Pernah tak kalau anda salah cakap depan kanak-kanak contohnya terkeluar bahasa kesat, kena ‘cover’ balik? Semata-mata tak nak ayat yang keluar dari mulut kita tadi tu ditiru oleh mereka.

Bayangkan lah, itu baru perkataan tau, belum lagi habit kita yang lain tanpa sedar kita rupanya anak-anak ni menilai apa yang kita buat selama ini dan apabila dah terbiasa, mereka juga akan meniru apa yang kita lakukan.

Untuk elak berlakunya perkara sedemikian, Parenting Coach, Mohd Fhais Salim berkongsi antara adab kita yang anak akan cepat tiru. Harap selepas ini ibu ayah dah tak terlepas habit ini depan anak-anak ye!

15 adab kita yang anak akan cepat tiru

1 – Panggil orang

    • Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2 – Bercakap

    • Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3 – Mengarah

    • Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4 – Sebut tolong

    • Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5 – Ketika makan

    • Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6 – Marah orang

    • Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

Bukan Salah Anak Jika Tak Beradab, Ibu Bapa Cermin Diri Dulu Mungkin Mereka Tiru Perangai Kita

7 – Hormat orang tua

    • Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8 – Sabar

    • Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9 – Mulut laser

    • Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10 – Senyum

    • Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11 – Ucap terima kasih

    • Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12 – Meminta maaf

    • Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13 – Mendengar

    • Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14 – Toleh

    • Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15 – Mengamuk

    • Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Bukan Salah Anak Jika Tak Beradab, Ibu Bapa Cermin Diri Dulu Mungkin Mereka Tiru Perangai Kita

Bukan salah anak jika dia tak beradab.

Nak mudah tengok cara kita marah anak. Sampai satu masa pasti anak akan guna cara yang sama untuk marah adik atau kawan dia. Seram kalau nampak cara dia marah😬

Wallahu A’lam,

Sumber : Mohd Fhais Salim

Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Bukan Salah Anak Jika Tak Beradab, Ibu Bapa Cermin Diri Dulu Mungkin Mereka Tiru Perangai Kita

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI