Cara Buat Kek Coklat Moist Versi Kukus Yang Mudah Guna Blender & Sukatan Cawan Je. Lembut, Sedap & Confirm Jadi!

Share

Kek coklat Moist versi kukus, mudah dan sedap. Anak-anak pasti sukakannya. Buat untuk hidangan minum petang nanti memang sesuai ni.

Jom admin kongsikan resipi kek kegemaran ramai ini. Resipi asal adalah daripada puan  Nora Syikin

Bahan-bahan:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
– semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.

Bahan ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
– adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang(sapu dlu minyak@marjerin keliling acuan@loyang). Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau tak melekat dh masak.

Topping
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.

IKLAN