan kondisi badan Atie. Gas oksigen diberikan untuk menstabilkan kembali pernafasan Atie. Ini hanya reaction ubat pada badan.
Actually ianya tak membahayakan sangat. Sebab pengalaman Cycle 4 Atie memandai kontrol sendiri je sebab time tu 1st time experience jadi perkara tu and Atie panik. Memandangkan nurse pn busy uruskan patient lain untuk masukkan ubat kimo, jadi Atie cuba duduk je and rakan bed sebelah kebetulan tanya soalan pada Atie. So Atie jwb je dalam keadaan macam xada apa2. Then automatically Atie ok lps tu.
Tapi kali ni dah dapat pesanan nurse lepas diorg tahu apa terjadi ms cycle 4. So atie follow procedure.
So Atie kena drip 1 hrs lagi air, masukkan lg 300mg ubat alergik then drip ubat kimo secara perlahan ambil masa 3 jam berbanding 2 jam normal procedure.
Suami Peneman Setia
Husband belikan lunch, Atie mkn. Tgk telemovie kat TV. Siap habiskan tonton Ysabel dulu. Then baru Atie tidur jam 1600-1730. (Tak sedar dah ubat kimo habis, nurse dah drip air balik, nurse tak sampai hati nak kejut utk check BP). Husband temankan kat hujung kaki dengan setianya tanpa tidur apa semua. I love you abang. Peneman setiaku ingat akhir hayat, doakan ye. Aamin.
Balik kimo Atie sihat je. Tak ada alami apa-apa kesan lain lagi. Semalam pun ada kawan datang htrkan hadiah badal haji yang Atie buat utk arwah Ma. Layan je wife & anak-anaknya berbual. Kebetulan ayah ada, panjang pula ceritanya tentang Makkah and Madinah ni kan. Orang lama banyak pengetahuannya. Alhamdulillah. Tumpang dengar, terus tahu. Selera makan masih Ok. Cuma mengah tu adalah. Kena banyak2 rehatkan diri.
Pesanan Atie : Jangan takut Kimoterapi. Just laluinya dengan tenang. Doktor lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Just let doktor know what happen to us within the process and side effect yang kita alami. Doktor know what to do and apa action need to be taken.
Satu lagi cerita Atie nak share. Semalam ada makcik Bed sebelah. Umurnya dah 60 lebih. Dia tahu dia ada kanser since last 8 years ago. Masa tu baru Stage 1. Makcik just buat rawatan alternatif. Yes, Makcik mampu bertahan. But at last badannya mula sakit, payudara mula berubah bentuk, kanser dah merebak ke tulang, paru2 dsbnya. Skrg stage 4. Jalani kimo macam Atie. Kata makcik lepas Kimo, badannya dah kurang sakit. Alhamdulillah.
Usaha, Tawakal & Doa
So yang diluar sana, kalau dah CONFIRM CANCER, jangan lengahkan perubatan hospital ye. Ke hospitallah kita dengan ikhlasnya. Baru kita boleh baik tau. Alternatif tu boleh, tapi pilihan ke 2. Atie sendiri Arwah Ma memang ada kanser. Dulu Arwah Ma pn ke hospital tapi dalam masa yang sama kami buat alternatif juga. Jadi kacau bilau dan nak fokus mana satu pun dah tak tahu. Cuma apa yang Atie boleh simpulkan kanser arwah Ma terlalu aktif untuk dilawan pada tika itu. Asbab je kematian arwah Ma disebabkan kanser. Ye kanser, kanser yang sebabkan semua fungsi badan gagal. Jadi meninggal disebabkan sistem badan tak berinteraksi lagi. Arwah Ma kanser pangkal rahim, merebak ke usus kecil dan last sekali merebak ke tulang belakang.
Kanser akan menemui kegagalan dan tak kurang kejayaan. Apa yang kita boleh lakukan adalah berusaha. Usaha, Tawakal dan Doa. Melawan penyakit juga adalah satu jihad. Jadi kenapa kita perlu bersedih. Lalui hidup kita dengan cekal & tabah walau apapun dugaan & cubaan yang mendatang dan pastikan kita lebih dekat dengan ALLAH, bukan semakin menjauhiNya. Dugaan yang ALLAH beri maknanya Dia sayang pada kita. Terlalu sayang pada kita sehingga Dia nak kita mengingatiNya selalu. Betapa kita Patut Bahagia kan
Ini perkongsian daripada Atie pada tahun lalu di akaun fb miliknya dan Alhamdulillah hari ini bila dihubungi ini responnya, “Alhamdulillah Atie skrg menjalani hidup seperti biasa. Masih bekerja dan aktif menjalankan jualan online pelbagai produk. Ujian mamogram ada buat selepas setahun detect kanser, and ulangan 6 bulan utk kepastian result tersebut. Alhamdulillah. Setakat ni x ada apa-apa yang merisaukan. Skrg doktor bekalkan tamoxifen iaitu ubat hormon bagi membantu mengurangkan simptom kanser berulang.”
Selian itu untuk jaga kesihatan, Atie kena banyak makan sayur and buah.
Atie kurangkan makan ayam dan fast food shj. Pastu Atie ada ambil Vit Tri.e, Vitamin C and Minyak Ikan. Juga ada amalkan Olive Oil sekali sekala. Bab bersenam tu Atie belum buat. Sepatutnya kena buat” – Atie Nesh
Ini pula perkongsian di fbnya baru-baru ini.
Dah setahun amalkan rupanya. Rutin pengambilan pun setiap appointment dengan onkologi dapat/beli 2 kotak. Sekotak lagi balance IKN suruh dtg ambil after 2 months. So selalu ambil kat Hospital Shah Alam je. Time kerja pun boleh lari kejap gi ambil ubat. 5 tahun kena amalkan and Atie tak boleh preggy bila amalkan Tamoxifen. Kalau termengandung, ubat ni memang kena stop terus sampailah bersalin. 5 tahun di dalam pengawasan doktor . Pray that they will do the best for me.
Masa awal-awal ambil tamoxifen ni, kesan hot flush tu hanya tuhan je tahu. Tidur mesti dalam air-cond . Sakit lutut sebelah kiri memang sampai banyak bulan. Kalau siapa perasan, Atie sekarang memang pakai sport shoe. Bukan nak bergaya, tetapi tu je cara Atie jaga lutut and kaki Atie. Alhamdulillah, sekarang semua tu dah hilang. Makan tamoxifen dah macam makan vitamin. Dah tak rasa apa-apa kesan pun. Melainkan ianya bekerja kat dalam “fight for me “.
Syukurlah Atie hanya perlu amalkan pil hormon ni selepas habis melalui kimoterapi and radioterapi. Berbanding orang lain, ada yang kena buat Herceptin, ambil Zometa dsbnya. Syukur…Syukur, nikmat mana lagi kita nak nafikan.
Andaikata kita rasa dugaan kita ni berat, pandang ke hadapan. Pasti kita nampak bahu org lain lg rebeh dengan dugaan yang lebih berat. Ada yang diduga dengan sakit2 biasa…tetapi kerap. Ada yang diduga dengan sakit berat…tetapi sekejap. Ada yang juga sihat walafiat tetapi diduga dengan kesusahan yang lain. Itu semua berlaku kerana ALLAH Nak. Jadi senyumlah. Sebab kita sedang melakukan semuanya ini hanya kerana ALLAH.
SENYUMLAH DAN TERUS TERSENYUM. PASTI KITA AKAN TENANG DENGAN SETIAP DUGAAN DAN CABARAN DALAM HIDUP KITA DI DUNIA INI.
Walaupun kini sudah tidak dipamerkan seperti sebelumnya tentang catatan jumlah kes COVID-19, namun orang ramai jangan sampai alpa kerana virus tersebut masih ada di sekeliling kita. Bukan sahaja jumlah kes, malah jumlah kematian juga masih lagi direkodkan sehingga kini.
Kelmarin, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah disahkan positif COVID-19 buat kali kedua. Berita ini dimaklumkan sendiri olehnya melalui sebuah perkongsian di laman Instagram sendiri yang tampil memohon maaf terhadap semua pihak yang telah bertemu dengannya sejak beberapa hari yang lalu.
” You semua jangan marah I. I sakan berjalan sana sini. Show, konsert anak. I tak nak salam u nak. I tak nak gambar u nak sebab i batuk manja. Okay minta maaf siapa yang jumpa kita. Kita memperoleh kekalahan yang ke 2. Ni nak masuk dekat sejahtera ke? I need to get well the day after tomorrow, got work.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian berbentuk video tersebut memaparkan Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera Ijoy sedang memakan burger.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.