Walaupun pernah melalui fasa sebagai seorang ayah sebelum ini, namun penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah, 60, akui gementar menanti kelahiran anak perempuannya.
Menurut Datuk Jamal lagi, dia tidak akan menemani isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, di bersalin kerana takut dengan proses yang bakal dilalui.
“Alhamdulillah, kandungan dah masuk lapan bulan setengah dan isteri berada dalam keadaan sihat. Cuma saya berasa agak gementar nak melalui kembali proses ini.
“Tengok dia berjalan pun kita dah terfikir macam mana sengsara dia nak menghadapi semua ini. Jadi saya dan beritahu isteri dan minta maaf awal-awal.
“Saya kata saya minta maaf kerana tidak dapat menemani dalam bilik bersalin kerana saya takut. Anak-anak saya sebelum ini pun sama juga, saya tidak masuk bilik bersalin.
Ads
“Bukan takut darah cuma saya tak boleh bayangkan macam mana perut yang besar itu nak keluarkan anak,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai isterinya, Jamal memberitahu Zai Izzati tidak mengidam makanan yang pelik-pelik.
Ads
“Isteri saya tidak mengidam tetapi saya pula yang alami alahan. Saya mengidam lemang dan rendang sepanjang tempoh dia kehamilan dia.
“Nasib baik lemang dan rendang itu makanan yang senang nak dapat, tidak kiralah siang atau malam,” katanya ketawa.
Terdahulu, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.
Jamal sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan perceraian.
Hasil perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 12.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak Mua Bellaz cedera, penutup ‘flush toilet’ jatuh tertimpa kaki. Selebriti media sosial dan usahawan kosmetik, Muabellaz, berkongsi detik cemas apabila anaknya, Eica, mengalami kecederaan selepas ditimpa penutup flush toilet yang berat.
Menerusi hantaran di Instagram, Muabellaz menjelaskan kejadian berlaku sejurus selepas beliau menamatkan siaran langsung (live). Bunyi dentuman kuat dari tandas mengejutkan mereka sebelum mendapati penutup flush toilet terjatuh dan menghempap kaki Eica.
“Benda nak jadi sat ja hampaa… doakan kakak Eica cepat sembuh. Elok-elok lepas habis live, terdengar bunyi kuat dalam toilet. Rupa-rupanya tudung flush toilet jenis berat tu tertimpa kaki dia. Allah, anak uii… doakan Eica cepat sembuh,” tulisnya.
Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan mendapati tulang kaki anaknya patah di bahagian jari kaki nombor lima.
“Kaki dia anak no. 5 patah… weh scan. Semoga cepat sembuh. Doktor kata nasib tak ada luka dan tidak besar, kalau tidak kena operate,” tambahnya.
Dalam gambar yang dimuat naik, Eica kelihatan duduk di kerusi roda sambil ditemani ahli keluarga. Kejadian itu turut mengundang simpati dan doa daripada para pengikutnya di media sosial yang mendoakan agar Eica segera pulih dan tidak mengalami komplikasi lanjut.
Umum mengetahui bahawa balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali telah menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya,Ali Puteh.
Sejurus itu, Hidayah menunaikan hajat membeli buah di untuk sedekah kepada surau atas kemenangannya kes itu.
Riak wajah yang tenang, dalam video berkenaan mengucapkan dia meluahkan rasa terima kasih yang mendoakan diri dan anaknya.
“Terima kasih mendoakan saya dan Hamzah. Hari ini ke kedai buah. Nak beli buah dan sedekah untuk orang masjid. Alhamdulillah. Lepas hajat.”
Pada masa yang sama turut menulis kapsyen ringkas dengan mengucapkan rasa syukur .
“Alhamdulliah terima kasih Ya Allah terima kasih semua yg mendoakan #alhamdulillah #menangkesmahkamah #allahbersamaku #lovemyfamily #al_fatihahsuamiku
Dalam pada itu, meninjua di ruangan komen mendapati warganet mengucapkan tahniah atas kemenangannya itu. Serta mendoakan ibu tunggal ini dan anaknya tabah meneruskan cabaran hidup.
Kontroversi membabitkan rumah tangga selebriti yang bergolak apabila dikatakan berlaku curang. Pelbagai pihak memberi reaksi berkenaan isu tersebut.
Tidak ketinggalan Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin, situasi tersebut bukan sahaja mengundang masalah dalam perhubungan suami isteri, bahkan ia mendatangkan kesan negatif kepada proses tumbesaran anak-anak.
Topik : Lelaki Curang? Salah Kami Ke?
Baru-baru ni panas isu seorang ex penyampai radio bukan host Tanya Doktor ye, curang dengan isterinya. Sy tahu ramai yg berang, sy baca pun sy berang. Bukan apa, kesian anaknya nanti bila tahu perangai sebenar bapaknya suatu hari nanti. Tapi sabar, kita fikir rasional sejenak mesti ada sebab seseorang tu curang dak? Ke korang rasa lelaki memang miang, gatal telur sokmo nak kacau perempuan lain?
Pun begitu, menurut pengacara rancangan Tanya Doktor ini, bukan semua lelaki bersikap sedemikian,. Justeru masyarakat tidak boleh menunding jari kepada semua lelaki.
Bagi sy semua yg berlaku pasti ada sebab, kiranya kenapa lelaki curang pun ada sebab. Contohnya isterinya bebel melampau ke, isterinya tak memuaskan kehendaknya ke, isterinya tak up to par dengan apa yg dia mahu ke. TAPI semua ni boleh bawak bincang wahai suami oiii. Ada apa tak puas hati, SIT DOWN & COMMUNICATE bukan berzina dengan perempuan lain. Macam sy, tak puas hati bini bebel banyak sy bitau dia “u bebel kencang ngat” & dia luahkan balik saying “u suka tanya benda sama banyak kali”.
Dalam masa yang sama, Dr Say turut menyarankan kepada pasangan suami isteri suapaya berkomunikasi bila mana mempunyai masalaha. Menurutnya komunikasi merupakan satu kunci utama bagi setiap masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri, termasuk kecurangan.
From the communication kami improve kekurangan kami & somehow it brings us closer together. Sy bukan nak bongkak mane tau if something happens to my relationship someday tapi sy kongsi apa yg berkesan. Sebab kadar perceraian amat membimbangkan. Sy tak against poligami walaupun sy tak berapa gemar tapi sy TOTALLY AGAINST CURANG. Kalau takde perasaan sangat kat isteri tu grow some balls & ceraikan dia daripada berkongsi bebola.
Jelas Dr Say lagi, dia juga pernah ditanya persolan sama ada isterinya pernah rasa tergugat atau risau memandangkan suaminya dikenali ramai.
Tak sangka masih ada yg tanya bini sy soalan ni walaupun kami buat video dah menjawab soalan ni. Lepas tu bila bini sy jawab yg dia tak risau, yg dia dah biasa, somehow yg bertanya tu macam tak puas hati, seakan2 bukan jawapan yg ingin didengarinya. Mungkin dia ingin mendengar jawapan sensasi seperti “sy masih risau hingga ke harini, sy akan check whatsapp dr say senyap2 & sy akan monitor dia bercakap dengan siapa”.
Sebab rata2 lihat dalam industri lakonan & pengiklanan ni, ramai wanita2 yg cantik jadi tidakkah isteri sy rasa tergugat atau risau sekiranya sy teringin kepada wanita2 tersebut? Okay meh sy nak jawab dari point of view sy. Tak dinafikan dalam industri lakonan & pengiklanan ni memang ramai gila wanita cantik tapi sy tanya balik, APA BINI SAYA TAK CANTIK KA? Cantik gila dah kot.
Dan kalau nak ikutkan setakat wanita cantik, ade beribu kat luar sana tapi wanita cantik yg berpendidikan, wanita cantik yg menjaga kesihatan (siap lift weights), wanita cantik yg banyak kesamaan & senang kata PERFECT PACKAGE so far bagi sy, HANYA ISTERI SAYA. Zaman sy nak fooling around, berfoya2, fenfeeling hot ni dah berakhir peeps. Banyak lagi benda lain nak buat in life daripada main perempuan. Cherish your woman & your life will be cherished.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.