Bercerita tentang pokok bunga menjalar yang kian menjadi ‘kegilaan’ ramai, ditanam di dalam pasu sekali gus menjadikan Pokok Bunga Air Mata Pengantin ini punya aura tarikannya yang tersendiri.
Selain mempunyai bunga yang cantik sebagai penyeri, bunga ini juga menjadi kesukaan dan tarikan kelulut.
Berkongsi cara dan teknik penanan di dalam pasu untuk pokok bunga menjalar, Izham Alias berkongsi infonya.
Siap projek pasu untuk pokok bunga air mata pengantin.
Ads
Saya pasang jaring petak agar pokok boleh memanjat naik. Almaklum pagar dah penuh.
Saya beli dari kedai hardware.
Ads
Ada nampak rakan dari seberang kongsi, Tuan Zulhadi Lubis. Terus dapat idea ini.
Moga nanti dapatlah tarik kelulut banyak di belakang rumah ini.
Ads
Oh ya, elok untuk pasu berat. Saya dapati kalau pasu plastik ni, nanti apabila pokok dah banyak menjalar, ada potensi nak tumbang.
Usahawan dan hos terkenal, Neelofa, 33 mengakui keutamaannya kini adalah menjaga, mengurus dan membesarkan anaknya, Muhammad Bilal yang memasuki usia tiga bulan.
Selain itu,dia juga mahu fokus kepada rangkaian perniagaan yang diusahakannya.
Isteri kesayangan Muhammad Harris Mohd Ismail atau mesra disapa PU Riz ini juga tidak lagi memikirkan soal lakonan.
“Selepas berbincang dengan suami mengenai kerjaya seni, saya mungkin akan keluar dengan program bual bicara tidak lama lagi tapi masih dalam proses perbincangan. Nanti saya akan kongsikan, tak lama lagi.
Insya-Allah lepas raya akan dimaklumkan. Cuma, fokus lebih kepada perniagaan dan keutamaan kami lebih pada Bilal. Saya pun tak nak tinggalkan dia lama-lama dengan pembantu. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada lain. Kalau perniagaan pun mudah, sebab boleh buat dari rumah.
“Jarang pun pergi mesyuarat atau buat penggambaran. Sama juga macam program dalam industri pun, tak makan masa yang banyak,” ujarnya ketika ditemui Dalam satu majlis berbuka puasa bersama media bertempat di Cili Kampung Sri Hartamas.
Bakal menyambut Syawal di Kuala Lumpur, akui Neelofa semua ahli keluarga berada di sini.
“Untuk persiapan rasanya macam biasa tiada Yang beria sangat. lagipun Bilal masih Kecil. Untuk pakaian semua dah ada. Ada Yang dapat hadiah macam jubah yang boleh dipakai nanti.
” Bab pergi beraya dan orang berkunjung ke rumah, Bilal masih kecil jadi kami tetap menitikberatkan soal penjagaan kesihatan.
Ditanya sama ada membantu Neelofa menukar lampin anak, PU Riz mengakui turut membantu menguruskan anaknya itu.
“Saya pun bangun tolong tukar lampin tetapi tidaklah sebanyak maknya. Tahniah buat ibu-ibu di luar sana yang sangat tekun dan cekal dalam menjaga anak-anak.
“Tetapi sebagai ayah kita kena cuba, sesekali kena cuba. Selain itu, ada teman apabila Neelofa bangun untuk uruskan Bilal,” ujar Pu Riz lagi.
Sementara itu, Neelofa berterima kasih buat suaminya yang banyak membantu.
“Dia bangun tunggu dan turut berjaya sewaktu saya uruskan Bilal. Suami sangat supportive. Awal-awal dulu dia banyak bantu, walaupun dia tak buat sepertimana yang saya buat tetapi kehadiran dia (PU Riz) buat saya kuat. Tetapi ‘kehadirannya’ itu dalam keadaan berjaga bukan ‘tidur’,” seloroh Neelofa.
Ketika ditanya berkenaan kerjaya isterinya, PU Riz tiada masalah untuk mengizinkan dan yakin isterinya mampu membawa imej agama dengan baik.
“Alhamdulillah, kita dah diskusi benda ini (had kembali aktif) begitu detail la setiap perkara. Dengan imej agama yang dibawa, kena banyak berhati-hati.
“Dan Lofa Alhamdulillah, boleh ikut… pakaian pun, dia taat la pada perintah Allah. Jadi, kita bagi dia ruang untuk dia berkarya dalam benda-benda dia dah biasa buat. Soal lakonan, kita tak kata tak nak terbabit langsung, tapi itu bukan keutamaan.
“Sekarang lebih krpada nak fikir perniagaan, memandangkan nanti akan ada produk baru nak lancar. Macam saya pun lakonan, setakat ini perancangan tak ada lagi.
Neelofa baru melahirkan anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.
Umumnya bila seseorang diuji dengan kehilangan sesuatu yang disayangi dalam diri mereka, seakan hampir sukar untuk menghadapi semua itu dengan begitu tenang dan sabar walau hakikatnya kita sendiri tahu ujian itu juga adalah tanda rahmat Allah buat kita.
Untuk itu, dalam mendidik diri dan hati untuk menerima sebuah kehilangan, Dr Maza berkongsi doa indah untuk sama-sama kita amati dan fahaminya. Ini perkongsiannya.
KURNIA ALLAH ATAS KEHILANGAN SESUATU
Kurniaan Allah kepada seseorang itu bukan hanya dalam bentuk pemberian, tetapi mungkin juga dalam bentuk menghilangkan sesuatu. Kadang-kala kita memiliki sesuatu ataupun seseorang yang kita rasakan satu kebaikan namun Allah mengetahui ia tidak baik untuk dunia ataupun akhirat kita, lantas Allah menghilangkannya dari kita.
Kita sangka ia satu kehilangan tetapi ia sebenarnya satu kurniaan Allah kepada kita untuk menyelamatkan kita. Kehilangan harta tertentu, kawan dan kekasih bukanlah semestinya satu keburukan, bahkan satu nikmat yang akan dapat difahami apabila kita melihatnya dari jendela hikmah dan rahmat Allah.
Nabi Nuh a.s. kehilangan anak dan isterinya yang derhaka lagi memusuhi dakwahnya. Demikan Nabi Lut kehilangan isterinya yang memusuhinya. Kesemua itu kurniaan Allah buat mereka agar mereka berlepas diri dari golongan yang tidak seiras bahkan menjadi musuh kepada agenda dakwah mereka, yang memburukkan persepsi dan merosakkan sanubari.
Penyakit apabila lama ia bersarang, kita merasa biasa. Demikian juga kadang harta ataupun manusia yang boleh membawa musibah kepada dunia dan akhirat kita apabila lama kita bersama dan bergaul dengan mereka. Lalu kita mula selesa dengan keburukannya.
Kehilangan harta ataupun manusia tertentu mungkin satu kurniaan Tuhan sepertimana Tuhan menghilangkan penyakit tertentu dari kita.
Apabila kita sentiasa beristikharah, berdoa dan bermunajat kepada Allah dalam setiap urusan, maka kita tidak akan kecewa atas apa kehilangan sekalipun. Kita tahu Allah mempunyai agenda rahmatNYA untuk kita. Sebaliknya kita akan mensyukuri sesuatu kehilangan, bahkan menikmatinya dengan penuh kemanisan iman dan melihat cinta Allah seluas ufuk timur dan barat.
Apabila kita meminta dari Allah sesuatu, lalu DIA memberinya kemudian menghilangkannya, maka kita tahu itu ada hikmatNYA. Dia mungkin mahu kita pelajari sesuatu, ataupun alami sesuatu dan kemudian setelah kita mendapat iktibar maka DIA pun menentukan agenda rahmatNYA yang seterus.
Maka doa yang indah yang diajar dan disuruh oleh Al-Quran dalam Surah al-Isra ayat 80:
رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
Maksudnya: Wahai Tuhanku masukkanlah daku kepada tempat masuk yang benar (baik dan mulia) dan keluarkan daku tempat keluar yang benar (baik dan mulia) dan jadikan bagiku dari sisiMU kekuasaan (hujah) yang memenangkan.
Penderitaan rakyat Palestin akibat ditindas Zionis Israel mendapat perhatian ramai. rata-rata meluahkan rasa marah dengan tindakan Israel tersebut.
Jika baru-baru ini Khairul Aming dan MUA Bellaz tampil memberi sumbangan, kini giliran usahawan dan pelakon Ben Ali pula tampil menyumbang RM40,000 kepada tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Sumbangan tersebut dibuat bagi membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat Palestin.
Menurut Ben atau nama sebenarnya Nurali Nadzwan dalam satu perkongsian menerusi Harian metro, sumbangan itu diperoleh hasil jualan produk Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.
“Kami berkesempatan untuk turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah. Ini adalah hasil pembelian pelanggan dan juga berkat izin Allah SWT.
‘Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura. Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami.
“Dalam masa sama, isteri saya Nadiyah juga membuat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000. Dia sangat terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin di sana. Hampir setiap hari dia menangis apatah lagi melihat kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ben, dia berharap sumbangan itu dapat membantu dan meringankan beban saudara Islam di sana.
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sejak dahulu menyokong perjalanan kami. Daripada anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.
“Kami mengajak anda untuk turut serta sama membantu mengikut kemampuan masing-masing menerusi dana Absolut Grace Charity. Ini juga adalah inisiatif isteri. Diharap kita semua mendapat syafaat daripada Allah. Insya-Allah,” katanya.
Selain memberikan sumbangan kemanusiaan untuk rakyat Palestin, Ben turut berkongsi aktiviti amal dia dan isteri mulakan sejak Ramadan lalu.
“Alhamdulillah, sepanjang Ramadan lalu kami ke 15 rumah anak yatim dan orang tua selama 15 hari. Kami berikan sumbangan berupa derma dan belikan mereka kelengkapan raya. Ada juga rumah orang tua yang kami taja sepenuhnya membabitkan sewa mereka. Semua ini hasil jualan produk kami.
“Insya-Allah, tahun depan kami menyasarkan nak buat sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Doakan ia dipermudahkan Allah SWT,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.