Usahawan dan hos terkenal, Neelofa, 33 mengakui keutamaannya kini adalah menjaga, mengurus dan membesarkan anaknya, Muhammad Bilal yang memasuki usia tiga bulan.
Selain itu,dia juga mahu fokus kepada rangkaian perniagaan yang diusahakannya.
Isteri kesayangan Muhammad Harris Mohd Ismail atau mesra disapa PU Riz ini juga tidak lagi memikirkan soal lakonan.
“Selepas berbincang dengan suami mengenai kerjaya seni, saya mungkin akan keluar dengan program bual bicara tidak lama lagi tapi masih dalam proses perbincangan. Nanti saya akan kongsikan, tak lama lagi.
Insya-Allah lepas raya akan dimaklumkan. Cuma, fokus lebih kepada perniagaan dan keutamaan kami lebih pada Bilal. Saya pun tak nak tinggalkan dia lama-lama dengan pembantu. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada lain. Kalau perniagaan pun mudah, sebab boleh buat dari rumah.
“Jarang pun pergi mesyuarat atau buat penggambaran. Sama juga macam program dalam industri pun, tak makan masa yang banyak,” ujarnya ketika ditemui Dalam satu majlis berbuka puasa bersama media bertempat di Cili Kampung Sri Hartamas.
Bakal menyambut Syawal di Kuala Lumpur, akui Neelofa semua ahli keluarga berada di sini.
“Untuk persiapan rasanya macam biasa tiada Yang beria sangat. lagipun Bilal masih Kecil. Untuk pakaian semua dah ada. Ada Yang dapat hadiah macam jubah yang boleh dipakai nanti.
” Bab pergi beraya dan orang berkunjung ke rumah, Bilal masih kecil jadi kami tetap menitikberatkan soal penjagaan kesihatan.
Ads
Ditanya sama ada membantu Neelofa menukar lampin anak, PU Riz mengakui turut membantu menguruskan anaknya itu.
“Saya pun bangun tolong tukar lampin tetapi tidaklah sebanyak maknya. Tahniah buat ibu-ibu di luar sana yang sangat tekun dan cekal dalam menjaga anak-anak.
“Tetapi sebagai ayah kita kena cuba, sesekali kena cuba. Selain itu, ada teman apabila Neelofa bangun untuk uruskan Bilal,” ujar Pu Riz lagi.
Sementara itu, Neelofa berterima kasih buat suaminya yang banyak membantu.
“Dia bangun tunggu dan turut berjaya sewaktu saya uruskan Bilal. Suami sangat supportive. Awal-awal dulu dia banyak bantu, walaupun dia tak buat sepertimana yang saya buat tetapi kehadiran dia (PU Riz) buat saya kuat. Tetapi ‘kehadirannya’ itu dalam keadaan berjaga bukan ‘tidur’,” seloroh Neelofa.
Ads
Ketika ditanya berkenaan kerjaya isterinya, PU Riz tiada masalah untuk mengizinkan dan yakin isterinya mampu membawa imej agama dengan baik.
“Alhamdulillah, kita dah diskusi benda ini (had kembali aktif) begitu detail la setiap perkara. Dengan imej agama yang dibawa, kena banyak berhati-hati.
“Dan Lofa Alhamdulillah, boleh ikut… pakaian pun, dia taat la pada perintah Allah. Jadi, kita bagi dia ruang untuk dia berkarya dalam benda-benda dia dah biasa buat. Soal lakonan, kita tak kata tak nak terbabit langsung, tapi itu bukan keutamaan.
“Sekarang lebih krpada nak fikir perniagaan, memandangkan nanti akan ada produk baru nak lancar. Macam saya pun lakonan, setakat ini perancangan tak ada lagi.
Neelofa baru melahirkan anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Ads
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.
Gambar Yang Penuh Makna. Beginilah antara gambaran pertugas perubatan yang diberi tanggungjawab untuk memastikan rantaian covid-19 putus.
Semasa melakukan rawatan ke atas pesakityang dijangkiti mereka wajib memakai lengkap pakaian PPE. Pakaian bukan pakaian yang selesa dan serap peluh tetapi membuatkan pemakai akan berasa panas, berpeluh malah kadang membuatkan diri seakan lemas. Keadaan panas itu, boleh menyebabkan mereka kehausan akibat dehidrasi.
Begitulah perkongsian Dr Hana Hadzrami. Semoga para frontliners terus berjuang dan kami sentiasa mendoakan anda semua dilindingi.
Ikuti perkongsian ini.
BAGAIKAN LILIN YANG MEMBAKAR DIRI
Bila lihat gambar ni, boleh bayangkan betapa teruk kehausan mereka akibat dehidrasi.
Semua orang ingat pakai PPE ini setakat panas dan berpeluh. Tapi sebenarnya dia ada tahap juga.
Saat ia disarungkan dah rasa lemas, jadi perlu kawal pernafasan. Nafas kena perlahan dan dalam. Sebabnya gas karbon dioksida mulai berkumpul dan parasnya dalam darah mulai naik.
Tak lama kemudian dah start berpeluh dan berkuap. Lebih kuat resah, lebih teruk berpeluh. Berkuap dan lemas.
Gas oksigen semakin turun. Kerana anda nak buang karbon diosida perlu bernafas secara kerap. Tapi jangka nafas masuk semakin pendek, tak sempat oksigen masuk banyak.
Kalau pakai face shield DIY (bukan plastik anti-kabus) terus berkabus pandangan. Sudahlah nafas sesak, pandangan kabur. Jantung laju, nafas cetek.
Jadi fikiran semakin kusut. Refleks jadi lambat. Bila doktor atau misi tanya, lambat boleh nak jawab. Sudah lah pakai berlapis jadi telinga pun pekak. Suara pun tenggelam. Decision making jadi kurang tepat. Kena fikir lama dulu. Kadang-kadang kena baca nota pesakit berulang kali. Dah baca banyak kali tapi tak faham. Baru tadi baca tapi dah lupa.
Itulah efek kurang oksigen dan tinggi karbon dioksida dalam darah.
Sebanyak mana anda minum pun sebelum sarung PPE, anda takkan berasa nak buang air. Sebabnya semua dah bertukar jadi peluh.
Anda takkan menghargai kebebasan bernafas di udara bebas sampailah anda sarung PPE selama berjam-jam dan menanggalkannya.
Nikmat ringkas namun paling bererti. Bergelut antara narkosis dan hipoksis.
BEKALAN PPE MENCUKUPI
Manakala diposting lain pula beliau juga menzahirkan ucapan penghargaa kepada jabatanya yang sentiasa memastikan PPE pakai buang ini mempunyai bekalan yang mencukupi.
PPE memang tak cukup. Iyalah, benda pakai buang. Namun, yang membezakan staf sampai kena pakai plastik sampah atau tidak ialah sebagus mana pengurusan teratas unit masing-masing.
Kami jaga 30 katil ICU (di north wing) dan memerlukan beratus set PPE setiap hari. Setakat ini memang bergantung penuh kepada PPE tyvex suit hadiah dari kerajaan China yang diguna secara berjimat.
Tapi pengurusan teratas ICU kami adalah yang terbaik. Mereka pastikan bekalan cukup untuk doktor dan misi ICU gunakan tanpa kami perlu pening kepala nak lindungi diri sendiri.
Tak kiralah PPE dari China ke, dari NGO ke, dari penderma ke, jahit sendiri ke. Tapi mesti cukup untuk kami.
Berbeza dengan sesetengah jabatan yang saya perhatikan, ketua mereka tak peduli pun bekalan cukup atau tidak. Kadangkala bekalan sebenarnya ada tapi ketua sendiri tak tahu dimana ia disimpan. Pada mereka, kau staf kena kerja, PPE cukup ke tidak, pandai-pandai lah kau cari atau jahit sendiri.
Inilah yang membezakan anak buah perlu pakai plastik sampah atau tidak.
Jutaan terima kasih kepada ketua unit kami dan pihak pengurusan yang amat memelihara kebajikan staf semua. Kami sanggup bekerja keras kerana anda juga bekerja keras!
Kelazimannya kita tidak akan membeli tauhu dalam jumlah yang banyak,cukup sedar untuk sekali masak.
Bukan apa, kita bimbang sebenarnya kalau dibeli terlebih akan cepat basi atau rosak pula. Akhirnya dibuang sahaja!
Tapi sebenarnya, ada cara dan tip yang boleh dipraktiskan untuk pastikan tauhu lebih tahan lama. Ini sebagaimana perkongsian Azura dan boleh dicuba. Jom semak.
Kongsi petua cara simpan tauhu.
Cuci dulu, then rebus tauhu sampai terapung atau timbul biji-biji kecil dah tu tos dan sejukan..
Simpan di Chiller. Tauhu mampu bertahan lebih 2 minggu.. In Shaa ALLAH.. tauhu tak mudah rosak atau masam.
Sapa macam saya..
Dan petua serta persoalan yang dikongsikan oleh Azura Aris di Page Masak Apa Hari Ini (MAHN) mendapat respon daripada warganet.
Rupanya ramai juga yang tidak tahu akan trik ini dan tidak kurang juga ada yang berkongsi cara dan tip sesama mereka untuk pastikan tauhu yang dibeli kekal elok dan tahan lama.
Ini antaranya dan bolehlah dicuba.
Sumber : Azura Aris Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak yang membesar memang kreatif cara mereka berfikir. Bukan hanya otak yang sedang aktif tetapi tangan dan kaki juga seiring. Aktif lagi kreatif. Menconteng adalah perkara biasa bagi si kecil yang sedang membesar.
Kalau dinding baru sahaja dicat baru dan pasang kertas dinding yang mahal, angin juga rasanya bila si kecil mula menunjukkan bakat terpendam mereka di dinding kita. Jangan mudah melatah dan marah-marah anak, sebaliknya cubalah cara ini untuk hilangkan kesan contengan ini. Tak susahpun, guna bahan di rumah sahaja.
Lemon
Lemon yang bersifat asid memang bagus untuk menanggalkan kotoran. Potong buah lemon kemudian gosokkan buah lemon pada permukaan dinding yang kotor sehingga bersih. Tidak perlu dibilas dengan air, anda hanya perlu mengelap ia menggunakan kain bersih supaya bau lemon kekal mengharumkan segenap ruang.
Ubat Gigi
Selain mampu membersih serta memutihkan gigi anda, ubat gigi juga boleh digunakan sebagai bahan untuk menanggalkan kotoran pada dinding. Ubat gigi mampu menanggalkan kotoran jenis crayon serta dakwat pen pada dinding. Calitkan sedikit ubat gigi pada kain kemudian gosokkan pada kotoran permukaan dinding. Kemudian anda perlu membilas kotoran itu dengan kain basah.
Bedak
Bedak juga mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kotoran pada dinding. Caranya sapukan bedak pada permukaan dinding, kemudian ambil kain bersih dan cuci kesan contengan hingga bersih.
Baking Powder
Bersihkan kotoran pada permukaan dinding menggunakan baking powder. Campur sedikit baking powder dengan air kemudian sapukan pada kotoran permukaan dinding.
Cuka
Kegunaan cuka sebenarnya amat banyak selain dijadikan sebagai bahan masakan. Untuk membersihkan kotoran dinding menggunakan cuka, anda perlu menuang cuka pada kapas bersih kemudian sapukan pada kotoran.
Losyen Kulit
Sangat mudah untuk tanggalkan kotoran pada dinding, calitkan sahaja losyen kulit pada dinding kemudian lapkan ia menggunakan kain bersih.
Alkohol
Alkohol bukan sahaja terkandung dalam minuman, malah terdapat juga dalam minyak wangi. Jadi anda semburkan sahaja minyak wangi anda pada kotoran dinding kemudian sapukan menggunakan kertas tisu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.