Buat penggemar ayam goreng KFC, lebih-lebih lagi yang ‘spicy’ mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup simple saja cara membuatnya. Resipi ini dikongsikan oleh Cahaya Kasih Firdausi.
Rata-rata mereka yang telah mencubanya pasti puas hati. Ini rahsia bahan-bahan di dalam resipi yang mudah dan ringkas sangat!
Nampak gaya, resepi ayam goreng KFC spicy versi CKF ini memang mudah untuk dibuat di rumah. Rugi kalau tak cuba sebab dah terbukti memang ‘simple’, tetapi cukup menggiurkan. Jom buat sekarang!
RESEPI AYAM GORENG KFC SPICY VERSI ‘HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
Bahan perapan:
1 ekor ayam (potong berapa ikut suka)
Cili kering dikisar halus
Bawang merah dan putih kisar halus
Garam
Perasa
Bahan menggoreng:
Tepung gandum cap cempaka
Minyak masak secukupnya
CARA-CARA
1. PERAPKAN AYAM
Gaul semua bahan ke dalam ayam yang dah dibersihkan. Perap seketika atau semalaman.
Ads
2. GAULKAN TEPUNG
Ambil ayam yang telah diperap tadi dan gaulkan pada tepung. Saya gunakan tepung cap cempaka.
Golek-golekkan hingga tepung melekat di serata ayam.
Ads
3. PANASKAN MINYAK
Panaskan minyak biar betul-betul panas. Masukkan ayam dengan api besar.
4. GORENG
Bila ayam sudah dimasukkan, kawal api biar kecil sedikit supaya ayam masak dengan sempurna bahagian dalamnya.
Agak-agak ayam dah garing, terbalikkan permukaan ayam dan balik-balikkan.
Ads
5. ANGKAT & TOSKAN
Dengar bunyi gorengan bila agak bising maknanya air ayam masih ada. Bila dah agak senyap bunyi gorengan, bolehlah angkat dan toskan. Hasilnya, garing di luar dan berjus di dalam – ‘crispy and spicy’.
Sedia dihidang. Sangat sedap dan lazat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hal-hal mengurus jenazah, diakui bukan semua mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sempurna.
Pun begitu, alangkah bagusnya andai kita tambah ilmu melalui perkongsian ini.
Sekurang-kurang andai berlaku situasi di mana ada ahli keluarga terdekat kembali kerahmatullah pada waktu tengah malam, kita tahu apa perlu dibuat sementara menunggu waktu pagi untuk dimaklumkan kepada jiran tetangga dan ahli qoriah masjid.
Bahkan setidak-tidaknya kita tahu cara bagaimana untuk berbakti kali terakhir kepada ibu dan ayah atau ahli keluarga yang meninggal dunia.
Semoga perkongsian daripada Mr Wan Cai Official ini dapat dimanfaatkan.
Bila berlakunya kematian..Lebih lebih lagi diwaktu tengah malam..
Perkongsian dari saya ini boleh anda guna pakai sebagai rujukan..
Ingat..
Apabila berlaku kematian..itu lah kali terakhir untuk anda berbakti kepada ibu dan ayah atau ahli keluarga yang meninggal dunia..
Kerana selepas itu anda hanya akan bertemu di alam akhirat..
Di padang masyhar di mana semua akan dibangkitkan untuk bertemu Allah..
Anda tidak akan saling mengenali di antara satu sama lain biar semasa di dunia dia lah ayah..dia lah ibu atau dia lah adik beradik kita..
Jadi berbuat baik lah di dunia sementara masih ada kesempatan dan peluang..
Panduan untuk anda apabila berlaku kematian dirumah atau diwaktu malam sebelum jenazah diuruskan :-
1.Jenazah harus diletakkan ditempat tinggi seperti diatas katil.boleh juga diletakkan diatas lantai tetapi mesti lah diatas tilam.Ini memudahkan kita untuk menguruskan jenazah dengan baik.
2.Buang semua pakaian yang dipakai atau lebih mudah gunting sahaja pakaian terakhir yang dipakai oleh si mati.
3.Bersihkan anggota tubuh jenazah khususnya yang mungkin terpalit najis seperti air kencing atau air besar.Ini bagi mengelakkan ada bauan yang tidak menyenangkan ketika orang datang menziarah.
4.Tutupi jenazah dengan kain putih dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya bagi mengelak aib sebelum meletakkan kain batik lepas diatasnya.
5.Baringkan jenazah dengan kakinya mengadap ke arah kiblat.(Menghadapkan jenazah ke arah kiblat adalah perbuatan baik,namun jika tidak dihadapkan sekalipun tidak mengapa).
6.Hubungi segera waris dan ahli keluarga yang terdekat untuk memaklumkan tentang kematian tersebut.
7.Pergi buat satu laporan polis memaklumkan berlaku kematian di rumah anda.
Jika kes tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan disebabkan si mati memang mempunyai rekod perubatan melibatkan sakit kronik pihak polis akan keluarkan permit pengkebumian.
Tetapi kalau ada unsur-unsur jenayah atau si mati masih muda siasatan lebih teliti akan dilakukan.si mati juga perlu melalui proses bedah siasat yang akan dilakukan oleh pihak hospital untuk mencari punca kematian. Proses bedah siasat ini adalah prosedur wajib ke atas jenazah.
8. Bila sudah ada permit pengkebumian,rujuk lah kepada pihak pengurusan jenazah dan maklumkan kepada mereka dengan segera.Ini bagi memudahkan pihak tersebut membuat persediaan awal untuk sempurnakan jenazah
9.Jika waris sudah lama sakit dan terbaring ambil setanggi dan nyalakan.Ini bagi mengelak bau yang mungkin kurang menyenangkan. Pembakaran ini sedikit sebanyak dapat menutup bau yang ada pada jenazah. Jika tiada setanggi boleh juga sapukan minyak attar pada luaran kain yang menutupi jenazah
Yang terakhir sekali dan yang paling penting..
10.Memandangkan kematian berlaku di waktu tengah malam jangan sesekali membiarkan jenazah bersendirian.Memang ahli keluarga anda telah meninggal dunia tetapi roh masih ada di situ lagi.
Berikan tanggungjawab kepada adik beradik atau ahli keluarga terdekat untuk jaga secara bergilir-gilir..
Bacakan surah Yasin atau ayat ayat suci al-quran disisi arwah kerana pahala ini akan terus sampai kepadanya..
Sementara yang lain mungkin boleh tidur sebentar sementara menunggu hari siang untuk urusan mandi dan kafan sebelum dikebumikan..
Tetapi adalah lah lebih baik sekiranya jenazah dapat dimandi dan dikafankan dengan segera..
Sebolehnya apabila berlaku kematian diwaktu malam..
Mandi dan kafankan terus jenazah tersebut..
Ini kerana sementara menunggu waktu siang untuk proses dikebumikan jenazah sudah pun bersih dan wangi..
Secara tidak langsung aib jenazah sudah tertutup manakala waris boleh meneman atau membaca surah yasin dan ayat ayat suci al-quran dengan selesa tanpa diganggu oleh bauan yang tidak menyenangkan..
Harap perkongsian ini berguna untuk anda jadikan panduan sebagai persediaan awal jika berlaku kematian melibatkan ahli keluarga sendiri..
Majlis penyatuan dua jiwa antara Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat berlangsung semalam dalam suasana yang cukup meriah. Pasangan sama cantik sama padan ini memilih rona putih sentuhan pereka tersohor Rizman Ruzaini.
Memulakan majlis dengan acara berinai, Fasha turut diraikan oleh Aidil, keluarga dan teman-teman. Memilih rona ungu dalam persalinan tradisional, Fasaha dan Aidil tampak cukup anggun dan kacak.
Untuk majlis akad nikah, aktres ini memilihi kampung halaman di Perlis sebagai lokasi pernikahan yang dihadiri oleh keluarga bersama teman rapat.
Para peminat turut mengucapkan tahniah kepada pasanagn ini menerusi akaun di laman sosial Instagram Fasha dan Aidil. Namun, ramai yang memberi fokus kepada ucapan yang dibuat oleh bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli.
Mesra dengan panggilan Jejai, dia mendedikasikan sebuah entri khas di laman Instagram miliknya untuk pasangan ini.
“Aidil, walaupun saya hanya bertemu kamu 3 kali, tapi saya hanya mendengar perkara yang baik-baik saja tentang kamu. Anak-anak adalah segala-galanya buat saya. Saya bersyukur kerana anak-anak rapat dengan kamu.
“Fasha, Alhamdulillah selesai majlis nikah. Saya gembira dan lega kamu berdua disatukan sebagai suami isteri. Saya yakin Rayfal dan Jemyma gembira meraikan kamu berdua. Semoga kamu berdua bahagia dunia akhirat.” – Rizal
Rata-rata netizen kagum dengan sifat positif Rizal atau jejai, bekas suami Fasha Sadha. Mereka terus berbaik demi anak-anak. Bukan sahaja Fasha, Jejai juga pernah berbuat demikian ketika meraikan perkahwinan Nora Danish yang juga merupakan bekas isterinya.
Setiap peralatan mempunyai fungsi yang berbeza. Sebagai contohnya penggunaan tuil pintu. Ada tuil yang menggunakan tombol dan ada pula enis pemegang.
Tetapi tahukah anda, tuil pintu jenis pemegang lebih mesra dan mudah digunakan berbanding jenis tombol.
Tuil jenis pemegang ini nampak lebih selesa, memudahkan dan bermanfaat terutama kepada golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pandangan mengenai penggunaan tuil pintu jenis pemegang ini.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Mesra Warga Emas
▪️Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Kanak-Kanak Mudah Guna
▪️Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Tak Licin Ketika Dipulas
▪️Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombol menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Mesra OKU
▪️Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Mudah Disendal
▪️Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
*Jemput follow untuk dapatkan ilmu kesihatan dan perubatan daripada sumber sahih dan bertauliah.
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.