Di Sebaliknya kelincahannya di trek lumba basikal, rupa-rupanya Datuk Azizulhasni Awang ni terer juga di dapur.
Dalam perkongsian Di laman Instagram, ayah kepada tiga cahaya mata ini menunjukkan cara membuat roti paung yang viral.
Bukan je mudah malah bahan digunakan pun simple dan tak banyak. Yang penting step by step Di dalam video berkenaan memudahkan untuk mereka yang baru pertama kali nak cuba buat.
Nah admin kongsikan resipi dan caranya, selamat mencuba!
Bahan-bahan:
500 gram Tepung Gandum
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil ovalette
1 peket yis
Ads
250ml Air suam
30 gram mentega
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas besar.
2. Masukkan pula gula, susu pekat, ovalette, garam dan mentega.
3. Sementara itu, kacau yis sebati dalam air suam dan tuangkan ke dalam adunan tadi.
Ads
4. Kacau dan gaul adunan sampai sebati.
5. Kemudian dah sebati, uli pula dengan tangan
6. Bahagikan adunan beberapa bahagian dan buat bulatan
7. Masukkan doh ke dalam loyang dan rehatkan selama 30 hingga 40 minit.
8. Biarkan doh naik mengembang dan boleh bakar dalam oven.
9. Dah siap bakar boleh sapukan dengan sedikit mentega atas roti ketika masih panas.
Menghadapi tempoh akhir zaman, kita sebenarnya kena buka mata dan muhasabah diri kita sendiri untuk jadi insan yang lebih baik. Sebagai mak ayah lagilah kita kena berperanan lebih kuat untuk pastikan anak-anak jadi insan berguna.
Bekalkan anak-anak dengan Al Quran. Itu dah jadi satu kewajipan buat kita sebagai mak ayah. Bagi diri kita sendiri, kita kena cari masa untuk cuba bertafakur setiap hari. Lima perkara yang dinyatakan Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di Tv ini patut kita amalkan.
1. Ayat-ayat Quran. Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.
Apbila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri , kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang. Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab.
Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia. Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan.
Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.
Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.
Begitu kata Ustazah Norhafizah. Jadi kita kenalah muhasabah diri dan periksa diri kita setiap hari sepertimana yang disarankan oleh beliau.
Sepuluh ayat ni juga boleh anda amalkan setiap hari untuk jadi insan yang lebih baik. Usahakan diri untuk berubah.
10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
3. Surah At Dhuhan –Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi’ah –Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar –Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun-Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas –Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq –Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada benarnya, kalau kita sediakan set Nasi Ayam dengan sekali masak semuanya dikira lengkap.
Menu ini mengandungi nasi yang sedap berasa, ada ayam goreng diperap enak, sup yang panas pembuka selera dan lengkap berserta salad dan timun sebagai menu ulam-ulaman.
Menu ini bukan sahaja, menjadi kegemaran anak-anak malah orang dewasa juga. Jadi elok kiranya kali ini mencuba resipi yang dikongsikan oleh Amirah Husain ini yang menurutnya bukan sahaja senang dibuat tapi rasanya terlajak sedap.
Assalamualaikum… Hari ni sis nak share resepi nasi ayam terlajak senang dan sedap.
Bahan-bahan untuk sup
Utk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yg brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Bahan-bahan utk perap ayam
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nk manis mcm mne)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu
Bahan-bahan utk nasi
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yg sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)
Bahan-bahan utk kuah lada
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka
Cara-cara masak:
1.Mula-mula tumis semua bahan yang telah dipotong mayang dan 4 sekawan sampai naik bau.
2. Selepas tu letak la air banyak mana nak tapi bagi sis kena letak banyak la sebab akan guna kuah sup ni untuk masak nasi dan perap ayam. Ok, lepas tu masuk la ayam dan kiub pati ayam.. bila dah mendidih letak garam dan pak aji.. pastikan masak sampai ayam empuk.
3. Ok sambil-sambil tunggu sup tu masak, buatla kuah lada pulak. Blender semua ok.. isi sekali cuka, gula dan garam.
4. Lepas tu masak balik. Api slow je taw. Kacau sampai mendidi, kemudian tutup api.
5. Ok part ni bagi sis senang. setengah orang kalau nak masak nasi mesti kene tumis segala mak nenek tu kan, ok kalau resepi sis, takyah susah-susah nak tumis dah. Hanya perlu basuh beras macam biasa, lepas tu tuang la marjerin yang dah dicairkan.
6. Ok lepas tu.. ambil kuah sup yang dah masak tadi, masuk ke dalam periuk nasi. Pastikan ambik sikit minyak dalam kuah tu.. nanti nasi cantik taw.. berkilat aje..
Kuah tu ikut sukatan banyak mana masak nasi taw.. ingat tu.. opss.. jangan lupa daun pandan tau. baru la wangi nasi uols… Tanak nasi macam biasa.. jangan gatal tangan nak tambah garam ke ape ke sebab masa uolss masak sup tu dah isi kan.. so nasi u dah ckup sedap dah.
7.Ok. ni untuk perap ayam pula.. masukkan kuah sup dan campur segala kicap dan sos yang sis tulis tadi termasuk madu tau.
8.Pastu golek-golek la ayam kat dalam bahan tadi.. jangan celup dengan tangan taw sebab lepas uolss goreng ayam tu, lebihan kuah tu untuk kuah kicap taw..
Ok lepas ayam tu dah sebati dengan kuah kicap tu, letakkan dalam peti sekejap.. setengah jam pun dah ok.
Pastu goreng dengan api kuat taw..bila goreng guna api kuat, ayam akan garing kat bahagian luar tapi juicy di dalam..walaupun dah sejuk ayam tu tetap lembut.. bila ayam tu dah bertukar warna terus agkat..
Gambar untuk kuah kicap sis lupa nak snap.. lebihan kuah perap ayam tu, masak balik lepas tu letak bancuhan tepung jagung.. bile mendidih dan pekat tutup api.
9. Cuba tengok berkilat tak nasi sis
Sumber : Amirah Husain via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Merancang untuk keluarga bercuti itu biasa kita dengar, namun lain kisahnya dengan keluarga besar Ummu Naufal ini bila mana bab makanan juga turut diberi tumpuan khusus.
Bagi ibu kepada enam orang anak ini, untuk pastikan keluarganya tetap dapat menikmati hidangan yang dimasak dari air tangannya sendiri itu satu kepuasan buatnya, walau di mana mereka bercuti sekali pun.
Bahkan bukan itu sahaja, perancangan rapi juga dibuat untuk pastikan sekembalinya daripada bercuti, anak tetap dapat menikmati masakan yang dimasak olehnya.
Nak tahu bagaimana yang dilakukan oleh ibu ini, jom semak perkongsian menarik daripadanya.
Tempoh percutian sememangnya mengasyikkan. Namun persiapan bukan sekadar menyiapkan wang, pakaian, penginapan dan pengangkutan semata-mata. Pengurusan makanan keluarga sama pentingnya. Maka, sangat penting untuk kita, para ibu terutamanya, mengatur strategi “out of the box” agar ia memudah dan melancarkan percutian dari awal hingga bila pulang dari bercuti.
Hampir setiap tahun kami sekeluarga akan pergi bercuti di luar Saudi. Bercuti bersama 6 orang anak, yang sulung kelainan upaya, banyak cabaran di sebalik keseronokkan. Maka, sebagaimana pentingnya kami merancang awal percutian, begitulah juga kami perlu merancang awal selepas kembali dari percutian. InshaAllah.
Kisah-kisah kembara kami ke beberapa buah negara ada dikongsikan di dalam buku travelog ‘Balqis-Di Mata Kami, Di SisiNya’. Namun, urusan perancangan makanan tidak dimasukkan dalam travelog. Lalu, saya kongsikan di sini InshaAllah.
Ramai telah meminta panduan ini. Maaf kerana kelewatan. Semoga perkongsian sedikit ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan untuk percutian keluarga puan di masa hadapan. InshaAllah.
✈ Tips: Panduan Pengurusan Makanan Dalam Percutian Keluarga Besar Kami ✈
Stok Bekalan Makanan Untuk Dibawa
1. Jika percutian lebih dari seminggu, kami akan mencari apartment yang berdapur. Masak sendiri untuk keluarga besar jauh lebih menjimatkan. InshaAllah.
2. Mental Menu Planning (Merancang Menu secara Mental) …agar mudah merancang bahan bekalan yang mahu dibawa dari rumah.
3. Kami akan sentiasa pastikan setiap beg yang boleh dibawa kurang dari yang ditetapkan.
1 beg akan dikhaskan untuk stok bekalan kering sahaja. (Beg ini akan kosong bila stok bekalan telah digunakan nanti…bolehlah isi pula dengan barang belian dari percutian pula )
4. Yang dibawa biasanya; ?rempah: kurma, sup, kari ?beras untuk anggaran sahaja (sehari sekali masak untuk keluarga) ?peket budu….sebagai penaik selera ganti sambal belacan. Nanti beli sahaja bawang dan cili, patahkan dan makan dengan nasi panas dan lauk utama. ?sambal bilis kering…boleh dimakan dengan nasi atau roti ketika dalam perjalanan / “on the go”. ?snek yang ada di rumah, dibawakan sahaja untuk kudapan dalam perjalanan. ?rice cooker @ 1 periuk sederhana dan 1 senduk (jika apartment tidak menyediakan perkakas atau kami ke negara bukan Islam)
5. Isikan bekalan stok makanan dalam ziplock bags agar tidak memberatkan beg. Bawa extra ziplock bags bersama…banyak kegunaannya nanti inshaAllah. Boleh didapati di IKEA, di sana ada pelbagai saiz.
6. Kadang kala saya bawa span kecil (dipotong dua) dan sabun basuh sedikit (pastikan ia diletakkan dalam bekas yang tidak meleleh keluar) supaya jika dapur apartment tidak menyediakan, kami tidak perlu membelinya ketika percutian. Ringan sahaja span dan sedikit pencuci pinggan. Span boleh dibuang sebelum pulang dari percutian. Menjimatkan perbelanjaan tanpa perlu beli span dan sabun basuh pinggan yang agak besar untuk dipakai cuma seminggu dua sahaja. InshaAllah.
7. Jika ada buah-buahan yang masih belum dimakan, masukkan dalam ziplock bag dan bekukan. Supaya tidak membazir. Bila pulang nanti boleh dibuat smoothies. InshaAllah.
Stok Makanan Beku Selepas Pulang dari Percutian
1. Biasanya selepas pulang dari percutian, badan mula rasa penat, ada yang kurang sihat, barangan dari beg-beg perlu dikemaskan, pakaian kotor perlu dibasuh, lapar dan sebagainya. Maka, persiapan makanan beku untuk kegunaan selepas pulang dari percutian sangat penting pada saya.
2. Jadi, seminggu atau 2 sebelum percutian, saya akan memasak lauk harian lebih kuantitinya dari biasa. Separuh akan diketepikan lebih awal untuk dibekukan. Ini akan menjadi stok makanan beku selepas pulang dari percutian. Tinggal masak nasi sahaja. Jadi, bolehlah fokus pada urusan mengemas dan juga berehat, disamping masih dapat menjamu keluarga dengan ‘homemade food’ yang mengikut selera kita.
3. Boleh juga menyediakan ‘casserole dishes’ seperti chicken and mushroom casserole. Jika ia dibekukan, saya akan tuliskan ‘arahan memanaskan’ di atas aluminium foil yang digunakan untuk menutupinya. Ini supaya, suami mahupun anak-anak remaja boleh bantu menyediakannya bila mahu memakannya.
4. Jika tarikh pulang beberapa hari sahaja sebelum anak-anak mula persekolahan, saya akan bekukan bekalan bento mereka seperti; ? waffles ? karipap ? mini chicken mushroom casserole ? pre cooked bolognese sauce ? garlic baguettes ? mini chicken pie ? banana muffins ? apple strudels ? mini lasagna
Juga disedia dan disiapkan seminggu dua sebelum pergi bercuti.
5. Bekalan bento yang dibekukan dipastikan yang memerlukan pengendalian minimum bila mahu digunakan. Biasanya yang perlu dipanaskan di dalam oven sahaja atau di atas dapur pada pagi hari persekolahan.
6. Setiap makanan yang dibekukan ditandakan nama makanan (dan bagus juga diletakkan tarikh ia disediakan terutama jika bercuti lama). Ini supaya memudahkan mengambil makanan mengikut tarikh yang lebih awal ia disediakan.
7. Pastikan pengendalian makanan untuk dibekukan dilakukan dengan baik agar makanan yang dibekukan tidak rosak.
InshaAllah ini sekadar panduan sahaja. Lain keluarga lain keperluan dan keadaannya. Ubahsuai mengikut selera dan keadaan keluarga kita inshaAllah.
Ucapkanlah MasyaAllah Tabarakallah. Semua kebaikan, ilham dan kekuatan adalah dariNya semata-mata. Semoga bermanfaat buat semua.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.