
Tercari-cari biskut untuk kudapan bersama keluarga dihujung minggu. Lebih enak apabila biskut yang dibuat sangat sedap dan rangup.
Bagi yang bercadang pulang ke kampung halaman dan pergi bercuti pasti perlu ada kudapan sebegini bagi mengisi waktu dalam tempoh perjalanan.
Apa kata cuba resipi ini. Rasa memang enak. Jom ikuti Resepi Chewy Peanut Butter Cookies yang disediakan oleh puan Lina Thomas.
Slightly crisp on the outside, tender and soft on the inside, my family’s favorite
Chewy Peanut Butter Cookies

Bahannya:
1 cawan butter tanpa garam, dilembutkan
1 cawan gula pasir
1 cawan brown sugar
1 cawan creamy peanut butter
2 biji telur besar grade A
2 sudu kecil vanila extract
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
Caranya:
Guna mixer, satukan butter dan gula, putar agak sebati saja (JANGAN sampai kembang)
Masukkan creamy peanut butter, telur, dan vanila. Putar lagi agak sebati saja (JANGAN sampai kembang)

Satukan tepung, baking soda, dan garam. Masukkan campuran kedalam mixer sekaligus dan putar hingga agak sebati saja (JANGAN sampai kembang)
Guna ice cream scoop masukkan doh satu demi satu ja tak-jarakkan dalam 2” ke atas loyang yang dilapisi silikon atau parchment paper.

Bakar pada suhu 350 (180 C) darjah selama 12 hingga 14 minit atau sehingga masak.
Biarkan kukis sejuk di atas dulang sebelum memindahkannya ke rak penyejuk. Simpan kukis dalam bekas kedap udara. Siap… sedap di makan semasa suam dengan segelas susu.
Sumber: Lina Thomas
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
























Alhamdulillah siap jugak projek pkp tiga point kosong. simple DIY coffee cabinet. Kali pertama main kayu kita try and error je. Semua buat sendiri dari design sehingga pemasangan. Terima kasih pada cik google, cik youtube dan juga kawan yang sudi bagi ilmu yang sangat berguna.
Perkara pertama sekali korang kena la ade design cabinet tu sendiri. Tak kisah lukis di kertas atau di komputer. Janji nampak bentuk. Senang untuk korang tahu setiap inci panjang ukuran papan. Kena ingat tebal papan melamin ade 15mm & 16mm. Jadi korang siap² kira semua ukuran sebelum submit qu0tati0n.
Untuk hinge pulak atau bahasa melayu nya engsel pintu. Ade 3 jenis hinge ni, full close, half overlay & insert. Ikot kesesuain cabinet korang nk guna mana. Untuk projek ni aku guna full close jenis 3D adjustable soft close. Sebab nye dia advance sket boleh adjust depan belakang atas bawah. Tapi mahal sikit dari hinge biasa.
Bagi korang yang nak nampak pintu kabinet tu sedikit premium / mewah dengan ade nye frame, korang boleh letak papan MDF batten wall yang bersaiz 2inci lebar, tebal 6mm. Potong ikut size pintu kemudian tampal guna silicone kayu.
Untuk table top pula korang boleh pilih material ape yang korang nak. Contoh kayu nyatoh, quartz stone, marble. Untuk projek ni aku pilih rubber wood solid board. Gosok 3layer sand paper cp1000, cp1500, cp2000 selang seli dengan clear lacquer. Nak guna shellac pon boleh.
Untuk bahagian belakang pula, cuma guna plywood 3mm je. Di hardware untuk size 3mm 4ft x 8ft dalam Dua puluh lebih sahaja sekeping. Potong ikut saiz kabinet. Macam aku beli dekat sh0pii jugak sbb masa tu semua hardware tutup. Pishangg la.
Dah siap pasang semua, nak nampak handle ala² European style. Bole cari di sh0pii. Item memang solid berat dan berpatutan.


