Berbakti pada tanah banyak manfaatnya, selain mencantikkan ruang cara ini juga membantu mewujudkan suasana landskap menghijau di laman rumah yang subur.
Bukan itu sahaja, cara ini menjimatkan kos kerana tak perlu lagi nak beli sayur kerana sudah ditanam sendiri yang semestinya lebih segar dan sihat.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Wan Ahmad Kusairy yang mencantikkan ruang laman rumahnya dengan tanaman seperti kangkung, bayam dan juga jagung. Nampak tersusun kemas dan cantik.
Perkongsian tersebut medapat reaksi ramai. Rata-rata memuji inisiatif lelaki yang bukan sahaja menyegarkan mata memandang, bahkan mendatangkan hasil buat keluarga.
Tidak perlu bermahal mahal. Pokok jagung, kangkung dan bayam juga bisa menjadi penghias laman. 😄
Umumnya, kalau sorang anak demam pasti kemudiannya akan ada anak-anak yang lain pula demam. Seakan berjangkit pula jadinya, Lepas sorang, seorang.
Pun begitu, kejadian ini boleh dihindarkan bila kita boleh lakukan sepertimana yang disarankan oleh puan No Or ni.
Katanya, perlu bersihkan udara. Jadi bagaimana caranya? Ini perkongsiannya.
Musim demam, sakit tekak silih berganti. Cik No nak share satu petua ni. Petua Bersihkan Udara Tak Sihat dalam Rumah.
Cara yang paling jimat namun sangat efektif. Sakit tak berjangkit. Yang sakit tu pun jadi cepat baik.
Petua ni guna bawang merah je. Sangat jimat tau kalau nak compare dengan bil klinik tu haa.
Kita guna bawang merah je.. tapi since kat rumah Cik No cuma ada bawang besar je. Guna yang ni aje la.
Caranya :
1- Potong 2-3 ulas bawang besar. 2- Letak dalam 2,3 bekas kecil. 3- Bekas yang berisi bawang tu letak kat setiap ruang ataupun bilik. Wajib letak kat bilek orang yang sakit tu jugak la .
Bawang yang dah kering tu, nanti ganti yang baru. Buat sampai orang yang sakit tu sembuh.
Insha Allah tak lama pun, biasanya hari kedua dorang dah sihat.
Seronok juga melihat ada dikalangan antara kita bila menanam sayur-sayuran di laman rumah terlihat subur. Terasa teringin juga untuk mencuba menanam sepokok dua.
Pun begitu, sebagai langkah permulaan tentunya kita mahu mencuba menanam pokok yang mudah hidup dan cepat dapat dituai.
Ikuti perkongsian ini untuk anda dapat menanam bayam dengan cara yang mudah dan dapat menikmati hasilnya dengan cepat.
Siapa-siapa yang baru cuba berkebun saya sangat rekemen tanam bayam. Senang hidup dan cepat tumbuh.
Pokok ni baru 3 minggu, dah nak boleh kutip.
Medium yg saya guna ialah tanah: sekam: cocopeat, 1:1:1.
Baja boleh guna air beras @ npk
Cara tanam.
1. Campur benih dengan tanah dalam bekas kecil @ gaul. Ini nk elak benih tumbuh terlalu dekat.
2. Tabur gaulan tadi atas medium . Kemudian tabur lapisan medium atas benih (ambil medium dari tapak tanam)
3. Kemudian siram guna air yang semburan halus, jangan siram terus guna paip nanti abis benuh berterabur. Tutup medium dengan zink@kain@ pelepah kelapa untuk bagi gelap
3. Dlm 3-4 hari pucuk akan keluar. Terus buang penutup atas utk elak pokok lonjong.
4. Amalkan siram guna semburan halus 2 kali sehari, kalau malas cam saya sehari sekali pun ok, asalakan medium tak kering kontang.
Sumber : Abdul Quyyum
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasak juga ada cabarannya yang tersendiri, jangan ingat walau sekadar sediakan menu ikan goreng ianya cukup mudah dilakukan.
Apatah lagi jika ikan yang digoreng itu adalah ikan keli. Memang akan ada aksi ‘berperang’, mengenakan tudung periuk sebagai perisai melindungi diri dari percikan minyak panas.
Pun begitu tahukah anda, ada petua dan tip boleh digunakan untuk atasi masalah ikan keli meletup ketika digoreng?
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Aju Aminudin ini.
PETUA IKAN KELI TAK MELETUP SEMASA DIGORENG
Ramai orang yang suka makan ikan keli goreng. Tapi sebab tak sanggup nak ‘berperang’ dengan ikan tu yang asyik meletup masa digoreng di dalam kuali, jadi dilupakan je lah hasrat nak menggoreng ikan tu. Ataupun jalan selamat, beli je lauk yang dah siap dimasak, kan?
Meh sini Cikju nak bagi PETUA macam mana tak nak bagi ikan keli ni meletup ketika digoreng, dan sedap dimakan. Petua ni diturunkan oleh mak Cikju. Moga kita sama-sama dapat manfaatnya.
Bersihkan Darah Beku
Mula-mula, ketika menyiang ikan keli, make sure kita buang darah beku yang terdapat pada leher ikan tu. Ramai yang terlepas pandang dan tak tau tentang ni.
Kalau nak tau di mana ada darah beku tu, ambil pisau, leretkan bawah rahang ikan yang keras tu, kelarkan di bahagian tu. Kita akan jumpa darah beku tu.
Buangkan. Itu untuk kebersihan je. Takde kena mengena pun dengan ikan yang meletup ketika digoreng tu . Tapi disebabkan ada yang tak tau tentang perkara ni, lebih baik kita bagi pencerahan sikit, ye.
Cuci Dengan Garam & Asam Keping
Kemudian, kelar ikan keli macam biasa. Basuh dengan garam dan asam. Sebaiknya guna garam kasar dan asam keping sebab asam keping membantu mengurangkan lendir ikan. Lepas cuci dengan asam garam, bilas dengan air paip, toskan.
Gaul Dengan Tepung
Ketika nak menggoreng, gaulkan ikan dengan garam kunyit macam biasa dan rahsia untuk ikan tak meletup semasa digoreng bermula di sini.
Tambahkan tepung jagung pada ikan keli sekadar menyalut ikan tu je. Disebabkan tak perasan tepung jagung dah habis masa buat kuih aritu, Cikju bantai je tepun kastard yang ada. Boleh je lah.
Panaskan minyak dalam kuali sehingga betul-betul panas, perlahankan api sekejap dan masukkan ikan keli satu persatu. Goreng sampai betul-betul garing. InsyaAllah ikan keli yang digoreng tak meletup.
Tak payah sampai kome nak pasang perisai bagai, kan. Rumah pun tak berkecah dengan minyak yang meletup-letup tu. Setakat meletup-letup manja tu biasa la. Goreng ikan kembung pun kadang-kadang meletup jugak. Ye dak? Haha.
Tengok kejadian ikan yang dah digoreng tu. Cantik je kan?
Hari ni Cikju masak Ikan Keli Masak Taucu. Nak resepi jugak ke? Tak payah le kot. Kome pun dah pandai kan? .
Okay, sekian sharing macam mana nak elakkan ikan keli meletup ketika digoreng. Tapi kalau meletup jugak, pandai-pandai le kome mengelak. Tak pun kome baca la apa-apa ayat atau doa yang patut ye.
Yang nak share tu dipersilakan je share ye. Semoga lepas ni kome dah tak takut nak menggoreng ikan keli lagi.