Dengan hanya menggunakan bahan terpakai, masalah rumput dan lalang panjang boleh diatasi. Yang paling penting ia selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar.
Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, saudara Akmal Al Yahya cara mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua. Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut berkenaan Cara saya mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal. Izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya mesra dipanggil dengan nama Akmal dan mula mengusahakan Kebun Lokal sejak dari tahun 2017 sehingga kini. Dengan tujuan utama adalah membina sebuah bank makanan untuk keluarga kecil saya.
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal. Ini telah menggangu rutin kerja-kerja kebun yang lain seperti Membaja, Penyediaan Kompos dan lain-lain. Pada awal kami berkebun, kami telah menggunakan Racun untuk mengawal pertumbuhan rumput dan lalang. Namun, lalang masih tumbuh dengan lebih galaknya. Seterusnya, kami membeli sebuah mesin rumput untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia di dalam Kebun Lokal, memandangkan tujuan asal kami adalah untuk membina satu bank makanan untuk keluarga kami.
Ads
Penggunaan Kotak dan Kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari Amalan Permaculture yang kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal. Dua bahan ini, kami dapatkan secara Percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa. Untuk Lapisan kotak yang pertama. Tanah sebelum itu, digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah. Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah. Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar. Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
Proses ini juga dipanggil sebagai Mulching / Sungkup. Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit Eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih, tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula kami alihkn ke dalam plot tayar terpakai kami.
Oh ya, setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos. Lapisan sungkup ini akan membantu kami di Kebun Lokal untuk memegang kelembapan agar tidam hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Ads
Kami mendapati jika kami menggunakan dedaun buluh lebih baik dan lebih cepat untuk ianya kompos. Dalam diam-diam kami sudah ada baja kendiri bagi tanaman-tanaman di Kebun Lokal. Jimat duit, jimat tenaga, jimat masa.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini. Dan, saya bersyukur kerana saya dapat tumpukan pula perhatian saya pada kerja-kerja kebun yang lain.
Ads
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar.
Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan. Selain dari itu , tumbuhan sebenarnya bertindak balas melalui jaringan ini jika ada di antara mereka yang diserang oleh serangga perosak mahupun kulat. Jika salah satu dari mereka terkena serangan, maka satu isyarat akan di hantar pada tanaman yang lain. Maka pokok yang masih sihat akan mempertingkatkan imun mereka.
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing. Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan Kertas Rincih ini. Setiap Minggu timbunan kompos ini akan di bolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Jimat Masa, Jimat Tenaga, Jimat Duit. Hati pun senang, tanaman pun seronok sahaja. Terima Kasih atas masa tuan/puan luangkan untuk menelaah perkongsian saya ini. Saya Akmal, pekebun kecil berjiwa besar dari Kebun Lokal. Masih kurang jelas, saya bantu sampaikan kepada tuan/puan dalam bentuk Visual pula, sila klik pada link ini untuk penjelasan lebig lanjut ya. https://youtu.be/DNaax_gmLsE
Memulakan sesuatu perkara yang baru kepada anak-anak tentunya memerlukan latihan dan galakan daripada kita sebagai ibu ayah.
Apatah lagi dalam menunaikan ibadah puasa yang memerlukan mereka menahan lapar dan dahaga untuk tempoh masa yang panjang.
Jadi apa kata praktiskan beberapa tip yang dikongsikan Saleha Idris ini.
1. Kebiasaannya dibuat untuk anak usia 5-9 tahun
2. Terangkan kepada anak tentang bulan Ramadan. Bulan Ramadan dah menjelang. Adik cuba puasa ya. Nanti kita tak boleh makan siang selama 30 hari. Beritahu jadual makan akan berubah. Kita makan dua kali sahaja. Sebelum Subuh dan waktu Maghrib.Perlu memberitahu untuk masukkan info di dalam minda mereka. Terangkan ini Latihan buat mereka. Ajar hormat orang puasa. Makan senyap dan bukan di depan khalayak.
3. Panggil mereka juga bersahur. Semasa sahur kita borak dan berbual. “ Adik puasa ke hari ni, ni adik sahur”. Walaupun mata dia kebil tak apa. Asalkan kita dah masukkan perkataan dalam minda dia.
4. Sebagai ibuayah yang menjadi role model pada anak anak. Anak anak akan perhatikan perbuatan ibuayah.Waktu Ramadan ini mereka akan lihat rutin kita berbeza. Sudah banyak habiskan masa membaca Al-Quran. Waktu tengahari ibu sudah tidak ke dapur tetapi ambil wuduk dan terus membuka AlQuran. Waktu malam dipenuhi dengan solat tarawih dan bermunajat. Anak anak akan tiru perbuatan ini. Percayalah, rumah yang dipenuhi AlQuran dan mengingati Tuhan. Jiwa anak lembut dan mudah dibentuk.
5. Sediakan makanan bernutrisi.Apa yang dimakan akan menjadi darah daging. Pilih makanan yang beri khasiat dan nutrisi.
Tidak penting penuhkan meja dengan hidangan banyak.
Cukup 1 atau 2 lauk sahaja. Ambil chia seed dapat simpan air dalam tubuh anak. JAdikan mereka tenaga.
6. Tidur awal dan nyenyak. Selepas tarawih boleh buka AlQuran lagi. Mengaji sebelum tidur. Makanan berkhasiat galakkan tidur dan tenaga baik. Boleh ambil minuman atau makanan seperti pisang, susu, dark Chocolate 70% drink OCOC. Bagus untuk dapat tidur nyenyak.
7. Kurang menonton televisyen dan rancangan yang melalaikan. Jika sebelum ni layan senatron 2 jam. Kurangkan 30 minit. Tanamkan matlamat untuk cuba khatam Quran.
8. Jika anak beritahu mereka lapar. Minta mereka tahan sedikit dahulu. Beri masa contoh lagi 10 minit. Jika tidak dapat juga dan melihat anak sudah tidak berdaya. Minta mereka minum air dahulu. Percayalah kelamaan mereka sendiri tidak selesa untuk makan. Kerana dalam kepala mereka sudah dipasak aku berpuasa ni. Untuk permulaan jika mereka tidak biasa.
9. Kurangkan aktiviti bermain yang guna banyak tenaga. Beri mereka rehat dan santai sahaja.
10. Boleh buat visualisasi. Minta anak Tarik nafas tahan dan hembus.
Buat relaksasi. Kemudian minta mereka bayangkan diri kuat semangat dan bertenaga.
11. Beri ganjaran. Setiap hari jika mereka dapat selesaikan puasa. Beri mereka ganjaran intrinsic (pujian dan penghargaan). Beri mereka ganjaran ekstrinsik. (Duit, masakan kegemaran) Ganjaran ekstrinsik adalah diberi pada awal untuk membentuk habitual behavior. Apabila perbuatan itu sudah boleh ditanam teruskan pasak kebaikan dalam minda.
Kaletahnya cukup menghiburkan dan mencuit hati sesiapa sahaja yang menonton video mahupun gambar dirinya yang dimuat naik menerusi laman instagram. Ditambah pula dengan kecomelan membuatkan ramai yang geram.
Namun sikap sopan dan lemah lembutnya tak lari dari abangnya, Yusuf Iskandar. tidak hairanlah dua beradik ini cukup dikagumi ramai. Walaupun masih kecil namun didikan yang baik oleh kedua ibu bapa membuatkan dua beradik ini membesar sebagai anak yang mendengar kata dan bijak.
Terbaru, satu video pendek dimuat naik menerusi laman instagram Thealisaaisyah yang memaparkan si kecil bernama Alisa Aisyah ini sedang melakukan aktiviti bersama mummynya.
Reaksi dan gelagatnya ketika menjawab pertanyaan mummynya cukup menghiburkan. Cukup petah dan fasih berbahasa inggeris. Alisa dilihat bermain dengan blender mainan miliknya sambil berborak santai bersama Hanis Zalikha.
Sambil membuat mimik muka bersahaja dengan mata berkelip-kelip, tidak hairanlah ramai yang kagum dengen kepetahannya berkata-kata.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lukai dilukai… namun mereka tidak membiarkan diri terus dimamah dek rasa dendam, sebaliknya Norman Hakim, Abby Abadi dan Memey Suhaiza memilih untuk berdamai demi kebahagiaan masing-masing.
Lebih penting lagi adalah demi kesejahteraan emosi dan perkembangan anak-anak yang kian membesar. Sampai bila mahu mengusung rasa dendam kerana tidak akan membawa untung pada diri masing-masing.
Benarlah kata orang, kemaafan adalah dendam yang terindah, lihat sahaja hubungan dan kemesraan mereka membuatkan ramai yang kagum. tak kurang yang menjadikan mereka sebagai contoh. Biarpun Norman dan Abby sudah berpisah dan masing-masing memiliki pasangan baru, namun demi kebaikan anak-anak mereka berbaik.
Penyatuan tersebut pastinya membuatkan anak-anak yang lebih bahagia dan gembira. Terbaru, Memey menerusi instagramnya memuatnaik potongan video temubual anak tirinya, Danish Hakim bersama tv Alhijrah.
mummy nak live jap lg.. sesambil tunggu isyak layan dekat tv alhijrah sekarang… ada interview papa @normanhakim_786 & @danishhakimofficial ..
Cukup menyentuh hati dan bikin sebak pada yang menonton termasuklah Memey sendiri. Bahkan, dia turut memohon maaf andai ada kekurangan dengan kasih sayang yang dicurahkan selama ini. Dalam masa yang sama, dia berharap ukhwah antara mereka terus kekal selama-lamanya.
Alahai tersentuh hati mummy😢 semoga ukhwah & kasih sayang ni sentiasa terjaga sampai bila2.. tq anak❤️mummy mintak maaf utk segala kekurangan… & yg paling penting love u @mamayebbyyabadi ❤️ tgh tayang lg skrg kat tv.. jom tgk😍
doakan kami🤲🏻 & mummy doakan juga semoga kita semua trs hidup berkasih syg kerana Allah❤️
Menerusi petikan video tersebut, Danish meluahkan isi hatinya tatkala melihat mamanya, Abby dan mummy Memey berpelukan membuatkan dia tidak dapat menahan rasa sebak.
Begitupun pujian patut diberikan buat anak sulung pasangan ini yang begitu bijak menyusun kata-kata, penuh makna dan menyentuh hati.
itaazamberi Abang Danish ni memang baik orangnya…sebagai abang sulung kpd adik adik… sebagai anak kpd mama abah papa dan mummy…terharu tengok program tadi…👏👏👏😍😍😍😍asluvifa Bila kita redha atas ujian Allah kan…antara family contoh…Hati kt ni Allah pegang..bila DIA berkehendakkan maka jadi la…😍
jennyde.jamiejean Syukur pada Tuhan bangga dengan Norman hakim dan family, tak ada family sebegini kecuali keluarga Norman hakim. Tahniah !
fadzillahrazak Saya memang sayang keluarga ni ❤️hidup bersama berkasih sayang semoga kekal hubungan silaturrahim ini, Abby dan Memey love you kerana Allah Ta’alaa