Jika berkunjung ke bazar Ramadan tentu sahaja kita akan nampak pelbagai jenis pilihan air yang berwarna warni dan perasa, sungguh ia nampak begitu menyelerakan. Umpamanya air katira yang begitu istimewa untuk dinikmati ketika bulan Ramadan ini.
Memandangkan ramuan herba getah anggur semulajadi yang istimewa diadun dengan pelbagai bahan-bahan lain seperti biji selasih, kembang semangkuk dan bahan-bahan lain dapat membantu menyegarkan dan menyejukkan badan.
Pun begitu, ada juga terjadi air katira yang dibeli tidak mewakili rasa sedapnya air katira yang original, untuk itu lebih baik anda sediakan sendiri ramuan dan bahan-bahannya. Sekali buat boleh minum seisi keluarga.
Nak tahu caranya, di sini Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi resipinya untuk dicuba.
Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
Katira ni boleh di beli di pasaraya (kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.
Minuman ni berasal dari timur tengah (tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.
Ads
Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan macam ni.
Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.
Ads
Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau.
Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
Ads
OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Menyediakan hidangan bergoreng memang mudah dan boleh dikatakan hari-hari ada sahaja menu yang dimasak. Umumnya, bagi memastikan hidangan yang dimasak adalah hidangan yang sihat, kita akan pastikan hanya menggunakan minyak yang baharu sahaja setiap kali ingin menggoreng.
Namun bagaimana pula caranya untuk kita menguruskan setiap kali ada lebihan minyak setiap kali memasak? Pastinya tidak mungkin dibuang ke dalam singki, sebab kita tahu akan menjadi penyebab utama sinki tersumbat.
Jadi di sini dikongsikan tip yang boleh dipraktikkan untuk urus lebihan minyak masak. Jom semak.
Suri rumah selalu rasa kusut memikirkan nak buang kat mana minyak masak yang dah tak boleh pakai. Dahlah minyak tak boleh digunakan berulang kali. Sekali dua goreng je lepas tu kena buang. Tapi nak tuang dalam sinki, takut tersumbat. Nak kumpul dalam tong banyak-banyak, lepas tu nak buang kat mana ?
Kami berikan beberapa cadangan cara yang boleh anda lakukan terhadap minyak masak terpakai:
1. Serahkan kepada pihak yang ada menyediakan khidmat kitar semula minyak
– Apa kata daripada anda buang minyak masak terpakai di kawasan yang boleh menyebabkan pencemaran, lebih baiklah sekiranya anda jual kepada pihak berkenaan, bukan? Contohnya menjual kepada Akademi Tahfiz Al’ Hira dan Kelab Belia Sentosa di Batang Kali atau di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan penghasilan biodisel.
Anda dapat duit, alam pun terjaga dari pencemaran.
2. Kitar semula sendiri
– Kalau anda jenis yang kreatif dan suka ber-DIY, bolehlah cuba lihat di internet cara penghasilan bahan berasaskan minyak. Sebenarnya dari minyak masak terpakai anda boleh hasilkan bahan yang paling mudah iaitu lilin.
Percaya tidak?
3. Kumpul dalam botol
– Kalau rasa malas nak menjual kembali minyak terpakai tersebut, anda boleh kumpul kembali minyak tersebut dalam botol-botol kosong dan buang di kawasan kitar semula. Nanti pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran akan uruskan sisa buangan tersebut.
Senang kan kerja?
Jadi selepas ini, bolehlah amalkan cara-cara di atas ini bagi menggantikan tabiat salah pembuangan minyak yang selalu anda lakukan itu. Bukan apa, alam ini kan tempat tinggal kita. Kalau tidak kita yang menjaganya, siapa lagi?
Sumber : BKKM,JKN Kedah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dah bosan makan nasi, apa kata cuba menu western pula. Menu pasta yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Salah satunya spaghetti.
Apa kata buat resipi Spicy Buttermilk Spaghetti.
Ini resipinya.
Bahan-bahan:
1. Butter 2 sudu besar
2, Daun Kari 10
3. Cili Padi 5 ( cincang )
4. Bawang Putih 3 ( cincang )
5. Susu Cair 1 atau 2 cawan
6. Tepung Jagung letak sikit then kacau tengok pekat kuah
7. Serbuk kunyit satu cubit
8. Udang/sotong
.
Cara-cara:
-Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
– Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga lauk masak.
– Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat.
– Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
Selamat mencuba!
Kredit : ASH (Foodhunter)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dah status mak ni, serba serbi nak buat mesti tak menyempat punya! Lagi-lagi kalau bekerjaya, atau ada side benda yang dibuat, dah macam tangan sotong dah dibuatnya..
Nak-nak sekarang ni anak dah mula sekolah, mana nak buat bekal untuk mereka lagi, nak hantar ambil mereka ke sekolah, uruskan rumah. Fuhhh memang jadi supermom lah!
Yang mana nak sediakan bekal mudah untuk anak, boleh cuba buat ayam goreng tepung crispy ni, buat je banyak-banyak jadikan frozen. Lagi jimat dari beli kat luar!
Bila nak masak, masukkan je dalam air fryer atau goreng dalam minyak sampai masak, then basuh je beras masak nasi. Settle! Mudah dan semestinya pantas.
Nak tahu macam mana? Jom tengok langkah-langkahnya di bawah!
Anak² saya peminat ayam Drumet Aya**.
Dulu setiap 2x seminggu beli dalam 3paket Drumet. Harga pun boleh tahan.
So dapat idea untuk buat ayam goreng ala² Kepci ni di rumah. Senang. Ayam Drumet ni plak saya beli di RamlyMart. Harga 2kg rm23. Ada lebih kurang 40 ketul.
Ayam Goreng Crispy Drumet
Bahan-bahannya :-
Ayam drumet (ikut selera anda, seekor pun boleh)
Tepung Bestari (Taknak pedas guna yang original)
Air
Minyak untuk menggoreng
Langkah-langkahnya :-
1. Ayam basuh bersih.
2. Salut ayam dengan bancuhan air tepung Bestari.
3. Perap dalam 30 minit (letak dalam peti ais).
4. Sediakan bekas lain yang berisi tepung Bestari.
5. Salutkan ayam tersebut. Pastikan tangan kering. Tekan-tekan ayam pada tepung tu. Biarkan jadi berkuping-kuping.
6. Masak sekejap secara deep fry. Toskan minyak. Sejukkan.
7. Bila dah sejuk, susun dalam bekas dan letak dalam freezer.
8. Bila nak masak, masukkan dalam AF. Suhu ikut AF masing-masing. Saya letak suhu 180c, 10minit.