Tular minggu lalu seorang staf mengusik bosnya yang membawa bekal dari isteri ketika makan tengahari di sebuah restoran. Tatkala orang lain enak menjamah makanan di kedai tersebut, dia tenang menjamu selera bekal yang disediakan oleh suri hatinya.

Jika dilihat di dalam video berkenan, sempat mereka mengusik tentang bekas makanan yang dibawa lelaki itu yang diisikan dalam bekas aiskrim. Tidak kurang itu, orang ramai ada yang menganggap isterinya bekalkan makanan di dalam bekas tersebut khuatiri si suami terlupa membawa pulang bekas berkenaan.

@bosshukexSedihkan saya kena buli …hahah♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe

Tetapi semua tanggapan orang ramai itu salah! Tampil bercerita, isterinya iaitu Puan Norashikin Nordin sempat  memberitahu kisah di sebalik penggunaan bekas aiskrim tempoh hari.

IKLAN

Tidak mengambil hati dengan gurauan rakan sekerja suaminya yang viral itu, dia menjelaskan memang rutin biasanya akan menyediakan bekal pada setiap hari. Namun pada hari tersebut, anak mereka kebetulan menggunakan bekas makanan si ayah. Ini membuatkan si ibu gunakan sahaja bekas aiskrim yang banyak disimpan di rumah.

@ekynn5050 Replying to @karamsing_ bekas tupperware jangan lupa bawak balik ye bang. Hehe.. #fyp #fypシ゚viral #masukberanda #dapurpink #bentoboxlunch ♬ original sound – Ikmal Alif

Meninjau di ruangan komen perkongsian isterinya itu, rata-rata orang ramai memberikan pujian terhadap kerajinannya menyediakan bekal yang sedap untuk suami setiap hari. Malah, ada juga yang tidak kisah tentang bekas yang digunakan, tetapi yang lebih bermakna apabila masakan itu disediakan dengan penuh tulus hasil air tangan sendiri.

IKLAN

Bukan Takut Tertinggal, Rupanya Ada Sebab Isteri Letak Makanan Dalam Bekas Aiskrim! Bukan Takut Tertinggal, Rupanya Ada Sebab Isteri Letak Makanan Dalam Bekas Aiskrim!

Sumber : @ekynn5050 , @ekynn5050

IKLAN

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI