Memandangkan tahun ini ada yang tak berpeluang pulang beraya di kampung, mahu tak mahu kenalah sediakan sendiri hidangan untuk pagi raya seisi keluarga.
Admin kongsikan resipi rendang ayam dengan cara memasak bagi anda yang sukakan rendang jenis berkuah. Cukup mudah, pertama kali buat pun dah menjadi.
Nak tahu caranya, jom cuba resipi daripada Lieza Hashim ni. Selamat mencuba!
Biasa saya campak2 je.. tp utk memudahkan sesiapa yg minta secara detail.. selamat mencuba *Resepi Rendang Ayam* (Untuk 2 ekor ayam)
Bahan :
2 ekor ayam
Gula melaka 1 ketul ( gula pasir pun blh ikut citarasa msg2)
3.Santan pekat 500ml
4.Asam keping, garam, perisa
5.kerisik
6.Daun kunyit+ daun limau ( hiris halus)
Bahan-bahan : (kisar)
1.Bawang putih *20 ulas*
2. Bawang merah *30 biji*
3. Kunyit hidup *3 ketul sedang*
4. Halia *2 ketul sedang (agak2 je ya)*
5. Lengkuas *1 ketul ( dalam 2 1/3 inci)*
6. Cili padi 1 genggam *(ikut nak pedas mana)*
7.Cili kisar *1 senduk*
8. Serai *10 batang*
Cara membuat:
1. Ayam matikan air dahulu
Masak atas kuali balik2kan hingga separuh masak.
2. Tumis bawang putih,bawang merah, masukkan cili kisar, dalam beberapa minit masukkan halia, kunyit, lengkuas, cili padi dan serai.. masak sehingga pecah minyak. Terus masukkan gula melaka, garam, asam keping dan sedikit perisa.
3. Masukkan ayam, dalam bebapa minit masukkan santan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerisik dah agak pekat masuk hirisan daun kunyit+ daun limau.
Dah siappp
Hidup ini penuh dengan perkara yang berlaku secara ‘tiba-tiba’. Jika tiba-tiba terjadi sesuatu yang menggembirakan pasti hati kita rasa bahagia. Namun bila perkara sedih menimpa, pastinya hal tersebut akan menguji kesabaran dan ketabahan diri dalam mengharunginya.
Namun persoalannya, adakah kita sebagai isteri telah mempersiapkan diri untuk menempuh saat-saat tidak terduga? Sebagai contohnya, andai suami tidak lagi bekerja.
Melalui perkongsian daripada Puan Nurul Ilyani ini diharap dapat menyalurkan motivasi dan inspirasi kepada wanita bergelar isteri. Jom semak perkongsian penuh daripadanya untuk manfaat bersama.
9 tip melalui situasi andai suamimu tidak lagi bekerja..
Wanita bersuami perlu bersedia, suami diberhentikan kerja, berhenti sukarela atau berhenti dengan persetujuan bersama. Isteri perlu bersedia hilangnya tempat bergantung saat suami kembali kepada Tuhannya.
Beberapa hari lepas, suami saya membawa berita yang tidak berapa baik. Namun, kami sudah bersedia. Dari dulu sentiasa bersedia. Tiada yang kekal di tangan kita.
Firman Allah azza wa jalla
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
Al An’am ayat 32
10 tahun lepas, apabila kami mendirikan rumah tangga, kami sudah merancang kehidupan bagaimana yang kami mahukan. Ia bukan yang indah-indah.
❌Tiada percutian mewah. ❌Tiada rumah mewah-mewah. Malah rumah pertama kami beli, kondominium berharga RM142k pada tahun 2010. Ia bersesuaian dengan kemampuan kami. ❌Tiada kereta mewah. Di saat rakan-rakan seperjuangan saya di satu syarikat kewangan dulu memprovokasi saya membeli Toyota Camry untuk impress pelanggan (sangat normal jika kerja begini, mereka suka impress pelanggan, tapi bukan saya), kami memilih Toyota Avanza yang sekarang masih ada sehingga kini. ❌Tiada 2 kereta. Kebanyakan orang yang bekerja akan perlukan 2 kereta terutamanya yang tempat kerja tiada pengangkutan awam yang baik. Kami masih bertahan dengan satu kereta, dan suami hanya naik motorsikal yang dibeli cash pada tahun 2015. ❌Tiada barangan branded. Ini memang tagline kami. Pilih yang paling murah dengan kualiti. Biasanya suami akan tukar kemeja dan seluar bundle setahun sekali dengan yang lebih baik. Kos tukar semua paling tinggi pun RM50 dapat hampir 10 pasang baju dan seluar, ikut harga. ❌Tiada baju branded juga buat anak-anak. ❌Tiada juga kasut dan hand bag branded. Apa yang ada pakai.
Tapi, jangan salah faham. Bukan kedekut. Bukan tidak mampu. Inilah namanya hidup 50% di bawah garis kemampuan.
Contoh, sekiranya anda mampu membayar kereta dengan installment RM1200, maka pilih kereta dengan installment RM600.
Habis. Itu strategi ikat perut. Jadi kemana duit jika asyik ikat perut?
1) Pendidikan anak-anak. Kami sentiasa memastikan kualiti. Bayar mahal tak apa, janji sesuai, bagus dan demi kebaikan anak-anak
2) Ibubapa
3) Simpanan
4) Pelaburan semula-Bisnes, hartanah, emas
Cukup dulu.
Kenapa saya cerita di atas, ini untuk kita betulkan mind setting. Hidup seadanya supaya berlaku sesuatu kita tidak terduduk lesu.
Tip ini, jika sudah diamalkan boleh teruskan, jika belum, mulakan untuk tahun-tahun seterusnya.
Tip 1 Kereta
Beli kereta berharga setahun gaji. Jadi kalau anda baru bekerja, kira. Gaji 3000×12=36,000. Beli kereta harga 36,000.
Kalau kahwin, tiba-tiba ada dua kereta, fikir apa nak buat dengan salah satu. Kereta ini bebanan. Bukan aset.
Tip 2 Rumah
Beli rumah 3 kali gaji tahunan. Kalau gaji 40000 setahun x 3= 120,000. Kalau bajet cukup beli rumah flat, beli sajalah. Ukur baju di badan sendiri.
Tip 3 Urus wang
Urus wang suami isteri, kena urus sama-sama. Bukan akaun awak, akaun awak, akaun saya, akaun saya.
Pastikan suami bayar semua kewajipan dan tanggungjawab dia sampai habis duit gaji dia (minta maaf, ini mesti suami ramai kecam), baru isteri masuk tolong. Top up mana yang tidak cukup. Ini supaya suami tidak salah faham dan lepaskan tanggungjawabnya kepada isteri. Kes begini saya biasa jumpa semasa saya jadi perunding kewangan. Suami culas.
Isteri pula jangan kedekut tahi hidung masin dengan suami. Kalau suami tidak cukup, bantulah. Begitulah saya buat. Dulu pendapatan saya 2 kali ganda suami. Saya bayar majoriti, tapi saya masuk lepas suami habis bahagikan duit untuk pembayaran tanggungannya. Bukan saya masuk dulu.
Dari situ suami saya sentiasa berazam mahu naik gaji, naik pangkat dan mahu memikul tanggungjawab kewangan. Sehingga saya boleh duduk di rumah dan buat bisnes. Suami masih jadi investor bisnes saya.
Tip 4
Tahu anda di didik dengan parenting bagaimana dan bagaimana anda parenting anak anda?
Sekiranya anda dari keluarga kelas pertengahan atau atasan yang banyak ibubapa manjakan, hati-hati anda mungkin tidak mampu survive tanpa anda meningkatkan survivaliti anda.
Ibubapa saya dari kelas B40, ibubapa susah. Saya susah dari kecil. Saya sudah bisnes dari kecil. Setiap sen sangat bernilai, jadi lebih mudah adjust dengan kegawatan dan kesusahan.
Jadi, biasakan anak-anak hidup susah. Bukan serba kekurangan makan sihat, pendidikan, tempat tinggal, tapi susahkan dari segi proses untuk mereka mendapatkan sesuatu. Perlu kerja, perlu berjualan, perlu bisnes supaya mereka faham susahnya cari duit.
Tip 5
Mulakan dari sekarang turunkan gaya hidup.
Sedikit-sedikit buang lifestyle, ambil yang perlu saja. Apakah lifestyle? Hobi mahal yang perlu kos, entertainment, percutian dan sebagainya sehingga anda dapat mengumpul satu amount kecemasan sebanyak 3 bulan gaji dana kecemasan.
Kemudian, tambah lagi kepada 6 bulan. Kemudian hiduplah macam biasa dan tidak berlebih-lebihan.
Tip 6
Mula tambah pendapatan dengan bisnes. Tiada cara lain memang perlu bisnes. Juallah apa saja dengan modal kurang dari RM2000. Lagi kecil lagi baik. Untuk orang yang tidak pernah bisnes, jika salah langkah terbakar duit. Cari pengalaman.
Tip 7
Belajarlah. Menuntutlah. Membacalah. Itu saja membezakan orang yang tahu dan tidak tahu.
Tip 8
Hentikan alasan. Itu tidak boleh. Ini tidak boleh. Dia bolehlah. Aku ni macam mana?
Semua kata-kata negatif, hentikan. Bertindak dengan satu langkah pertama.
Tip 9
Doa. Allah azza wa jalla seperti sangkaan hambaNya. Kita sangka baik, inshaAllah. Yang teruk, yang buruk, yang sengsara pun boleh diharungi.
Ya, saya mengingatkan diri saya. Dunia tidak pernah tidak memenatkan. Kita semua penat. Jadi ambillah seadanya. Jangan sampai lupa akhirat.
Kisah pasangan ini cukup menyentuh hati. Di saat memulakan alam rumah tangga tanpa apa-apa, namun mereka bahagia sehingga ke hari ini. Sikap isteri yang sentiasa menyokong dan menerima suami seadanya antara kunci kebahagian mereka.
Satu perkongsian mengembalikan semula kenangan kisah hidup Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan. Suatu ketika dulu Aysraf pernah berkongsi kisahnya ini di Instagram beliau.
“Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh.
“Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri. Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan.
“Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung,” tulis Asyraf mengenang kembali.
“Apa yg saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri.
“Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yang barakah”
Menurut Asyraf, isterinya tidak pernah meminta wang untuk membeli pakaian melainkan apa yang dibelikannya. Beg tangan dan kasut seadanya.
Kata Asyraf lagi, kadang-kadang terusik di hati seorang suami untuk membeli sesuatu yang menggembirakan isteri tetapi ketika itu dia tidak mampu.
“Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah.
“Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan,” pesan Asyraf.
“Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui.
“Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada. Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama,” ujar Asyraf.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Kuih Cakoi dan donat adalah antara yang sedap dan mudah yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. Bagi penggemar kuih ini memang kena cuba resepi legand ini.
Menarik dengan perkongsian ini, satu resipi berkongsi dua jenis kuih iaitu kuih cakoi dan donat. Cara penyediaan pun mudah.
Nak tahu caranya ikuti resipi ini. Petang nanti boleh buat minum petang seisi keluarga.
Satu resipi buat dua jenis kuih
Hari ini sis cuba buat cakoi org kedah pangil pak togkoi betoi ka dalam dok buat cakoi selit jgk buat donat hai mmg minah donat betoii laa adunan cakoi sama dgn aduan donat jd tak heran la blh buat keduanya, sis td malas nk tgu doh kembang sampai sejam kt luar plk hujan lambat la nk menungu doh kembang jd nk cpt punya pasal terus masuk doh lam oven panaskan kejap dan matikan suis, hah 11 minit je doh kembang dgn jayanya ok dr segi tekstur cakoi didalam lembut diluar ranggup, tekstur donat plk luar dlm lembut kedua²nya sis cicah dgn sekaya pandan ni, hujan² sedap mkn nih..sis sertakan sekali resepi cakoi dan sekaya pandan .selamat mencuba
Bahan-bahan: Bahan² sis masukkan klau tak nak atau tak ade bahan didalam ni blh skip je mana² jgn tak letak tepung, yis, air sudah 250g Tepung high protein / tepung gandum 1sk Yis 1sk Baking powder 1sk Vanilla powder 2sb Gula 1 biji telur – blh skip 1sk pelembut cream super – blh skip Secubit garam Air setengah cawan
Cara penyediaan:
Suamkan air masukkan yis tgu hingga berbuih tuang kedlm bahan kering gaul sebatikan masukkan marjerin uli hingga doh licin Perapkan doh (nk cepat kembang doh ikut cara sis diatas) doh dh kembang tabur tepung byk² canai doh dgn penggelek, gelek hingga doh nipis potong doh jd pat segi potong byk² potong panjang dlm 3 inci dan selebar 2 jari dan basahkan jari sapu pd doh amik doh 1 lg tekap dkt doh yg disapu air tekan dgn lidi tekan arah panjang dh siap kesemuanya dan susun, tgu kembang sekejap dlm 15 minit panas minyak, pegang doh kedua tgn tarik hujung doh kiri dan kanan tarik sikit bg panjang masukkan lam minyak, goreng hingga kekuningan… ok siap…
Resepi sekaya pandan 3sb Tepung kastad 6sb gula 1 kuning telo Air setengah cawan 1sk pewarna hijau 1 helai daun pandan
Masukkan semua dlm blander blend hingga lumat Kemudian tapis masak api perlahan hingga likat bila kaya ni sejuk likat sgt blh masukkan blk dlm blend tambah air panas sikit blend sekali lg jd kaya ni tak pekat sgt tak ceroi sgt sedap dimakan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...