Sebut sahaja nuget, pasti anak-anak paling teruja. Jika ke pasaraya pasti tak sah jika tidak singgah di ruang yang menempatkan makanan ini.
Sebenarnya nak buat nuget ayam sangat mudah. Malah, air tangan ibu pasti lebih menyihatkan dan terjamin kebersihannya. Maklumlah, semua bahan yang digunakan tentu lebih terjamin.
Jom kita lihat resipi yang dikongsikan oleh saudari Noor Liyana cara membuat nuget ayam tempura homemade.
Tempura nuget homemade..
Asalnye nak buat sosej.. tapi takde plastik aiskrim tu,terjadi lah nuget ni.. hehe.. lembut, takde lemak atau keraguan sebab totally isi ayam bahagian dada yang digunakan.. senang nak buat tapi leceh sikit part nak potong ayam kecik2 sebab saya kisar guna pengisar biasa je..
Ads
Bahan-bahan
1. isi ayam (saya pakai bahagian dada dipotong kecil2) dalam 700gm 2. telur 2 biji 3. bawang putih 5 ulas 4. bawang merah 2 biji (saiz sedang) 5. lada hitam (ditumbuk) ikut suka nak banyak mana 6. tepung ubi kayu 3 sudu 7. garam dan perasa (ikut suka) 8. tepung goreng serbaguna (saya guna brand aroma. sedap sebab dia ade rasa pedas-pedas sikit. brand aji pun sedap.) 9. sedikit butter
Cara membuat:
Ads
1. Kisar semua bahan (boleh guna food processer jika ada. kalau tak, boleh guna blender. tapi kisar perlahan2 sebab takut blender rosak.
2. kemudian, adunan dikukus lebih kurang 30 mnt. (sebelum masuk adunan, saya ada sapu butter sikit di loyang supaya nuget cake senang dikeluarkan)
Ads
4. kemudian, potong nuget cake mengikut saiz dan bentuk yang kita suka. 5. bancuh tepung serbaguna dengan air. jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget tersalut dengan sekata.
6.celupkan nuget dalam tepung serbaguna dan goreng sehingga garing.
kalau nak rasa lebih sihat, boleh juga grill nuget cake tu..
selamat mencuba..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila Hari Raya, pasti semua orang ingin nampak cantik bergaya melaram dengan baju baru bila bertandang ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga. Jadi apa kata, sebelum tiba masanya untuk menggayakan baju tersebut di Hari Raya nanti, kita kecilkan sedikit ukuran badan agar terlihat ramping dan bertambah cantik.
Dalam usaha menurunkan berat badan, agar tidak tersalah langkah jom kita ikuti saranan daripada doktor ini berkenaan diet yang boleh dibuat bersempenan bulan puasa ni. Jom semak!
KURANGKAN BERAT BADAN DI BULAN RAMADHAN
Apa kata kita jadikan Ramadhan ni untuk kita merebut peluang untuk hilangkan berat badan? Paling kurang 2kg dan paling banyak 4kg! Nak kurus tak boleh mendadak ya. Kena target 0.5-1kg seminggu. Jadi dalam sebulan 2- 4kg.
Macam mana?
Yang paling asas ialah belajar mengira kalori makanan yang kita nak masukkan ke mulut kita. Tapi sebelum tu, lihat gambar 1. DEFINISI KADAR ASAS METABOLISMA atau Basal Metabolic Rate dalam BI.
Apa yang penting saya nak bagitahu ialah, kalau kita makan kurang kalori dari kadar asas metabolisma ni, badan kita akan secara alaminya akan masuk ke mod berlapar. Sebab tu mereka yang konon nak hilang berat badan, tak makan langsung atau makan terlalu sedikit, mereka tetap tidak kurus. Badan mereka tidak cukup tenaga pun nak bekerja.
Dalam gambar 2, saya tunjukkan cara nak kira Kadar Asas Metabolisma atau Basal Metabolic Rate secara manual. Kalau nak guna aplikasi atau kalkulator kat internet pun boleh. Lagi senang.
Yang kita dapat tu baru BMR. Kita kena ambil kira pula jenis aktiviti yang kita buat sehari.
1. Kalau jenis duduk kat pejabat atau setakat buat kerja rumah biasa = BMR × 1.1
2. Buat aktiviti fizikal atau sukan yang ringan, 1 – 3 kali seminggu = BMR × 1.275
3. Yang sederhana 3 – 5 kali seminggu = BMR × 1.35
4. Yang kaki sukan, hampir setiap hari = BMR × 1.525
Maka dekat situ kita tahu keperluan kalori kita sehari.
Saya dah tunjukkan kat gambar 3 contoh pada diri saya sendiri, jumlah kalori yang badan saya perlukan berdasarkan aktiviti yang saya buat. Kalau saya makan terbanyak untuk hari tu, maka saya kena bersenam lebih untuk buang kalori yang saya dah masukkan ke dalam mulut saya.
Untuk hilangkan berat badan, pengambilan kalori mesti kurang dari jumlah kalori seharian yang diperlukan berdasarkan aktiviti fizikal kita tapi tak boleh sikit dari BMR.
Kalau saya nak kurangkan 1kg seminggu, jumlah kalori yang masuk ke mulut saya ni mesti dalam 1356 kalori sehari. Nampak tak, kurang dari jumlah kalori kalau saya hanya bekerja, tapi lebih dari BMR saya.
Apa yang kita makan tu penting.
1 gram protein atau karbohidrat = 4 kalori
1 gram lemak = 9 kalori
Sebab tu makanan berminyak, kalorinya lebih tinggi ya.
Kita kena tahu berapa kalori dalam 1 hidangan tu. Contoh mudah:
1 burger McDonald’s Big Mac = 540 kalori
Belum campur air Coke dan kentang goreng ya.
Banyak ke tak kalori dalam makanan atau minuman macam tu? Makanan minuman hipster macam pisang goreng tabur keju tu, kalau tengok kalorinya, saya boleh menangis.
Saya sertakan Panduan Nilai Kalori untuk 200 Jenis Makanan yang dikeluarkan oleh KKM. Nanti bila nak Bazar Ramadhan nanti, silakan guna untuk kira berapa dah kalori yang kalian beli.
(Untuk mendapatkan senarai penuh, ianya dikongsikan oleh Doktor ini di akaun fbnya.)
Puasa kan gunanya untuk mengawal dan memenjara nafsu. Maka di sinilah terdidiknya iman kita kan.
Kalori lebih akan disimpan. Tulah yang menggelebeh kat paha, lengan, punggung, abdomen. Tu satu. Yang lebih seram, disimpan kat dalam ruang abdomen, keliling organ dan membentuk visceral fat. Yang nilah punca penyakit kronik macam serangan sakit jantung, dan kencing manis.
Buah, sayur pun ada kalori. Tapi taklah banyak pun kalau makan ikut sukatan. Buah kena ambil 2 jenis sehari, sayur pula 3 jenis.
Air kosong saja yang tak ada kalori, tak kiralah sejuk berais, suam atau panas mendidih. Sebenarnya kalau kita hanya ada 1500 kalori sehari untuk pengambilan kalori, ambillah air kosong sebab air manis tu kan ada kalori.
1 sudu kecil gula pun dah 5g. 5g gula bersamaan dengan 20 kalori.
Jadi bayangkan teh tarik gelas kecil = 90 kalori
Sedangkan kita boleh guna 90 kalori dalam bentuk makanan. Jadi dengan tak mengambil minuman manis, makanan lebih banyak boleh dipelbagaikan dengan julat kalori yang lebih besar berbanding dengan adanya minuman berperisa.
Ada orang cakap, minum air kena banyak untuk buang kalori yang kita makan. Tu tak betul. Minum berpuluh gelen air pun takkan boleh basuh dosa kita makan tak ingat dunia.
Ada orang beli macam-macam produk suplemen bagai untuk hilangkan kalori dia makan macam magik. Tu namanya dah kena tipu ya. Kalau makanan tu dah ditelan, dicerna dan diserap kat sistem penghadaman, memang dah tak ada maaf.
Nasi Tak Salah
Ada orang kata, dia nak kurus tak makan nasi. Tu silap. Nasi tu tak salah. Yang tak betulnya ialah berapa banyak nasi dia makan. Kalau ikut pinggan sihat yang KKM cadangkan tu, nasi hanya suku dari pinggan kita. Belajar apa itu kumpulan makanan. Ada ramai orang tak tahu pun yang ubi, tak kiralah ubi apa pun, sejenis karbohidrat.
Ada orang terus buang karbohidrat dari makanan dia. Itu salah. Karbohidrat adalah pembekal tenaga segera untuk badan kita. Kalau kita tak ambil karbohidrat, habislah terganggu fungsi badan. Karbohidrat mesti 30% dari keseluruhan diet kita seharian.
Ada orang tanya, macam mana nak tingkatkan metabolisma, saya kata, senang saja, bersenam la. 150 minit seminggu minimum. Bulan puasa masih boleh buat brisk walking ya. Malam pun boleh bersenam. Tak ada masalah pun.
Apa yang saya nak sampaikan ialah, belajar ambil tahu pasal jumlah kalori dalam makanan kita. Ni tak makan hidangan sebenar, makan jajan dengan harapan nak kurus, padahal dalam tu pun ada kalori juga.
Yang sebetulnya, pelbagaikan jenis makanan yang kita ambil supaya kita dapat makronutrien dan mikronutrien yang badan kita perlukan. Apa kata kita jadikan Ramadhan ni sebagai bulan pertama dalam perjalanan menurunkan berat badan.
Anda pernah mencuba untuk menyediakan menu daging dendeng untuk keluarga? Jika belum pernah, apa kata anda sediakan menu yang digemari ramai ini dengan resipi yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris ini.
Mungkin sebelum ini ada yang beranggapan menyediakan menu daging dendeng ini rumit, namun rupanya tidaklah begitu bahkan ramuannya juga tidaklah banyak. Memang boleh sangat untuk anda sediakan untuk keluarga merasa air tangan anda dalam penyediaan daging dendeng.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita masuk dapur dan sediakan menu istimewa pada hari ini.
Daging Dendeng Padu
Langkah 1 : Anggaran 1/2 kilo daging dibasuh bersih. Potong ikut suka hati. Kemudian rebus daging sampai empuk. Angkat dan toskan.
Langkah 5 : Sementara tu jom kita kisar bahan tumis.
2 inci halia
2 biji bawang besar
2 batang serai
3 ulas bawang putih
Langkah 6 : Guna minyak yang sama, jika banyak buang sedikit. Tumis serai dulu kasi naik bau. Kemudian tumis pula bahan kisar. Kacau biar bahan kisar kekuningan.
Langkah 7 : Masuk 2 senduk cili kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.
Langkah 8 : Dalam masa yang sama, masuk 10 helai daun limau purut. Banyak lagi sedap aromanya. Masuk setengah cawan air asam jawa. Kacau biar mesra.
Langkah 9 : Letak 2 sudu gula. Kacau dan kacau lagi. Masuk sedikit air rebusan daging. Biar pecah minyak lagi.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.