Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor. Rasanya yang masam manis dan tidak telalu pedas, pastinya juga turut digemari oleh anak-anak.
Nak buat sendiri Sos Thai yang sedap dan tahan lama? Tak susah pun, cuba dulu resipi yang dikongsikan oleh Nurul Mansor. Bukan je sedap malah tak guna banyak bahan.
Ads
nak bagitahu..
tadi sis buat sos thai tu sendiri..
grill lokching kelate ni,kirim dengan member beli di klate.. dap sungguh sos ni,pedas manis masam..sebijik macam g makan dekat padang besar aritu.
nak resepi sos thai ke?
dah edit resepi ni…
Ads
Bahan-bahan
cili besar 4biji
cilipadi merah n hijau campur je segengam
bawang putih 6ulas
*kisar 3bahan di atas ni
gula secawan
cuka secawan
garam 1sudu kecik
Ads
Cara membuat:
*lebur je semua atas kuali.kacau mendidih.slow api.masuk air bancuhan tepung ubi . siap!!
mudah je haih.
*tepung ubi 1sudu je.air bancuh ikut suka.janji dia lebur.jangan masuk serbuk tepung dalam sos.nanti berketul.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan semenjak bergelar ibu, semua ibu mengalami masalah gangguan tidur. Selain anak yang bangun untuk menyusu di tengah malam, gangguan lain juga sentiasa membuatkan ibu tidak tidur dengan nyenyak.
Sepanjang malam adakalanya terjaga dan mata terus tidak mahu terlelap. Banyak penyebabnya masalah ini berlaku. Selain sudah mula terbiasa dengan rutin jadual baru, ibu juga adakalanya merasa berjaga-jaga sepanjang malam. Inilah yang membuatkan ramai wanita mula menghadapi tidur yang tidak berkualiti.
Bagi membantu mendapatkan tidur yang nyenyak, faktor ini kena dititikberatkan. Bermula dengan pakaian yang anda pakai semasa tidur, kebersihan tempat tidur, suasana bilik tidur, serta makanan yang anda ambil sebelum masuk tidur.
Jadi, untuk menyelesaikan masalah anda ini, terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.
1. Kacang badam
Nutrisi yang terdapat pada kacang badam dipercayai membantu untuk melenturkan otot – otot tubuh dan saraf pada otak punca kepada insomnia. Beberapa kajian mendapati bahawa nutrisi pada almond MAMPU menjaga kestabilan paras gula darah ketika seseorang sedang tidur. Untuk dapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, cubalah untuk mengamalkan kacang badam sekurang-kurangnya 5 – 7 butir setiap hari.
2. Buah pisang
Apabila anda ingin tidur nyenyak dan berkualiti setiap malam , amalkan buah pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur. Buah pisang kaya dengan kalium, magnesium dan beberapa mineral yang baik untuk otot semasa tidur. Kajian juga mendapati, pisang sangat baik untuk membantu tidur lebih nyenyak.
3. Telur Rebus
Salah satu penyebab gangguan tidur adalah kerana badan anda kekurangan protein. Jadi, untuk mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, pastikan anda memenuhi nutrisi protein dalam tubuh. Dan salah satu sumber protein tinggi yang paling MUDAH untuk didapati adalah telur. Dengan mengamalkan telur rebus sebelum tidur, ia akan membantu anda mendapatkan tidur nyenyak hingga subuh.
4. Buah Ceri
Siapa yang tidak kenal dengan buah ceri? Buah merah ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan rupanya. Ia menjadi salah satu buah-buahan yang boleh membantu seseorang untuk mendapatkan tidur nyenyak serta berkualiti. Minum segelas jus ceri sebelum tidur untuk lebih cepat mengantuk dan tidur nyenyak lebih cepat.
Perlu anda ketahui, selain makanan tersebut, anda boleh amalkan hidup yang sihat dengan bersukan, serta pola makanan yang sihat untuk mendapatkan tidur lebih nyenyak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya timun dan kunyit dijadikan bahan masakan harian. Bagaimanapun bahan asas di rak dapur ini juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk mencantikkan wajah.
Umum mengetahui bahawa kunyit mengandungi antiseptik dan anti-inflamasi. Antiseptik bertugas untuk mengatasi bakteri penyebab jerawat. Sedangkan anti-inflamasi berfungsi untuk mengurangi kemerahan saat jerawat muncul.
Manakala timun pula untuk menjadikan kulit menjadi lebih lembap lantaran kandungan air yang banyak dalam tumbuhan ini.
Sebagaimana dengan perkongsian ini, lelaki ini memberi tip bagaimana untuk mengurangkan jerawat dan wajah kekal lembap hanya menggunakan kunyit dan timun. Nak tahu caranya, ikuti panduan ini.
Masker kecutkan jerawat dan licinkan wajah
Ni percubaan pertama aku mengunakan kunyit dan timun. Aku share pengalaman aku yea.
Tujuan aku pakai mask ni. Sebenarnya nak kecutkan jerawat kat atas kening ni dan aku campur dengan timun untuk haluskan kulit aku dan kecilkan pori pori. Timun tu juga bertindak untuk mengawal minyak yang bertakung kat muka aku ni. Haha
Perbezaan selepas aku pakai mask kunyit timun ni. Muka nampak lebih fresh. Kulit rasa lembut. Jerawat atas kening dah mula tunjuk kesan nak mengecut.
Kulit aku jenis berminyak. Aku pakai pagi. Alhamdulillah sampai malam kulit aku mantain ja tak berminyak. Sampai malam kulit mantain lembut dan lembab. Mungkin sebab aku buh timun tu. Pori pun nampak lebih halus.
CARANYA AMAT MUDAH
Kunyit tu hampa buh 1 sudu kecik. Sudu kfc tu. Pakai jangan lama sangat. Nanti muka jadi kuning. Pakai dalam 5 minit dan terus cuci guna air bersih.
PARUT TIMUN
SERBUK KUNYIT
CAMPUR DENGAN SERBUK KUNYIT DAN TIMUN. GAUL HINGGA SEBATI
SEDIA UNTUK DISAPU PADA WAJAH.
Posted by Nauf Safuan on Tuesday, February 20, 2018
Anak kecil yang baru sahaja dilahirkan pada tanggal 18 Jun yang lalu di dalam keluarga Encik Azhar Azif disambut dengan penuh kegembiraan oleh seisi keluarga. Namun baru sahaja sebulan usianya, anak kecil ini sudah diuji dengan serangan batuk kokol.
Oleh yang demikian, ayahnya terpanggil untuk berkongsi info dan pengalaman tersebut dan ini perkongsiannya.
Rasa terpanggil ayah nak menceritakan apa yang berlaku kepada Fateh, memandangkan ramai juga yang bertanya, semoga orang lain boleh mendapat manfaatnya.
Nanti bila Fateh dah sihat, dan dah besar boleh tengok balik post ini dengan rasa syukur yang tinggi. Ramai yang mendoakan Fateh, dan paling penting, pengorbanan ibu yang sentiasa menemani Fateh.
Muhammad Fateh yang berumur 1 bulan 10 hari terkena serangan “Batuk Kokol” (dikenali juga sebagai Batuk 100 Hari – mengikut kata doc 2-3 bulan juga sebelum batuk ini reda) satu jenis batuk yang saya sendiri pun tak pernah tahu sebelum ni memandangkan anak-anak yang lain pun tak pernah kena jenis batuk ini.
Saya akan ceritakan secara ringkas apa itu penyakit batuk kokol supaya lebih ramai yang tahu dan faham tentang penyakit ini.
Batuk Kokol atau pun “Whooping Cough” adalah sejenis penyakit disebabkan oleh kuman bakteria “Bordetella Pertussis” yang dijangkiti melalui udara daripada orang lain.
Sama ada dijangkiti dari ibu bapa sendiri atau adik beradik (jauhkan baby dari mereka jika ada yang sakit demam, selsema atau batuk) atau orang ramai yang kita tidak tahu dari siapa puncanya. Jadi elakkan baby yang berumur 5 bulan kebawah berada ditempat orang ramai seperti dalam shopping mall, pasar malam, atau majlis-majlis yang melibatkan ramai orang).
Juga dinasihatkan bagi baby yang berumur dibawah 21 hari, jangan dibawa keluar rumah.
Tanda – Tanda Ringan
• Demam
• Selsema
• Bersin
• Batuk yang panjang
Selepas batuk yang berpanjangan ini berlaku, ia boleh menyebabkan baby:-
• Muntah
• Sukar Bernafas/ terhenti nafas seperti Fateh
• Sianosis (Kebiru-biruan pada mulut, tangan dan kaki)
Sebaik – baiknya jika telah nampak tanda – tanda ringan, bawalah anak ke klinik/hospital yang berhampiran. Dalam kes Fateh, kami bawa Fateh ke klinik yang berhampiran sebanyak 2 kali (Fateh diberikan gas/Nab) namun kegagalan pihak klinik mengesan sakit yang dialami oleh Fateh, menyebabkan Fateh menghadapi kesukaran bernafas, sehingga terhenti nafas (apabila wife tepuk-tepuk belakangnya baru lah baby bernafas semula, syukur Ya Allah) yang menyebabkan kami berkejar ke hospital.
Saya tidak menyalahkan seratus peratus kepada pihak klinik (walaupun sepatutnya mereka lebih tahu dan menasihati kami untuk ke hospital lebih awal), namun kami menyalahkan diri kami juga kerana sebagai ibu bapa, kita juga perlu tahu penyakit – penyakit yang berbahaya untuk anak – anak kita supaya kita lebih waspada dan bersedia.
Akibat – akibat serius yang akan berlaku jika lambat dirawat ialah :-
• Radang paru – paru
• Kurang bekalan oksigen ke otak yang boleh menyebabkan sawan, fungsi otak tidak normal dan boleh juga menyebabkan kematian.
Semasa saya menulis ini, Fateh masih lagi dalam rawatan (dah 6 hari masuk ICU) dan bergantung penuh dengan alat bantuan pernafasan, masih lagi batuk – batuk yang panjang dan telah diberikan antibiotik secara berperingkat.
Saya izinkan post ini dikongsikan, nak tag saudara mara atau rakan – rakan yang disayangi, kerana penting kita ada pengetahuan ini bukan sahaja untuk mereka yang ada baby tetapi juga kepada semua orang, supaya berwaspada nak mengunjungi orang yang ada baby, supaya tak mudah kecil hati dan faham jika kenapa orang lain tak benarkan kita mendekati baby mereka.
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada orang lain juga dan mohon doakan Fateh agar cepat sembuh dari penyakit ini.