Selain dijadikan pemanis mulut yang dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus, potongan mangga juga boleh dijadikan bahan penambah kesedapan dalam cheese cake. Caranya cukup mudah.
Ini yang dikongsikan oleh Nuryatie PG’s apabila menjadikan Mango Cheese Cake sebagai juadah pemanis mulut. Baik di ambil ketika berbuka puasa ataupun moreh. Caranya pun cukup mudah nak buat. Anda tak payah nak guna mixer mahupun oven. Cukup ringkas caranya.
Selamat mencuba!
RESEPI MANGO CHEESE CAKE
1) Lapisan bawah
-cairkan butter separuh..dah cair masukkan biskut yang dihancurkan
-kacau-kacau pastu masukkan dalam loyang..padatkan
-biskut marie dlm 20-25 keping
2) Lapisan 2
-blend cream cheese yang 250g pastu masukkan whipping cream sekotak kecik dan gula icing dlm 2@3 sudu ( klu nk manis tambah lagi)
Ads
-bancuh gelatin dlm sesudu besar campur air panas dalam 3 sudu..kacau sampai sebati masukkan dalam adunan blend tadi..blend sampai sebati
*dalam cream cheese kalau nk letak puri manga atau manga yang potong kecik2 pun boleh!
Apa yang kita makan dan minum, itu yang tentukan tahap kesihatan kita. Itu antara yang biasa kita dengar bila orang berkata tentang penjagaan kesihatan melalui pengambilan makanan.
Lazimnya susu menjadi pilihan utama bila mengamalkan pemakanan yang sihat dalam diet harian. Pun begitu, dalam banyak-banyak jenis susu yang ada ditawarkan sebaiknya anda perlu kenal yang mana satu harus dijadikan pilihan terbaik dengan mengetahui info yang tertera di bahagian label produk.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Dietitian Nur Aliah Syazwanie ini. Semoga ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat pilihan terbaik.
SUSU – BETULKAH MENGANDUNGI GULA?
“Aliah, susu boleh minum kah? Aku ada terbaca yang susu ada kandungan gula yang tinggi. Betulkah?” Tanya seoarang rakan saya yang sedang dalam fasa penurunan berat badan tempoh hari melalui aplikasi pesanan Whatsapp.
Sejujurnya, ini bukan kali pertama saya menerima soalan mengenai betulkah susu itu mengandungi gula sehingga ramai yang cuba mengelakkan diri untuk memasukkan susu ke dalam senarai pilihan makanan mereka ketika dalam proses penurunan berat badan.
Susu lah yang mengandungi hampir kesemua nutrisi yang diperlukan oleh badan kita terutama sekali Kalsium.
Susu juga merupakan penyumbang utama kepada
(1) Protein
(2) Vitamin A
(3) Riboflavin (Sejenis Vitamin B2)
(4) Vitamin B12
(5) Zinc
Saranan pengambilan susu menurut Malaysian Dietary Guideline 2010 pula sebaik-baiknya 2 hidangan sehari bagi memastikan keperluan Kalsium turut diperolehi.
PERSOALANNYA, BETULKAH SUSU MENGANDUNGI GULA?
(1) Pertama, susu mengandungi LAKTOSA atau LACTOSE. Iaitu sejenis GULA SEMULA JADI yang terdapat dalam susu atau produk tenusu. Ini termasuk produk berasaskan susu seperti milk shakes, yogurt, cheese dan ais krim.
(2) Jadi, usah risau. Anda hanya perlu bertenang ketika memasukkan susu ke dalam senarai barang dapur harian anda.
(3) Yang membuatkan susu mengandungi gula ialah ketika kita memilih susu berperisa seperti perisa strawberry, coklat, coffee mahupun susu berperisa kurma
Mengapa?
(4) Kerana majoriti susu berperisa akan mengandungi SUKROSA atau SUCROSE, iaitu sejenis GULA RINGKAS atau Gula Putih yang akan menaikkan kadar penyerapan gula dalam darah dengan cepat
BAGAIMANA UNTUK TAHU PERBEZAAN SUSU YANG MENGANDUNGI GULA?
Nah, disini lah kegunaan INFO LABEL PEMAKANAN yang terdapat pada packaging produk.
1. Rujuk senarai bahan/ramuan
Set dalam minda untuk sentiasa rujuk senarai bahan, jika SUKROSA tersenarai, dan anda pula tengah dalam proses untuk diet, elakkan untuk memilih susu seperti ini
Boleh rujuk posting saya sebelum ini mengenai CARA MEMBACA LABEL PEMAKANAN YANG BETUL di https://www.facebook.com/100001040719268/posts/2895550693822926/?app=fbl
2. Elakkan memilih susu yang mengandungi SUKROSA
5g Sukrosa/Gula = 1 sudu teh
Jikalau 15g gula? Sudah ada 3 sudu teh. Untuk pesakit kencing manis terutamanya kena berhati-hati.
3. Jika anda sedang dalam fasa penurunan berat badan, boleh pilih SUSU RENDAH LEMAK sebagai ganti kepada SUSU PENUH KRIM.
Yang suka dengan susu,
Dietitian Nur Aliah Syazwanie
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Membina keluarga bahagia bersama pasangan tentunya menjadi impian dan harapan setiap insan yang berkahwin.
Memahami asam garam, pengharapan dan ujian berumah tangga, fahami juga nukilan daripada Puan Insyirah Soleha ini.
Orang perempuan, selepas berkahwin ketaatan pada suami tiada kompromi dalam hal yang tidak bertentangan dengan syariat. Kalau suami suruh buka tudung, berpakaian ketat, maki ibu ayah, semua tu dah langgar syarak maka isteri tak perlu turuti kehendak suami.
Ada suami, bila beri kemewahan pada isteri dia anggap isteri hak mutlak dirinya sahaja. Isteri nak jumpa keluarga, tak boleh. Isteri nak balik ziarah ibu ayah pun tak boleh. Adik beradik isteri nak datang ziarah pun tak boleh. Isteri yang sami’na wa ato’na sentiasa letak suami nombor satu dalam hidup, sebab dia nampak suaminya satu-satunya jalan ke syurga sampai goyang silaturrahim dengan keluarga.
Mak ayah menangis sedih dengan sikap anak perempuan, adik-adik kecil hati dengan perangai kakak, abang-abang rindu nak jenguk adik tapi dah adik perempuan tak boleh berjumpa sesiapa hanya kehidupannya untuk suami dan anak-anak.
Satu hari, suami beritahu nak berpisah sebab dah ada orang lain yang lebih dekat di hati. Siapa yang sudi nak beri tangan dan bahu kalau bukan ibu ayah tua yang tetap sayangkan anaknya? Siapa lagi yang diharapkan untuk ‘kutip’ semula bawa pulang ke rumah kalau bukan abang-abang yang selama ni rindu nak jenguk adik perempuan? Siapa lagi yang nak hiburkan kalau bukan adik-adik?
Begitulah ujian.
Bila bahagia, jangan buang keluarga. Ibu ayah beriman tak ada yang nak tengok anak susah dan kecewa dengan pasangan. Ibu ayah bertakwa redha sahaja anak perempuan tak balik-balik rumah sebab dia tahu seorang isteri adalah di sisi suami.
Bukanlah sampai kena pinggirkan suami untuk jaga hati ibu ayah sampai hak suami pun ditindas. Jagalah silaturrahim dengan ibu ayah dan adik-beradik.
Masa saya nak kahwin 10 tahun lalu, semua orang hairan ibu ayah saya tak menangis sedih pun. Mereka ceria dan senyum, bapa saya siap buat lawak nak bagi hilang gemuruh suami sebelum akad nikah sampai semua orang ketawa sama.
Simple saja pesanan ibu ayah,
“Perkahwinan ni bukannya kehilangan anak, tapi dapat lagi seorang anak. Tak ada apa nak disedihkan.”
Mungkin orang akan kata, tak semua ibu ayah fikir begitu. Ya, rezeki saya ibu ayah fikir begitu. Kita yang jadi anak dan menantu pun kena juga beradab dan hormat keluarga baru sama seperti keluarga kita juga. Adik beradik suami, dihormati sama seperti adik beradik sendiri.
Jaga silaturrahim.
Berpuasa, sedekah kepada orang lain, bayar zakat, rajin solat sunat dan tahajud sebanyak mana pun kalau mulut suka menyakitkan hati, neraka juga tempatnya sebab hablum minaLLAH wa hablum minannas.
Hubungan dengan Allah kena A++ Hubungan sesama manusia juga kena A++
Kita hidup bermasyarakat dan berkeluarga. Kalau yang keluar dari mulut lebih baik dari diam, maka bercakaplah. Kalau apa yang keluar dari mulut pasti menyakitkan hati orang, pilihlah untuk diam.
Kadang, Allah memberi peluang untuk kembali dalam dakapan keluarga dengan cara yang paling sakit, untuk muhasabah dan baiki keadaan sebelum ini.
Ujian
Ia akan jadi manis, bila kembali pada Tuhan.
Sentiasa ada hikmah dalam setiap musibah.
Sentiasa ada solusi dalam setiap situasi.
Kawan,
Letaklah Allah nombor 1.
Rasulullah di tangga kedua.
Pasangan jadi yang ketiga tanpa perlu pinggirkan ibubapa.
Parut dan kesan jerawat pada muka sememangnya buat kita rasa rendah diri, lebih-lebih lagi bila ada yang sentiasa memerhatikan muka kita ketika bercakap. Rungsing dibuatnya bila mana kesemua produk yang kita cuba tak nampak hasilnya.
Sebenarnya tak hanya gunakan produk, mencuba petua cara tradisional adalah langkah bijak bagi menghilangkan parut di wajah. Tapi kenalah rajin dan usahakan setiap hari untuk hilangkan parut ini. Boleh cuba tiga langkah ini.
1. Hilangkan Parut Lama
Bahan:
Kulit Kayu Manis
Caranya:
Kikis kulit kayu manis yang kering dengan menggunakan pisau atau sagat bahan tersebut di atas permukaan batu kasar (tepi lesung batu / batu giling). Kemudian sapukan ke atas parut sehingga bahan tersebut meresap ke dalam kulit. Sapukan di waktu malam sebelum tidur dan bersihkannya di waktu pagi. Lakukannya setiap malam sehingga parut hilang.
2. Hilangkan Parut Baru
Bahan:
Kulit rambai
Kulit pisang
Kulit limau mandarin
Caranya:
Gosokkan bahagian dalam kulit ke atas parut anda. Boleh cuba salah satu kulit-kulit ini dan buat setiap hari hingga parut makin reda.
3. Guna Lemon
Bahan:
Lemon
Soda Bikarbonat
Caranya:
Potong lemon nipis dan bancuh bersama soda bikarbonat. Sapukan pada parut di muka. Sifat lemon yang bertindak sebagai peluntur semulajadi mampu mengurangkan kesan parut ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.